Showing posts with label Wild Flower. Show all posts
Showing posts with label Wild Flower. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Koleksi Mug Antik

Salam sejahtera semua.
Hari ni saya nak kongsi pula koleksi mug bertutup lama yang ada dalam simpanan saya. Sebelum ni kak yatt, kak aton pun pernah buat n3 khas untuk mug bertutup antik/lama ni dan ada juga blogger lain yang pernah buat n3 mengenai mug bertutup ini. Dalam koleksi saya tak ada lah banyak sangat, yang ada cumalah 6 biji mug bertutup yang berlainan corak dan bunga. Saya dapat di merata-rata tempat, kedai antik, barter, kedai 2nd, dan memory lane, dari yang semurah-murah harga sampailah yang semahal-mahal harga. hehee
ok jom sama-sama kita layan gambar kat bawah.....

Barisan kehormat koleksi mug bertutup antik saya. Mug VCR, Wild Roses, Bunga Kangkung, Buluh Emas, dan White Sakura yang mempunyai corak berbeza.

Mug Wild Roses hasil barter saya dengan kak yatt. Bentuknya memang cantik.

Yang ni merupakan mug yang paling saya suka. Mug VCR yang saya dapat tergolek di kedai recycle@kedai 2nd. Harganya pun RM1 je....jangan terkejut...klu RM1 nak beli kacang putih pun tak lepas kan....hahahhaa. tapi itu dulu, kalau sekarang pergi di kedai recycle@kedai 2nd tu lagi, pinggan mangkuk antik, jangan tanya harga, memang melambung tinggi. Dorang pun dah tau nilainya.

Mug Bunga Kangkung yang paling mahal saya dapat iaitu di kedai antik. Masa tu dah excited sangat, tanpa fikir panjang terus beli. Lepas dari tu saya tengok kat Memory Lane, Blog dan kedai antik yang lain, memang jauh lebih murah....rasa nyesal lak..hehee...tapi apepun yang penting hati tetap puas milikinya....

Yang special nya mug bunga kangkung ni adalah pada penutupnya terdapat juga corak bunga kangkung....susah nak dapat penutup yang mempunyai bunga diatasnya.

Ini pula mug buluh emas yang saya dapat di Memory Lane baru-baru ini. Harga yang ditawarkan pun mampu milik, apa lagi, rembat je la....

Dan yang ini, 2 biji mug white sakura yang mempunyai corak bunga sakura yang berbeza antara satu sama lain. Cuba perhatikan, pasti akan jumpa perbezaan corak keduanya walau sekali imbas nampak sama.

Juga terdapat corak bunga pada kedua penutupnya. Corak pada penutup juga berbeza antara satu sama lain.

1st mug...bunga sakura putih yang amat cantik pada mata saya.

2nd mug...coraknya bunganya lebih sarat berbanding di atas.


Sekian saja n3 saya pada kali ini. Jumpa lagi di n3 akan datang.
Selamat Menjamu Mata

Friday, February 19, 2010

WILD FLOWER


Salam sejahtera...
Rasanya dah lama saya tak buat n3 pinggan mangkuk antik ni memandangkan saya sebuk dengan cuti tahun baru cina ni...heheee...
Kali ni saya nak berkongsi mengenai set wild flower yang saya ada ni..nama di ambil dari abang taj dan kak yatt pernah dulu membuat n3 mengenai set ini...
Pada saya, set bunga yang ni, memang susah nak dapat memandangkan saya hanya lihat di blog kak yatt dan abg taj saja. set ni dah lama saya dapat lebih kurang 7 tahun lalu...bermula dengan 3 biji cawan sehinggalah yang ada sekarang ni walaupun bilangannya agak sedikit tetapi saya puas memilikinya...cuma teko saja sehingga kini tak dapat saya perolehi...aritu abg taj ada jual tapi dah melepas..hehee...Ok jom sama2 kita layan gambar....


Di bawah merupakan 3 jenis cawan yang saya ada : -

Jenis shape 'A'

Jenis Loceng

Jenis mulut lebar

2 biji piring kuih sebagai pelengkap set

Close up pada bunga wild flower ini...cantik kan? hehee


Sekian saja n3 saya kali ni..selamat menjamu mata...byee