Showing posts with label Ros Hitam. Show all posts
Showing posts with label Ros Hitam. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Hitam-hitam Di Dalam Kotak

Ha, buruk benor kan kotak ni? Minggu lepas jalan-jalan lagi waktu lunch, pergi cari antik-antik..hehe
Singgah la satu kedai pinggan mangkuk lama ni, yang pasti barang-barangnya sememangnya mahal. Kalau nak beli tu, belilah jika betul-betul barang tu rare, sebab harga dia ada munasabah dan ada tak munasabah...hehee
Jom tengok apa dalam kotak... 

Jeng....jeng...jeng....complete teaset aladin ros hitam...hitam legam, mungkin tak menarik, biasa-biasa je kan, tapi ada yang luar biasanya. 

Dah bukak-bukak dari kotak buruk tu, basuh-basuh jadilah macam ni...ha, set ros hitam ni memang biasa kita tengok tapi yang luar biasanya adalah creamer jar dan sugar pot nya. sememangnya susah nak dapat, boleh saya kira, apa yang pernah saya lihat hanya seorang collector saja yang ada tak tau la kot yang lain-lain ada saya terlepas pandang. 

Secara jujurnya, saya beli set ni melebihi angka 1k di kedai tersebut, itupun sebenarnya set ni dah lama tokey tu tunjuk tapi disebabkan harga yang ditawarkan sebelum ni amat tinggi bagi saya, saya hold dulu, sampi la tiba-tiba tokey tu bagi harga kurang sikit tapi tetap melebihi 1k. Alhamdulillah dapat 2 set, 1 set saya simpan walaupun sebelum ni dah ada peninggalan arwah nenek saya, disebabkan yang set ni cukup complete dengan sugar dan creamer nya jadi saya simpan 1set dan 1 set lagi saya dah letgo pada orang Jerantut, Pahang.
Dalam-dalam saya dapat set ni ada juga suara yang mengatakan, "reproduction ke?". tersentap kejap rasanya. mungkin orang itu masih buta antik, bagi saya, saya meminati antik terutama porcelain antik sejak dari bangku sekolah lagi, saya boleh membezakan yang mana satu reproduction dan yang mana satu original lama. dan setahu saya, set aladin sebegini, belum ada lagi kilang-kilang terkini yang boleh menirunya apatah lagi saya dapatkannya di kedai lama yang tokey kedai tu pun mewarisi kedai tu dari mendiang datuknya. 
sekian saja, jumpa lagi dilain n3.

Saturday, March 13, 2010

Hitam Si Tampuk Manggis

Hitam-hitam si tampuk manggis,Walaupun hitam rasanya manis. Hitam itu menawan. Begitulah perumpamaan yang biasanya digunakan masyarakat kita untuk menggambarkan walaupun buruknya sesuatu benda/orang itu tetapi ada disebalik buruk itu keistimewaannya. Teringat kata-kata ibu dan nenek saya, biar hitam legam kulit, tapi jangan hitam legam hati...begitulah yang selalu dinasihatkan ibu dan nenek saya, walaupun hodoh macam mana rupa paras kita, tetapi yang penting hati kita mestilah bersih suci dan tiada sebarang perasaan dan perkara berunsur negatif.
Sempena mengingati perkataan hitam ini, saya abadikannya di dalam koleksi ros hitam saya. Dimana walupun bunganya sekadar ros yang berwarna hitam atau kelabu tetapi apabila dipandang ianya tetap cantik dan menawan.
Koleksi ros hitam ini merupakan hasil hunting saya sana sini dah ada diantaranya merupakan set peninggalan arwah nenek saya. Alhamdulillah berkat mencari akhirnya apa yang saya nak pada ros hitam tercapai juga. Ok jom sama-sam kita layan gambar.


Set Ros hitam yang saya ada, 6 jenis teko 2 jenis cawan dan pelbagai jenis pinggan dan mangkuk.

Set cawan shape A saya gandingkan bersama teko tinggi lampai ini.

Set teko aladin dan cawan mulut lebar. set ini merupakan peninggalan arwah nenda saya.
Digunakan keluarga abah untuk minum teh di waktu pagi.

Teko jenis aladin merupakan peninggalan arwah nenda saya.

Teko jenis tinggi daripada kak khaty penang.

Teko ala-ala aladin dari kedai antik...

Teko jenis 3 segi atau teko jenis kuat menyiku dari kak aton...saya akan simpan teko ini sebagai lambang persahabatan saya dngan kak aton.

Teko jenis bulat, teko mini dan saiz besar. Yang besar hasil barter dengan kak nannie dan yang mini hasil hunting saya di apek.

Cawan jenis mulut lebar juga merupakan peninggalan nenda saya.


Cawan jenis shape A hasil hunting di apek.


Pelbagai koleksi pinggan dan mangkuk ros hitam saya..

Pinggan bujur saiz 18"

2 biji mangkuk jeluk mini dan saiz sederhana.



Sekian saja mengenai koleksi ros hitam saya...selamat menjamu mata.