Showing posts with label Labu Kaca. Show all posts
Showing posts with label Labu Kaca. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Labu Kaca Biru

Agak lama rasanya tak buat n3 mengenai koleksi sendiri. Bosan pulak pembaca2 nanti asik2 tak habis2 dengan jualan..hehe..bukan apa, seminggu dua ni banyak pulak dapat extra item, jadi saya letgo dulu mana2 yang terlebih untuk bagi ruang kat rumah. Kalau tak, semakin bertambah, tempat pun semakin tak ada.
Untuk kali ini saya kongsikan satu lagi koleksi labu kaca saya ataupun koja air. Sememangnya saya terlalu minat mengumpul labu kaca ni kerana bentuknya yang agak unik dan mempunyai pelbagai corak. Yang ini merupakan labu kaca biru yang baru2 ni saya dapat. Jalan2 dikedai apek tak jumpa pinggan mangkuk lama tapi ini yang saya jumpa. Rezeki hari itu. Comel je labu kaca ni, lebih kecil dari saiz yang biasa dan bentuknya juga berlainan dari yang biasa. Nampak agak gebu, bulat2 dan gemuk..hehehe...Kepada semua, layanlah gambar2 kat bawah ni ye...



Tuesday, May 10, 2011

Labu Kaca Kuning

Seperti entri2 saya yang sebelum ni, saya ada menerangkan mengenai labu kaca ini atau koja air yang dahulunya digunakan sebagai bekas air masak ataupun jika di kawasan tempat tinggal saya atau kebanyakan di Perak, labu kaca ini digunakan sebagai bekas air mawar untuk menyiram kubur tetapi biasanya yang berwarna putih tidak bercorak. Sehingga kini di tempat saya, ianya digunakan sebagai bekas air mawar dan kemudiannya disedekahkan kepada imam yang membaca talqin. Lain pula halnya bagi yang berwarna atau bercorak, kebiasaanya digunakan sebagai bekas air masak untuk di minum. Ianya juga kebanyakan di Perak digunakan sebagai bekas air sirap pada majlis perkahwinan. Hari ini, saya sajikan 1 lagi koleksi labu air yang mana dimata saya menarik dengan kemeriahan coraknya. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Yatt yang bersusah payah mengambilnya dari selatan tanah air. Dan boleh klik disini untuk entri labu kaca yang lepas2.



Wednesday, December 22, 2010

Labu Putih

Salam diawal pagi rabu.....nak tido tak terlelap, so masa yang ada ni saya n3kan satu lagi labu yang ada dalam simpanan. Labu ni putih clear je tapi pada badannya ada lorekkan corak2 bunga dan daun. Boleh lihat gambar2 kat bawah.


Lorekkan corak daun dan bunga pada bahagian badan labu. Kaca labu ni pun amat nipis, senipis kulit telur.


Ok, sekian saja untuk awal pagi ini, jumpa lagi.

Labu Kaca Belang Merah


Selamat tengahari.....mood nak buat n3 semakin membuak-buak tapi mood nak snap gambar tak ada.....hahaha...so, snap mana yang simple2 dan senang je macam labu kaca ni. Dunia blog PML pun semakin sunyi sepi je kebelakangan ni, tapi apepun, saya cube sedaya upaya untuk memeriahkan dunia blog PML ni macam dulu....harap2 tahun 2011 akan datang ni, blogger2 yang lain pun aktif kembali berblog macam dulu....
Hari ni yang saya nak kongsikan labu air juga, corak belang merah ada bunga2 skit. ok layanlah lah ye.....jumpa lagi.....


Tuesday, December 21, 2010

Labu Kaca Biru

Salam sejahtera semua....
Hari ni cume nak kongsikan koleksi labu kaca air saya seterusnya, iaitu berwarna biru dan mempunyai lingkaran pada badannya...pada yang dah lepas n3 labu kaca saya sebelum ni, bolehlah klik di label 'labu kaca'. Ok, sekian saja untuk hari ini, selamat menjamu mata.

Monday, October 18, 2010

Si Labu Lagi

Salam sejahtera semua...hari ni hanyalah n3 ringkas...
sy nak share sebiji lagi koleksi labu kaca antik saya....warnanya kebiru-biruan, nak kata hijau pun ada skit2...warna turkois kot...hehehe...sama macam labu kak yatt sebab dibeli dari tempat yang sama cuma belum di n3 oleh kak yatt lg..hehehe... sebelum ni juga saya ada buat n3 mengenai labu2 kaca saya yang lain, bagi yang ketinggalan bolehlah klik disini ye.
oklah jom sama2 kita layah gambar di bawah.





Saturday, December 26, 2009

Si Labu Berbunga

Hai semua,yang ni saya nak cter pasal labu kaca saya paling saya sayang skali..labu ni memang dah lama. Nenek saya juga yang punya..abah cakap, masa die kecik2 lagi labu ni dah ada..abah cter kalau lepas je die bermain time kecik2 dulu opah akan sediakan air masak kat dalam labu ni untuk die..Lebih kurang lewat 50an ayah cakap opah beli labu ni. Saya suke labu ni sebab kat badan dan gelas die ada corak berlorek berbunga. Kalau tengok betul2 memang cntik..Ok jom kite tengk gambar labu ni..


Ni lah die corak bunga pada badan labu ni..cube perhatikan betul2..maaf la, gambar tak brape nak clear.


Rupbentuk labu dengan gelasnya.


Setelah dibuka gelasnye, beginilah rupe labu ni..nampak biasa tp kehalusan ukiran bunga pada kacanye memang cntik..kaca labu ni memang nipis sangat dan mudah pecah. Agaknye macam manalah dorang ukir kat badan labu ni kan. dah la nipis gler..

Oklah selesai sudah cter mengenai labu kaca kesayangan saya ni..kalau saya ada jumpa yang baru, saya buat n3 nti ye..

Si Labu Berpinggang Ramping

Hehee..saya main bantai je bagi nama labu putih ni...kat atas badan die tu seakan2 pinggang yang ramping..walaupun nampak biasa dan kaler putih je tapi labu ni memang cantik sebab rupe bentuk die yang ramping ke atas..yang ni merupakan peninggalan nenek saya..Kaca die ni tak macam kaca2 dulu2 yang lain..kaca die memang tebal sangat dan berat berbanding labu2 kaca saya yang lain.. ok jom layan..


Rupebentuk labu bila ditutup...kaca die tu memang tebal..letak air panas pun tahan.


Ni lah rupebentuk si labu ni bila gelasnya dibuka..perhatikan bentuknye..cantik kan..

Si Labu Coklat

Kali ni cter mengenai labu coklat ni pulak..ntah la,nak cakap kaler coklat boleh,kuning pun boleh...ape2 je la..asal sesuai..hahhaaa...Labu ni pun rupebentuk die cantik jugak sebab kat badan die ada macam bekas berlingkar2 macam spiral..saya juga ada set jug yang serupe kaler n bentuk macam ni..nanti saya buat n3 ye...labu ni saya rase bertuah dapat kat kedai apek pada harga RM7.00 je..dah lama dah kat kedai apek tu terdisply kat atas rak, las2 saya tengok macam minat je,then saya pu rembat..hehee..


Rupe si labu bila ditutup dengan gelasnye...


Camnilah rupe si labu ni bila di buka gelasnye...perhatikan pada badan labu ni, ada bentuk seakan spiral yang membuatkan die bertambah cun..hehheee

Si Labu Hijau

Salam semua...N3 khas untuk kak yatt yang meminati labu kaca ni gak..hehee..seperti yang saya janjikan, saya nak buat n3 pasal labu2 kaca saya yang ada seciput ni..harini cter pasal labu hijau bulat ni...
Labu ni sy dapat kat ML lbh kurang 2-3 mgu yang sudah..sama time masa kak nannie datang ML..Labu ni memang cantik, bentuk die unik skit dan lain dari yang lain sebab kat bawah container die tu bentuk bulat dan meruncing ke atas..ok jom layan....


Rupabentuk labu ni bila ditutup dengan gelasnye...


Camnilah rupenye bila tutup dibuka..cantik kan..hehhee

Thursday, December 24, 2009

Koleksi Labu Kaca

Salam sejahtera semua...
Kali ni saya nak buat n3 lain dari yang lain iaitu labu kaca. Yang kite semua tau labu sayong je kan yang popular di negeri perak khususnya dan di kuala kangsar amnye..hehee
Labu kaca ni juga merupakan tempat untuk mengisi air.
Orang dulu2 jadikan bekas labu kaca ni sebagai tempat untuk mengisi air masak kerana senang untuk diambil sebab penutupnye menyerupai sebiji gelas dan dijadikan sebagai tempat untuk minum. Di bawah ni merupakan antara koleksi labu kaca yang yang kesemuanya melebihi 40 tahun. 2 buah labu kaca tu merupakan warisan keluarga sebelah ayah dan yang lain2 tu hunting di ML dan kedai apek..hehee..


4 biji koleksi labu kaca saya. Saya juga berusaha untuk menambah lebih banyak lagi koleksi labu kaca ni. Kalau ada sesape yang nampak untuk dijual or kat mana2 ke bagitau saya ye.. Ok nanti saya akan buat n3 satu persatu keempat empat biji labu kaca ni. tunggu ye...