Showing posts with label Almari Antik. Show all posts
Showing posts with label Almari Antik. Show all posts

Friday, October 25, 2013

Almari Hiasan Lama Untuk Dijual

Asalnya almari ini telah di booking tapi saya gagal hubungi pembeli tersebut dan tiada respon, jadi, saya buka untuk jualan terus.

Keadaan sebelum dibaikpulih...telah dicat hitam oleh pemilik asal.


Selepas dibuang lapisan syelek lama dan cat hitam...agak teruk nak buangnya...selepas dibuang, digosok hingga nampak permukaan kayu asal.


Siap sepenuhnya dibaikpulih.




Almari hiasan ini dijual pada harga :-

RM TERMASUK PENGHANTARAN SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA

SOLD

BOOKING 3 HARI
BERMINAT, BOLEH HUBUNGI / SMS / WHATSAPP 0175606196

Thursday, August 22, 2013

Baikpulih Almari di Bulan Puasa - Bahagian 2

Sambung semula bahagian kedua baikpulih almari di bulan puasa. Bulan puasa yang lepas, mood nak bertukang pun agak kurang kerana faktor keletihan, jadi buat lah sikit-sikit kerja apa yang terdaya di rumah. Yang ini almari kaki U juga tapi ada laci di bahagian bawah. Menarik pada pandangan saya. Almari kaki sebegini pun agak susah nak dapat sekarang ni.

Beginilah keadaan asal almari, masih cantik sebenarnya. tiada yang rosak dan masih kukuh tapi untuk lebih cantik, perlu di varnish semula.


Selesai kerja-kerja membuang syelek lama dan menggosok.


Siap sepenuhnya, bahagian pemegang saya gantikan dengan yang lain, nampak lebih antik dan cantik, dan saya sapukan kemasan syelek berwarna gelap, cantik pada pandangan saya, jarang saya baikpulih almari gunakan kemasan gelap.


Sekian saja untuk coretan kali ini, dan jumpa lagi di lain n3.

# Dah lama tak buat entry pasal pinggan mangkuk, asik perabot saja, insyaallah lepas ni saya cuba banyakkan entry mengenai pinggan mangkuk lama.

Tuesday, August 20, 2013

Baikpulih Almari Di Bulan Puasa - Bahagian 1

Lama juga saya tak update blog, bulan puasa yang lepas mood nak update tak ada, tapi berkesempatan untuk baikpulih almari lama berkaki U ni. Dapatnya dah bertahun, masa dapat terus bersihkan je, dan bawa masuk rumah dan isi koleksi. Tapi masa bulan puasa lepas baru tergerak hati nak baikpulih nya. inilah hasil kerja saya...seadanya..

Sebelum...keadaan asal almari, kondisi masih cantik dan kukuh, cuma perlu di retouch-up saje...


Keadaan selesai dibuang syelek lama dan digosok halus dengan kertas pasir.


Dan hasilnya selesai dibaikpulih...alhamdulillah...seadanya...

Jumpa lagi dilain n3...nantikan coretan baikpulih almari lama di bulan puasa bahagian kedua...hehe

Tuesday, July 2, 2013

Almari Sliding Untuk Orang Penang - SOLD

Entry ringkas untuk kali ini..sebelum menyambut bulan Ramadhan saya berusaha menyiapkan 3-4 tempahan perabot yang dah lama ditempah, salah satunya almari berpintu sliding ini. Untuk orang Penang, dah lama booking baru ada kesempatan untuk saya siapkan...Harap pelanggan tersebut sukalah..hehe.

Kondisi asal almari sebelum dibaikpulih, agak buruk lah juga. 

Keadaan setelah dibersihkan, buang syelek lama dan digosok halus sebelum di sapu syelek

Dan sudah siap sepenuhnya, bahagian dalam almari yg asalnya dicat biru saya cat pada warna coklat. 



Bagi yang berminat pada perabot-perabot lama boleh hubungi saya 0175606196 untuk tempahan.

Tuesday, February 26, 2013

Amari Lauk Berjaring

Akhirnya siap juga almari lauk ni, sejak penghujung tahun lepas lagi baikpulih sikit-sikit. Dua minggu sudah dah siap sebenarnya tapi baru ada kesempatan untuk di n3 kan dalam ni. Almari ni saiznya besar dan satu pengalaman baru kerana pintunya dibaikpulih dengan mengekalkan jaring dawai atas permintaan tuan barunya. Sebelum ni belum pernah lagi saya buat almari lauk yang digantikan semula dengan jaring dawai ni, biasanya hanya tukar kepada cermin. Memang agak menarik tetapi proses kerjanya sangat rumit...perlu penelitian.

Ini dalam kondisi asal, sebelum dibaikpulih,...keadaan sangat teruk..penuh kesabaran untuk membaikinya. Jaring perlu dibuang, papan-papan yg rosak perlu diganti. Habuk, sarang lipas, semuanya ada...saya cuci sedikit demi sedikit.


Proses membaiki...segala yg rosak saya buang dan gantikan semula..yang penting struktur almari kukuh tanpa ada kayu yg reput. setelah syelek lama dikikis saya gosok permukaan dengan kertas pasir agar permukaan halus dan bersih. Jika terdapat lubang-lubang kecil saya tampalkan dengan "filler" kayu.


Proses memasang jaring dawai..sangat-sangat rumit..perlukan kesabaran dan ketelitian. Pengalama baru bagi saya.

Dan setelah siap sepenuhnya...alhamdulillah di harap tuan baru berpuas hati dan sedia untuk dihantar ke Dengkil, Selangor.



Wednesday, February 20, 2013

ALMARI SOLEK ANTIK UNTUK DIJUAL



HARGA : RM TERMASUK BAIKPULIH DAN PENGHANTARAN KE SEMENANJUNG MALAYSIA
DEPOSIT : 30-50% DARI HARGA DITAWARKAN, BAKI DIBAYAR SELEPAS SIAP SEPENUHNYA

SOLD

BERMINAT BOLEH HUBUNGI/SMS 0175606196

Thursday, January 10, 2013

Almari Besar

Salam sejahtera semua...N3 coretan saya pada tahun 2013..hehe..lama tak menulis, mood tak berapa nak ada nak menaip panjang-panjang ni. Angin tak berapa nak betul kebelakangan ni..hehe..Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca-pembaca blog saya. Azam saya?? biarlah saya je yang tahu, sebab azam ni rasanya tak pernah yang nak menjadi...hahaha..rasanya biar tak da azam, asal setiap hari berusaha perbaiki kepada yang lebih baik.
Ok lah tak nak cerita panjang, nak kongsikan cerita baikpulih almari ni je. Asal blog terupdate..hehe.

Sebelum tu, almari ni lama dah sold, orang booking lama dah, macam biasa saya akan baikpulih kepada yang booking dahulu sahaja dan saya beri dalam senarai menunggu saja, jika ada masa lebih, baru saya buka  untuk jual terus. Almari ni asalnya almari lauk, dapat kat rumah golongan bangsawan dulu-dulu, bentuk almari lauknya lain dari biasa, saiz yang azak besar, berpintu panjang sampai ke bawah, jika dilihat seolah-olah almari pakaian atau almari untuk hiasan. kiri kanan pun berjaring asalnya. Inilah rupa asal masa dapat mula-mula.


Kemudian, dah buang jaring apa semua benda yang tak sepatutnya, jadilah begini, dah siap digosok, saya buatkan bingkai pada setiap ruang lompang untuk pasangkan cermin. macam biasa, syelek lama kikis, buang sampai ke urat kayu asal. dan digosok dengan halus.


Dan bila dah siap inilah rupanya...siap di sapu syelek. lapisan syelek saya buat 2 kali sapuan. selesai sapuan yang pertama, gosok semula dengan kertas pasir yg paling halus, nak guna kertas pasir terpakai pun lagi bagus, dan kemudian baru sapu untuk kali kedua. Ini supaya, hasilnya halus dan tidak berasa kasar bila sudah proses syelek. Bagaimanapun, jika warna tidak sekata boleh ulang syelek sehingga puas hati..hehe..tapi jangan terlalu tebal, nanti tak cantik. Pemegangnya saya gantikan dengan pemegang tembaga. Semasa proses menggosok barulah saya perasan yang engsel almari ni tertulis 'made in england'.  Harap pelanggan tersebuat berpuas hati.



Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3...

Monday, December 10, 2012

ALmari Lama Kaki 'U'

Salam sejahtera kepada semua. Hari ni saya kongsikan almari antik tempahan pelanggan dari Bangi. Alhamdulillah siap juga pada minggu lepas dan telah selamat sampai kepada tuan barunya.

Ini keadaan asal almari sebelum di restore...masih cantik kalau nak ikutkan...kalau nak nampak original just cuci bersih-bersih dan sapukan minyak kayu saja tapi atas permintaan saya restore semua sekali dan sapukan syelek yang baru, masa dapat laci keduanya memang hilang.


Dan ini semasa proses menggosok dan membuang syelek lama...kayunya sangat cantik, tiada sebarang kerosakan...kukuh...seronok buat kerja-kerja restore nya. Seperti yang saya kata sebelum-sebelum ni, yang utama syelek lama mesti buang betul-betul sampai tinggal kayu yang asal, ini untuk menjamin kualiti kerja apabila disapu syelek...jika tidak buang syelek lama betul-betul, hasil syelek tidak akan kemas dan nampak tebal bertindan, warna juga tidak sekata.



Dan inilah hasilnya bila dah siap..apa yang termampu saja..alhamdulillah...dah selamat sampai ke tuan barunya pun. pemegang pintu dan laci saya gantikan dengan pemegang tembaga bagi nampak lagi klasik.



Apa yang menariknya almari ni adalah bentuk kakinya...jarang sekali dapat jumpa almari lama kaki sebegini. Laci yang asalnya lompong, hilang saya buatkan laci yang baru menggunakan kayu-kayu lama puluhan tahun juga. 

Sekian saja untuk tatapan kali ini. Jumpa lagi di lain n3.