Showing posts with label Teko Single. Show all posts
Showing posts with label Teko Single. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Teko Pear Ros Padi

Malam2 buta ni, mata tak mahu pulak nak tido, dah la hujan, seronok tido tapi mata tak boleh nak tido...duk godek2 cari kat almari apa2 PML yang boleh dibuat n3 simple. Dan terpandanglah teko pear ros padi ni...baru teringat sejak dapat tahun 2009 dulu belum pernah di n3 lagi. Teko ni saya barter dengan Kak Shas Koleksi Warisan Bonda dah lama hujung2 tahun 2009 dulu tapi tak lama lepas tu saya dapat teko ni dengan kuantiti yang banyak sekali masa hunting di kedai nyonya termasuklah teko pear bunga kangkung...memang banyak saya dapat...habis kene letgo..kalau jual masa sekarang ni, mesti dah kayo...hahhaha. tapi semua dah habis saya letgo dan tinggalkan sebiji ni buat koleksi saya. Ros padi saya cuma ada teko pear ni saja, suatu ketika ada juga nampak teko aladin dan cawan2nya tapi tak nak pulak beli..tak tau kenapa....tunggu sikit2 lagi kot...hehee...apa yang menarik tutupnya juga mempunyai bunga yang sama...Rasa macam nak cari kaum kerabatnya pulak lepas ni. InsyaAllah ada rezki nak cari teko aladin dan cawan2nya pula. Ok, selamat menjamu mata, jumpa lagi di lain n3...



Friday, August 5, 2011

Teko Japan Biru

Sebelum ni saya pernah n3 mengenai bentuk2 teko yang sebegini. Boleh klik disini untuk lebih lanjut. Mengikut sumber yang diperolehi, teko sebegini begitu lama usianya, dikeluarkan sekitar tahun 1900-1940. Yang menarik perhatian adalah bentuknya yang sungguh menarik, warna biru juga menarik perhatian mata yang melihat. Walaupun semasa dapat tangkai pada penutupnya dah patah, tapi tetap cantik dipandang mata. Sebelum ni saya ada koleksi teko sebegini tapi teko mini, manakala yang ini, saiznya agak besar.


Pandangan hadapan

Pandangan belakang

3 biji koleksi teko yang sama bentuknya

Wednesday, October 27, 2010

Teko Belalai Gajah

Salam sejahtera semua...
Lama rasanya tak buat n3 koleksi sendiri..rindu pulak rasanye...hehehe...
Hari ni cuma n3 ringkas je, buat n3 gambar yang senang nak snap, sebab penyakit 'M' melanda, malas nak bawak keluar banyak2 pastu susun2...nantilah bila mood rajin kembali semula ye...hehehe...
Yang ni teko bentuk muncungnya seperti belalai gajah, bunganya saya tak pasti bunga apa tapi cik tasha kita ada jual dulu tapi bentuk teko bulat. Bentuk teko macam ni saya pernah tengok kat laman Facebook seorang silent reader iaitu acik Rohana Hussain, teko bentuk begini tapi bunga kekwa merah..memang cuun...
ok lah jom kita lihat gambar dibawah....


Pandangan depan...bentuk teko yang unik. tali pada tangkai dan penutup tu dah memang sedia ada masa dapat tempohari.

Close-up bunga pada teko...motif bunga ros.

Pandangan belakang. bunga yang kecil.

Sekian saja, jumpa lagi dilain n3....

Friday, August 27, 2010

Japan Sceneries

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 53....
Harini yang nak dikongsikan cuma sebiji teko bermotifkan pemandangan Jepun dan sebiji piring kuih yang mempunyai motif yang sama. Pertama kali terjumpa teko dan piring kuih ini hati saya rasa gembira yang teramat sangat kerana sedari dulu saya memang minat sangat dengan set yang mempunyai corak pemandangan sebegini. Walau tak cukup set, cukuplah dapat teko dan piring kuihnya saja. Jom kita lihat gambar2 di bawah...


Teko dan Piring kuih...cantik di mata saya.

Piring kuih bersaiz 7".

Teko yang amat cantik dimata.

Close-up gambar pemandangan pada teko.

Pandangan belakang teko.

Penutup yang turut mempunyai motif pemandangan yang sama.

Cop mohor NS Made In Japan.


Sampi disini saja, jumpa lagi di lain n3.

Thursday, August 26, 2010

Teko Bujang Bunga Rare

Terlanjur saya membuat perbandingan antara teko mini bulat 5 roses dengan saiz teko aladin tempohari, hari ni saya sajikan dengan lebih lanjut teko aladin tersebut. Sebelum ini saya tak perasan yang kak yatt dan kak welly pernah buat n3 mengenai jenis bunga yang sama sehinggalah kak yatt sendiri beritahu pada saya. Bila saya lihat memang betullah, teko kotak kak yatt dan kak welly serta tureen kak welly sama macam bunga pada teko aladin saya ni. Cuma bunga pada teko kotak kak yatt telah 'disimplied' kan. Kalau nak tengok n3 kak yatt bolek klik disini dan n3 kak welly boleh klik disini.
Bentuk teko ni sekali pandang sama macam bentuk teko aladin tetapi jika perhatikan bentuknya berlainan sedikit dari bentuk teko aladin yang biasa. ok jom sama2 kita lihat gambar di bawah...


Pandangan hadapan teko tersebut. Bunganya amat padat dan menyerlah...bentuknya sama seperti teko aladin tetapi berbeza sedikit dengan bentuk teko aladin yang biasa kita lihat. Dari segi tangkainya pun berbeza.

Bunga pada teko yang amat cantik dan menyerlah. Motif bunga apa, saya tak pasti tetapi kak yatt memanggil ianya bunga 'rare', memandangkan susah nak jumpa pinggan mangkuk motif bunga sebegini.

Pandangan belakang teko...motif bunganya yang telah diringkaskan...


Dan yang ini pula teko kotak dan tureen kak welly yang bunganya sama macam teko saya diatas. Alangkah seronoknya jika dapat teko kotak dan tureen sebegini rupa. Bolek klik pada gambar di bawah untuk lihat lebih lanjut di blog kak welly. Mintak halal gambar ye kak welly.....

Dan ini pulak teko kotak kak yatt yang juga mempunyai motif bunga yang sama tetapi di'simplied'kan. Cantikkan. Untuk lebih lanjut boleh klik pada gambar di bawah. Mintak halal juga gambar ye kak yatt...


Sampai disini saja, jumpa lagi di n3 akan datang.....

Sunday, May 30, 2010

3 Teko Kuning Besar

Salam sejahtera semua...
Di kesempatan hari minggu yang ada ni, saya ambil peluang untuk kongsikan 3 biji teko kuning yang berlainan motif yang bersaiz agak besar yang ada dalam simpanan saya. Walaubagaimanapun saya cuma ada tekonya sahaja dan anak-anaknye masih belum ditemui. Ok jom sama-sama kita layan gambar


3 biji teko kuning yang bersaiz agak besar. 2 biji di sebelah kiri dan kanan mempunyai motif bunga-bungaan manakala yang ditengah-tengah seperti yang kite semua ketahui teko pokok kelapa.

Teko pokok kelapa yang dah lama saya cari dan akhirnya saya dapat beli di ML dan di blog eis. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya dapat kumpul set kelapa ni.


Dan di bawah 2 biji teko kuning yang mempunyai motif bunga-bungaan. hasil rembatan dari kedai antik. Walaupun harga boleh tahan, tetapi tetap ku rembat dek kerana kecunnannye...hehehe....




Ok sekian saja n3 saya kali ni....dah tak tak da idea nak menaip, cukup sampai sini saje...bye2....

Friday, April 16, 2010

Teko Mini Japan

Salam sejahtera semua...
Tengah rajin buat n3 ni, buatlah seberapa banyak yang boleh, lagipun kerja kat ofis pun semakin kurang dek kerana projek pun dah nak siap, tunggu final account je, so kesempatan ni, dapat la saya luangkan masa untuk buat n3.
Hari ni cuma n3 yang serba ringkas iaitu Teko Mini Japan di mana saya cuma ada 3 biji saja. Mungkin ramai yang tak minat dengan teko ni, mungkin kerana motif coraknya yang tidak menarik tapi bagi saya, ianya amat menarik.
Menurut En. Taj dari Pinggan Mangkuk Cawan Teko, teko jenis ini dikeluarkan dari tahun 1900 hinga 1940 dan merupakan keluaran negara Jepun. Bermakna usia teko ini diantara 70-110 tahun. Untuk keterangan lebih lanjut boleh lihat di blog En.Taj dan klik disini.
Ok jom sama-sama kita lihat gambar-gambar di bawah...


Teko mini 3 beradik yang ada dalam simpanan saya.

Teko berbentuk seakan-akan buah pear bermotifkan geometri dan flora dengan warna emas. Tingginya cuma 4" saja. Hasil rembatan dari Yop Man Kampar. Terima kasih bebanyak le yop..dapat juge teman tekoi rope ini..hehehee
Yang ini pula teko berbentuk labu yang juga bermotifkan flora dengan warna emas yang agak pudar, sepadan dengan usianya. Hasil pembelian dengan Makcik Zaitun. Ianya lebih kecil dengan tinggi yang tidak sampai 3.5".

Dan yang ini juga teko menyerupai bentuk buah pear. Lebih kecil dari teko yang pertama tadi. Tingginya tidak sampai 3.5". Bermotifkan flora dan fauna. Terdapat gambar gajah pada teko ini. Ini juga merupakan pembelian dengan Yop Man Kampar.

Sekian saja mengenai teko mini japan saya. Di harap dapatlah saya mengumpul teko sebegini lagi kalau2 ada terjual di mana..Selamat menjamu mata.....byee

Friday, February 12, 2010

BUNGA GEOMETRI

Salam sejahtera....
Harini hanya n3 yang simple je...
Cuma saya nak tunjuk sebijik teko yang saya dapat kat apek ni...yang menariknya cume bentuknya saja, yang seakan-akan aladin tetapi bukan bentuk aladin yang biasa kite tengok..kacanya juga lebih tebal dan berat berbanding teko aladin yang biasa kite tengok. Motif corak pada badannye pun agak menarik iaitu seakan rupa bunga tetapi didalam bentuk geometri...klau tak silap kak shas dari koleksi warisan bonda pun ada teko macam ni...anda boleh tengok kat blog die.. So sesiapa yang ada nak jual or ternampak kat mana2 ada cawan dan sebagainya yang sama macam bunga pada teko ni, roger saya ye. Ok jom layan gambar....


Pandangan depan teko ni...cun kan?? hehehee


Pandangan belakang teko...bungnya lebih kecil...


Dan ini merupakan motif corak yang ada pada badan teko ni..tengok betul2 ek..mana tau boleh tolong saya carikan anak-anaknye..hehee...


Ok selamat menjamu mata...bye...