Showing posts with label ezany story. Show all posts
Showing posts with label ezany story. Show all posts

Sunday, December 31, 2017

INSTAGRAM EZANY GALLERIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung setia blog Ezany Galleria.

Untuk makluman semua pengunjung blog, Ezany Galleria telah membuka akaun instagram untuk kemudahan pengunjung setia melayari dan melawat serta mencuci mata koleksi dan barangan untuk dijual dan koleksi-koleksi peribadi saya. Bagaimanapun blog Ezany Galleria ini akan terus beroperasi dan dikemaskini seperti biasa, dan akaun instagram juga akan dikemaskini seperti yang ada di dalam blog.

Oleh itu, pengunjung ada dua cara untuk mengunjungi Ezany Galleria samaada di blog atau di instagram.
Bagi pengunjung-pengunjung yang mempunyai akaun instagram bolehlah 'follow' akaun instagram Ezany Galleria atas nama carian akaun "Ezany Galleri" seperti yang terpampang pada gambar di atas.

Sokongan anda semua sangatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Thursday, March 2, 2017

PENGUMUMAN !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya.

Di sini saya ingin maklumkan bahawa kebelakangan ini saya tidak dapat untuk meng'update' blog saya kerana kamera pada telefon bimbit saya mengalami masalah. 
Untuk makluman semua blog saya masih lagi aktif dan saya akan meng'update' blog apabila masalah kamera telefon bimbit saya selesai. 
Bagaimanapun, jika ada sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi, sms atau whatsapp saya di talian seperti biasa 017-5606196.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 10, 2017

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung-pengunjung blog saya.

Alhamdulillah masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog yang masih setia mengunjungi blog saya yang seadanya ini. Tahun 2017 merupakan tahun ke 8 saya berblog sejak tahun 2009 lagi.

Bermula dengan hanya ingin berkongsi hobi kepada barang lama / antik, kemudian saya membuat jualan kecil-kecilan di blog ini. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menambah rezeki saya yang asalnya hanya untuk 'jual suka-suka'. Dengan wujudnya blog ini juga saya mendapat ramai kawan di serata negeri dan tak lupa juga mendapat kawan dari luar Malaysia.

InshaAllah selagi terdaya saya akan terus mempertahankan blog ini sebagai tempat saya berkongsi hobi dan menjual barangan koleksi yang berlebihan. Akhir kata, terima kasih buat semua pengunjung blog dan teruskanlah mengunjungi blog saya...heheh.

Thursday, December 1, 2016

PENGUMUMAN : CAJ TERBARU HARGA POS


Kepada semua pelanggan-pelanggan Ezany Galleria, bagi yang biasa membeli dan pernah membeli dengan saya, anda sedia maklum saya menggunakan khidmat kurier KTM Distribution Courier Services (KTMD) untuk menghantar barang-barang pelanggan saya dan kebiasaannya untuk barang-barang yang tidak banyak dan tidak begitu berat saya akan caj kos pos sebanyak RM10-RM15.

Untuk makluman anda, bermula beberapa hari lepas pihak KTMD telah menguatkuasakan bahawa segala bungkusan yang hendak dipos akan caj dengan cara pengiraan volume metrik pada kotak dan bukan lagi ditimbang berat. Jadi oleh itu, mulai tarikh posting ini saya akan caj untuk kos pengeposan yang berat biasa-biasa (1kg - 3kg) akan di caj RM15-RM20 dan tidak lagi RM10 seperti kebiasaan. Bagi barang-barang yang agak berat akan di caj RM20 - RM35 dan ke atas, bergantung kepada kuantiti barang, berat dan saiz kotak yang akan dibungkus.

Untuk makluman anda juga, saya menggunakan khidmat KTMD kerana buat masa ini setelah saya survey KTMD adalah khidmat kurier yang paling murah dan selamat berbanding yang lain. 

Segala kesulitan amatlah dikesali dan saya memohon maaf atas perkara di atas. 
Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 21, 2016

PENGUMUMAN !!

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG EZANY GALLERIA.....

HARAP MAAF, BUAT MASA INI BLOG TIDAK DAPAT DI KEMASKINI ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.

TETAPI URUSAN PEMBELIAN, URUSNIAGA MASIH DIJALANKAN. 

SEBARANG URUSAN BOLEH HUBUNGI/WHATSAPP SAYA DI NOMBOR 017-5606196.

JIKA DI IZINKAN, SAYA AKAN MENGEMASKINI BLOG SEPERTI BIASA DALAM MASA TERDEKAT. 


SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tuesday, March 29, 2016

PENGUMUMAN !!!

PENGUMUMAN !!! 

Assalamualaikum...
Kepada Encik Din dari Meru Height, Ipoh, Perak yang ada booking almari solek seperti gambar di bawah ini di harap dapat hubungi saya di 017-5606196 untuk tujuan penghantaran. Saya juga kehilangan nombor encik atas sebab masalah telefon bimbit saya tempohari. Diharap dapat hubungi saya segera. Kesulitan amat dikesali. Terima kasih.


Thursday, March 10, 2016

Kerusi "Pak Maon" - SOLD-

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang masih sudi datang berkunjung ke sini. Tahun ini merupakan tahun ke 8 saya berblog sejak tahun 2009 lagi. Semoga ianya bertahan untuk masa akan datang.

Hari ni saja nak berceloteh sikit, berkongsi hasil membaikpulih kerusi "Pak Maon" ini. mengapa saya panggil kerusi ini sebagai kerusi Pak Maon?? Ini kerana kerusi sebegini pernah menjadi tempat duduk watak "Pak Maon" lakonan allahyarham seniman Mahmud June dalam filem hitam putih P.Ramlee iaitu filem Nasib Do Re Mi. Bukan dalam filem itu sahaja malah, kebanyakan filem-filem lama arahan P.Ramlee kita dapat lihat kerusi sebegini di dalam rumah-rumah yang menjadi lokasi penggambaran.

Di bawah merupakan hasil baikpulih saya pada kerusi tersebut daripada PVC lama biru saya tukarkan kepada PVC berkualiti tinggi hijau tua atas permintaan pelanggan. Kerusi ini telah dibeli oleh pelanggan dari Melaka. Sayangnya cuma ada satu sahaja. Terima kasih kepada pembeli. Semoga dengan usaha baikpulih dan jual beli ini kita dapat menyelamatkan khazanah-khazanah lama dari terus lenyap hilang begitu saja. Jumpa lagi di lain entry.

Keadaan kerusi sebelum di baikpulih. PVC biru masih elok lagi tetapi untuk kelihatan lebih cantik dan sesuai digunakan di dalam rumah perlu di tukar sarung dan dicat kerangka besinya.


Kerusi siap sepenuhnya. Diganti dengan warna lebih kurang hijau muda.



Allahyarham Mahmud June memegang watak "Pak Maon" dalam filem hitam putih Nasib Do Re Mi arahan P.Ramlee

Friday, December 6, 2013

PERHATIAN UNTUK SEMUA CUSTOMER....

KEPADA SEMUA PEMBELI YANG ADA BELI BARANG DENGAN SAYA,

HARAP MAAF SEMUA BARANG-BARANG YANG TELAH DIBELI SAYA MASIH BELUM POSKAN. MINGGU INI SAYA SEBUK DENGAN URUSAN TESIS SAYA DI UTM SKUDAI, JOHOR. BULAN INI BULAN SANGAT SEBUK, DITAMBAH PULA DENGAN CUACA SEKARANG.

INSYAALLAH SAYA AKAN SELESAI KAN URUSAN PENGEPOSAN SEMUA BARANG-BARANG PADA HARI ISNIN ATAU SELASA DEPAN.

BERIBU AMPUN DAN MAAF DARI SAYA.

Tuesday, January 22, 2013

Merealisasikan Projek-projek Terbengkalai

Sabtu yang lepas secara rasminya tamat peperiksaan saya dan dah boleh bercuti...hehe...bila cuti semester ni idea tu macam-macam nak buat, ada je yang terfikir kat kepala cuma samaada dapat direalisasikan ataupun tidak. cuti pun tak lama mana. Lagi pun ada tempahan perabot yang belum saya siapkan. Harap yang booking tu sudi tunggu seminggu dua lagi..dah lama rasanya.
Yang di bawah ni pula, semua perabot-perabot lama saya punya, tak dijual untuk pakai sendiri, banyak projek dan idea nak digunakan nanti untuk perabot-perabot ni. Dah lama dapat cuma nak restore semula saya tak ada masa, keutamaan buat untuk tempahan orang saja dulu. Semuanya saya dah 'pos' kan ke kampung, rumah nenek saya memandangkan rumah saya dah penuh. Cadangnya jika ada masa lebih nak baikpulih semua perabot-perabot kat bawah ni..harap tercapai.

Yang ni set kerusi lama...memang dari dulu saya idamkan...alhamdulillah dapat juga, walau harga agak tinggi saya sapu je, bajet tengah ada masa tu..hehe...kondisi pun masih cantik lagi..tegap, kayu jati. Set kerusi ni ada satu kerusi panjang, 4 kerusi 1 dudukan, satu meja kopi, dan satu meja sisi kecil. Lagi 2 kerusi 1 dudukan dan meja sisi lupa nak ambil gambar. Anyaman rotan pada tempat duduk pun masih cantik lagi. Harap-harap tercapai nak baikpulihnya.

Ini pula meja solek yang dah lama sangat saya dapat rasanya. Yang ni saya nak kena hantar pada tukang kayu yang mahir sebab saya tak boleh nak buat sendiri. Ada bahagian yang reput di makan anai-anai. Kayunya perlu diganti, saya sendiri belum mahir untuk tukar ganti kayu yang reput sebab ada bahagian-bahagian yang ditanggam. Insya Allah saya akan hantar ke tukang kayu yang memang baikpulih perabot lama .

Ini pula bidai lama atau penghadang. Biasa-biasa saja, tapi saya suka. Ruang yang kosong tu di letakkan kain. Dulu-dulu digunakan sebagai penghadang mana-mana bahagian ruang rumah yang tidak mahu dilihat secara terus. Bidai ni saya dapat dah bercat hitam dan semua cat saya dah buang, memang rumit. Ni kira kerja terbengkalai juga, dah lama terbiar, cuma nak gosok bagi licin dan sapu syelek saje. 

Dan yang ini katil idaman saya. dah siap sepenuhnya sebenarnya...cuma tinggal pagar/kandang sisinya saja yang perlu saya sapukan syelek untuk kali kedua. lepas tu siaplah. Banyak kerja-kerja saya yang terbengkalai sebab bagi laluan pada yang menempah dahulu..hehe...

Harap-harap semua yang tertangguh ni dapat saya siapkan dalam masa tempoh cuti semester ni. Nanti bila dah siap saya update kan.
Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3.

Monday, December 3, 2012

Rumah Lama

Salam sejahtera kepada semua...lama tak menulis...kebelakangan ni mood nak menulis nak buat n3 makin berkurang. Kali ni saje kita kongsi-kongsi tengok rumah lama yang dari dulu menjadi idaman saya nak milikinya, insyaAllah akan saya usahakan. Berbalik kepada rumah dalam gambar di bawah, rumah ni terletak di bersebelahan kampung saya di Gopeng, jika keluar tol Gopeng, ambil kiri menghala ke Kampar, kurang dari 200meter di sebelah kiri jalan anda pasti akan melihat rumah ini. Rumah ni seingat saya sejak saya kecil memang sudah tak berpenunggu lagi. Orang asal rumah ni dah lama meninggal dunia dan anak cucu cicitnya tiada siapa pun yang berminat untuk tinggal di kampung. Dahulunya memang nampak usang tetapi masih berdiri kukuh. Hinggalah dalam 4-5 tahun yang sudah cucu kepada pemilik asal rumah ni ambil inisiatif untuk membaikpulih rumah ni. Rumah ni asalnya betul-betul terletak di tepi jalan utama dan telah dialihkan ke tapak lain, di bahagian belakang tapak asal kerana jalanraya tersebut dibesarkan, dan tapak rumah ini terbabit dengan pembesaran jalanraya dan terpaksa dirobohkan, alhamdulillah cucu tuan asal, telah memindahkan rumah ini ke belakang sikit dari tapak asal, tanpa mengubah struktur asal rumah dan masih dalam keadaan asal. Jika dilihat potongan rumah ini, adalah potongan rumah limas negeri Perak. Di kampung saya masih ada jenis rumah sebegini tapi agak berkurangan, rumah moyang saya yang dibina pada tahun 1928  sama potongannya seperti ini tapi rumah pusaka tersebut sekarang diduduki sepupu bapa saya. sekian saja coretan kali ini..mood menulis tak ada..hehe..jumpa lagi di lain n3..insya Allah mungkin ada n3 lanjutan mengenai rumah ini...tunggu....



Thursday, October 18, 2012

Pengumuman

Kepada sesiapa yang ada hubungi atau sms saya pada hari sabtu, ahad dan isnin yang lepas, tetapi saya tidak jawab call atau reply sms sila hubungi saya semula. Telefon saya ada masalah pada hari tersebut.
Harap maklum. Sekian terima kasih.

Friday, September 21, 2012

Tetamu Blog Yang Sememangnya Tidak Diundang

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni tak da entry berkaitan antik atau yang lama-lama, saja nak bercoretan, kisah seorang atau "seekor" tetamu dari bangsa apa pun saya tak tahulah, yang sememangnya tidak di undang. Blog saya didatangi komen dari chat box yang bertarikh, masa dan berbunyi "20 Sep 12, 05:02 PM
uhuuuu: rege cekek darah.. kok nak jual pon bio la berpatutan takut menjadi kemurkaan allah." 
Sungguh hairan dan kasihan saya dengan orang yang macam ni. Saya rasa apalah salah saya menjual teko dengan harga RM350 dan RM280 sedangkan harga pasarannya sememangnya begitu dengan modal saya yang tinggi untuk dapatkannya, tujuan saya nak meniaga, sebagai contoh saya dapat RM10 takkan saya nak jual RM10. Inilah kalau selagi hasad dengki, hati yang masih kotor sekotor najis khindzir, selagi ada perasaan macam tu selagi itulah suka menjatuhkan orang lain. Saya rasa, kawan-kawan di group Antique Porcelain Collector dan kawan-kawan yang sama terjebak dengan koleksi pinngan mangkuk lama ni dah tau nilai sesuatu item ni, mungkin hamba yang menggelarkan diri si "uhuuuu" yang seorang ni masih berjinak-jinak atau masih kosong atau sememangnya hati tu dah terlalu kotor. Petik dari kata-kata hamba tu iaitu "takut menjadi kemurkaan Allah", kepada si hamba tersebut boleh terangkan tak pada saya kenapa disebabkan menjual teko boleh mendapat kemurkaan? Kasihan sungguh dengan manusia macam ni. 
Alhamdulillah, Allah sentiasa memberi rezeki selagi kita jujur dan ikhlas berniaga. Setakat ini, barang-barang yang harga "CEKIK DARAH DAN TAKUT MENJADI KEMURKAAN ALLAH" dah dibeli orang dalam jangkamasa kurang 4 jam selepas di publish. Kepada hamba tersebut, saya sedia memaafkan anda, tapi nasihat saya, bersihkanlah hati dan jiwa rohani sebersih-bersihnya, jangan jadikan hati kita sekotor hati najis atau bangkai seekor 'Khindzir". 

Wednesday, August 15, 2012

Salam Sejahtera Semua

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya.
Rasa agak lama juga saya tak menulis mengenai antik, koleksi ataupun aktiviti-aktiviti saya berkaitan barang lama/antik. Bahan nak update blog banyak, cuma masa saya dan mood saya untuk menulis agak kurang..hehe...malas pun ada juga.
Walaubagaimanapun, nantikan entry akan datang tak lama lagi....sementara tu, imbas-imbaslah kembali entry lama yang sedia ada...hehe...salam sayang dari saya, selamat berpuasa...

Saturday, May 5, 2012

Dedikasi Buat Opah Zaharah

Sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat dan suka melihat rumah-rumah lama, rumah tradisional di kampung-kampung.  Antara rumah-rumah tradisional yang saya suka rumah tradisional negeri Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Mungkin kerana ciri-cirinya yang unik dan cantik pada mata saya.
Bulan yang lalu, kebetulan saya ada kerja luar ditapak bina di Seri Manjung, balik tu agak awal lagi, jadi saya masuk ke jalan lama dari Bota Kanan ke Parit. Beberapa kilometer dari simpang Bota Kanan mata saya terus melihat rumah ini dan hati tergerak untuk berhenti. Sebenarnya dah beberapa kali saya lalu di hadapan rumah ni dan ingin berhenti menagkap gambar tapi perasaan malu mengatasi segalanya...kali ini saya tekad untuk berhenti. Rumah lama ini terletak ditepi jalan besar di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Bota, Perak.

Sampai saja saya terus ke rumah sebelah, kerana sangkaan saya rumah ini tidak berpenghuni. Maka saya pun minta izin dari tuan dari rumah sebelah untuk mengambil gambar dan melihat sekeliling rumah ni. Orang rumah tersebut pun membenarkan dan mengatakan bahawa rumah ini masih berpenghuni dan dihuni oleh seorang nenek tua dan hanya dihuni ditingkat bawah saja memandangkannya telah uzur. Dan mereka mempunyai talian persaudaraan.

Sedang saya mengambil gambar tiba-tiba keluar seorang nenek tua dimuka pintu rumah dengan kerusi rodanya. Saya pun pergi menyapa untuk meminta izin dan hati saya seronok bila nenek tersebut yang saya panggil opah sangat mesra dan rajin bersembang, saya pun bersembang dengannya dan dia menceritakan segalanya.

Rumah ini dihuni oleh opah Zaharah binti Yeop Jalil. beliau mewarisi rumah ini dari ibu dan bapanya iaitu Allahyarham Yeop Jalil dan Allahyarhamah Long Kamariah dimana ianya didirikan diatas tanah pusaka yang merupakan dahulunya tapak rumah datuk kepada opah Zaharah iaitu Kulup Derais. Opah Zaharah dilahirkan pada tahun 1917 dan kini berusia 95 tahun dan mendiami rumah ini seorang diri. Jika dilihat dari segi fizikal opah zaharah yang berkerusi roda siapa sangka wanita ini mampu duduk seorang diri membuat kerja-kerja rumah dan akan menyangka beliau lumpuh kerana berkerusi roda. Sangkaan saya salah sebaik saja opah Zaharah berdiri dan boleh berjalan dengan baik. Menurutnya dia berkerusi roda hanypada satu-satu masa saja jika berasa keletihan. Anjung rumah yang berbentuk separa hexagon. Ciri-ciri kolonial dan melayu

Menurut opah Zaharah beliau mendapat pendidikan di salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar yang terletak kira-kira 70-80km dari rumah beliau. Menurut beliau ketika itu di Bota Kanan, Parit, atau pun pekan-pekan yang berdekatan masih lagi tidak mempunyai sekolah dan beliau bersekolah di kuala Kangsar dan tinggal bersama ibu saudaranya. Apabila berkahwin opah Zaharah telah merantau ke beberapa negeri mengikut suaminya yang bekerja diluar kawasan, antaranya opah Zaharah pernah tinggal di Seremban, Kuantan dan ada lagi yang saya kurang pasti. Fikiran dan ingatan opah Zaharah sangat baik dan beliau beliau boleh mengingati peristiwa-peristiwa di zaman muda remaja beliau dan beliau juga masih mengingati liku-liku sejarah negara.


Opah Zaharah mempunya 3 adik beradik iaitu beliau mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki dimana mereka semua telah kembali kerahmatulllah terlebih dahulu, beliau adik beradik sememangnya dibesarkan disini. dan menurut opah Zaharah beliau bukanlah dari sebuah keluarga yang kaya raya tetapi apabila zaman britisih dimana getah mula-mula dibawa masuk, tanah milik keluarganya terlibat untuk ditanam getah oleh British dimana getah tersebut dieksport ke London. Dari situ keluarga beliau mendapat komisyen. Maka rumah ini mula didirikan....menurut opah Zaharah, rumah ini siap sepenuhnya pada tahun 1932 dimana papan rumah ini daripada sebatang kayu balak besar yang diproses disini juga iaitu dari kayu cengal. Terdapat juga papan dinding daripada rumah lama arwah datuknya Kulup Derais. Belakang rumah ini letaknya sungai perak dan menurut opah Zaharah batu bata untuk membina rumah ini dibuat di tepi sungai tersebut.


Opah Zaharah hanya mempunyai 2 orang anak kandung, seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala dia mengambil 3 orang sebagai anak angkatnya. Anak kandungnya yang lelaki telah lama meninggal dunia di Australia, dan anak sulungnya, perempuan, kini tinggal di Petaling Jaya dimana usianya hampir 80tahun. Menurut opah Zaharah beliau telahpun mempunyai beberapa orang piut. Anak-anak angkat opah Zaharah tinggal dikawasan berdekatan dan menurutnya, anak-anak angkat dan cucu-cucu angkatnyalah yang akan datang menziarahnya jika kelapangan.

Menurutnya rumah ini telah beberapa kali dijadikan lokasi penggambaran filem, drama dan pengiklanan. Antaranya filem Jimi Asmara juga membuat penggambaran disini.
Bahagian tangga yang terdapat di belah kiri rumah. terdapat 2 buat tangga diluar rumah dan 2 buah tangga didalam rumah. Rumah ini mempunyai 3 bilik di atas dan 2 bilik di bawah.

Senibina tangga yang unik dan terdapat ukiran pada tepi atap rumah
. Tingkat atas rumah jarang sekali dijejaki.


Ini merupakan rumah yang terdapat disebelah rumah opah Zaharah, dimana rumah yang mula-mula saya bertanya untuk meminta izin mengambil gambar. Tidak kurang cantiknya rumah ini...rumah ni agak besar juga dan senibinanya juga sangat cantik. Ini merupakan rumah pusaka arwah datuknya selepas rumah asal dirobohkan dan rumah ini dibina lebih awal dari rumah opah Zaharah iaitu sekitar awal 1920an.
Bahagian belakang rumah sebelah. besar dan panjang.

Bahagian anjung rumah yang menarik perhatian saya...separa hexagon. Opah Zaharah mempelawa saya untuk naik ke bahagian atas rumahnya tapi saya menolak dengan baik kerana tiada ahli keluarga opah Zaharah mengekori, risau jika berlaku apa-apa tanpa ada waris tuan rumah mengiringi. Tak lama lepas tu datanglah jiran tetangga opah Zaharah untuk bersembang...hehehe

Bahagian kanan rumah, sangat cantik, rumput hijau melatari halaman rumah yang luas. Dan saya diberitahu, opah Zaharah masih mampu merumput dan menyapu halaman rumahnya...opah Zaharah juga banyak bercucuk tanam di belakang rumah.

Bahagian tepi kanan rumah...sangat klasik.

Ruang belakang rumah yang terdapat tangga beserta beranda....yang akan terus menuju ke perigi. Dulu-dulu kata opah Zaharah, mereka semua akan mandi di perigi tersebut.

Perigi lama...sehingga kini masih memberi khidmatnya.....masih boleh digunapakai...

Ukiran batu pada tepi rumah.
 

Dan sedang saya mengambil gambar mata saya tertumpu pada sebuah bilik diruang bawah bahagian belakang rumah. terdapat sebuah katil besi lama yang sangat cantik, lain dari yang lain...bersalut crome warna perak. Puas minta beli dari opah Zaharah tapi beliau tak nak jual..hehehe, dalam rumah ni juga terdapat banyak set pinggan mangkuk lama keluaran England.

Dan.......inilah dia opah Zaharah, seorang wanita yang sangat cekal. Sekali imbas pasti ramai yang menyangka beliau terlalu uzur tetapi tidak, masih kuat dan mampu berjalan, masih boleh membuat kerja-kerja rumah dan mempunyai daya ingatan yang baik pada usia menjangkau 95 tahun. Saya sangat selesa bersembang dengannya yang tidak sombong pada saya serta ramah dan meminta saya agar datang lagi ke rumahnya jika ada kelapangan, insyaAllah saya akan ke sini juga Jika ada umur yang panjang. Doa saya agar opah Zaharah sentiasa mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dan sentiasa dilimpahi rezeki dan rah mat dari Allah...amin...sehingga berjumpa lagi....


Friday, April 20, 2012

Bali 30.3 - 2.4.2012 - Bahagian III Akhir

Selamat tengahari Jumaat yang mulia kepada semua pengikut2 blog saya yang saya hargai. Hari ni sambung lagi cerita Bali..jangan risau, ni yang akhir....hehe...harap2 tak jemu.

Nak cerita hari ke 3 kat sana awal2 pagi dah dibawa ke Batu Bulan kot kalau tak silap, tengok teater tajuk "Barongan". Dalam perjalanan tu, nampak pulak bendang sawah padi...cantik sangat.

Sampai2 sana dah mula pun...tetibe rasa nak gelak tengok pemain muzik tu berkemban dengan 2 orang penari perempuan ni dengan riak mukanya...haha...mula2 nak gelak, tapi satu persatu character masuk rasa takot pun ada...huhu. Kisah barongan ni cerita mengenai lagenda di Bali.

Yang ni masa dalam perjalanan nak ke situ ada pulak tempat cantik, orang bercucuk tanam, so suruh driver berhenti, snap gambar...hehe




Dah selesai tengok "Barongan" kitorang pergi ke Kintamani pulak. Kat sana makan tengahari, sambil tengok panorama gunung berapi dan danau yang cantik...memang cantik sekali kat sini, cuaca pun sejuk sangat. cantik...rasa nak pergi lagi..



Nak balik tu singgah pulak kat Pura lagi..asik tengok kuil je....huhu..yang ni kalau tak silap kat Batu Bulan. macam biasalah nak masuk kene pakai kain..




Dan last day kat sana, flight dijadual pukul 2 petang, sebelum tu singgah kat pusat ole2 beli buah tangan, tapi tak beli banyak pun. dah tu terus ke airport, bergambar kenangan la dengan driver.

tau2 flight delay dekat pukul 3, jenuh la menunggu, dah la sampai airport awal, sebelum pukul 12 tengahari dah sampai. semua bosan menunggu dengan perut laparnya.

Dan akhirnya berlepas la pulang ke tanah air tercinta...rasa tak da mood je, sebab dah seronok bercuti, esoknya nak kene kerja pulak...hehe...apapun percutian ke Bali memang best. kawan2 kalau nak pergi bercuti, nak rehatkan minda pergilah ke Bali...hehee...ok sampi bertemu lagi dilain n3..

Tuesday, April 17, 2012

Bali 30.3 - 2.4.2012 - Bahagian II

Sambung lagi cerita di Bali...hehe..tak habis2 jangan jemu dah la...hari ke 2 kami dibawa ke mana ke lupa nama tempat dimana semua aktiviti2 air/pantai berjalan disini. Tapi kami tak bawa baju basah, so cari2 la aktiviti yang tak kena dengan air. Kami pilih untuk ke Pulau Penyu.

Disini pantainya pun canti, membiru, dan ramai pengunjung dengan aktiviti masing2. Kami menaiki bot ke Pulau Penyu.




Sampi ke Pulau Penyu terus disambut para pekerja dan kami pun main dengan penyu...hahaha..mula2 takot tapi memandangkan penyu tu semua boleh dipegang kami pun peganglah.



Kat Pulau penyu ni bukan penyu je ada, malah macam2 binatang ada, ular sawa, burung hantu, helang, monyet, kelawar, biawak pun ada....dah letih tengok binatang, kite minum air kelapa muda dulu, walupun tak berape sedap....huhu

Habis ke Pulau Penyu kami dibawa pula ke Pura Tanah Lot, juga tembat ibadat penganut Hindu di Bali. Pemandangan disini juga sangat cantik, dengan senibina lama dan dikelilingi Lautan Hindi. Sebelum nak masuk Tanah Lot ni terserempak dengan ramai gadis2 cantik2 berkebaya, rupanya baru balik sembahyang, disini pakaian wajib sembahyang bagi perempuan baju kebaya, cantik2 kebayanya.











Habis ke Tanah Lot nak balik singgah kejap di Bandar Kuta, saja ambil angin petang, tengok aktiviti di Bandar Kuta, meriah...sempat merakamkan gambar di memorial Peledakan Bom di Bali pada tahun 2002.




Sudah puas jalan2 amik angin, balik hotel dulu, malam tu lepas maghrib, keluar lagi, jalan kaki je ke Bandar Kuta, seronok tengok aktiviti malam2 disini...happening, banyak pub, riuh...tapi kami tak masuk la...hehehe....tengok dari luar je.

Dah letih jalan2 kita urut kaki dulu.,...hahaha...kat sini banyak tempat mengurut, murah2 saja untuk sejam...mari cuba...

Sambung ke bahagian ke 3...jumpa lagi...