Friday, December 3, 2010

Mesin Jahit Turun Temurun

N3 kali ni tak da kene mengena dengan pinggan mangkuk antik tapi masih lagi pasal antik iaitu mesin jahit antik peninggalan moyang saya, Allahyarhamah Hajah Mokah Hasan. Mesin jahit ni dah lama saya mengidam untuk menjaganya tetapi baru-baru ni barulah tergerak hari saya nak ambil dari rumah nenek setelah hampir sepuluh tahun duduk diam didalam stor di rumah nenek saya. nenek saya pun memberi lampu hijau untuk saya mengambilnya...bila saya tanye nenek nak ambil mesin ni, nenek jawab "Ko nak buat ape mesin jahit buruk tu zany,lebih baik ko jual kat Keli** besi buruk je..." hehehe....saya pun ape lagi, dengan senang hati, angkut masuk dalam kereta bawak balik rumah. Setelah moyang saya meninggal, nenek saya mengambil alih menjaga mesin jahit ini. Menurut nenek, mesin jahit ni wujud sejak dia kecil lagi, mungkin dibeli moyang sekitar tahun 1930an. Mesin jahit jenama Singer ini merupakan mesin yang menggunakan tangan untuk menjahit. Masih teringat difikiran saya sewaktu kecil, ketika hayat moyang, moyang saya gemar menjahit menggunakan mesin jahit ini sambil menengok televisyen.



Bahagian mesin jahit apabila dibuka penutupnya....dibuat daripada besi padu, nak angkatnya punyalah berat....walaubagaimanapun mesin jahit ni dah tak boleh berfungsi kerana sudah lama tidak digunakan dan berkarat, mungkin kalau diperbaiki, ianya masih boleh digunakan.


Kini, mesin jahit ni saya jadikan hiasan diatas almari di ruang tamu rumah saya. Setelah 4 generasi menyimpan mesin jahit ni, saya harap ianya akan kekal dalam simpanan generasi keluarga saya yang akan datang.

Thursday, December 2, 2010

Pink & Yellow Roses Part III - Dari Melaka, Kedah ke Perak

Salam sejahtera semua...
Hari ni, n3 untuk kesinambungan koleksi Pink & Yellow Roses saya yang lepas2...kalau ada pembaca2 yang dah tengok kat account Facebook antik saya, apa kata kita cuci mata disini sekali lagi...Antara penambahan koleksi Pink & Yellow saya ialah cawan bentuk berpinggang, cawan shape A, mangkuk jeluk dan bekas kaki lilin. Jom kita layan gambar2 dibawah. Bagi yang terlepas n3 saya sebelum ni, bolehlah klik ke label Pink & Yeloow Roses.


Semua koleksi Pink & Yellow Roses yang ada.

6 set cawan jenis berpinggang, hasil buruan dari kak nita pastimes, jauh datangnya dari Melaka.

Bentuk cawan yang sungguh cantik.

Cawan bentuk A atau V...juga dari kak nita pastimes....setelah digeledah semula, rupe2nya ada 6 set...saya ingatkan 4 set saja tapi tak berkesempatan untuk bergambar disini. Bungkusan dari kak nita memang memuaskan dan terbaik, tapi 2 biji cawan pecah dalam perjalanan dek keganasan pihak kurier...kak nita dengan baik hatinya menggantikan semula 2 biji cawan ni...thanks kak.

cawan bentuk A atau V.

Dan yang ini mangkuk jeluk saiz 7".

Bekas kaki lilin titipan dari kak shanna, salah seorang peminat antik juga...bersusah payah kak shanna dari kedah menyinggah ke Gopeng untuk bagi bekas kaki lilin ni....thanks kak.


Sempat bergambar bersama kak shanna sebagai kenang-kenagan di Exit Gopeng....

Sekian saja untuk hari ini...jumpa lagi.

Wednesday, December 1, 2010

Merdeka N3

Merdeka n3? Tajuk n3 tak da kene mengena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ye, tapi kemerdekaan dalam diri saya sebab saya dah berjaya habiskan menjawab peperiksaan akhir semester...hehehe.....dan juga n3 menyambut bulan december...tapi belum betul2 merdeka lagi sebab result nye pun belum keluar...hihihi... So, sempena dah habis exam ni, saya sajikan satu lagi koleksi tureen saya...motif bunga ros, kalau diperhatikan macam handpainted tapi tak pastilah betul atau tidak...tureen macam ni ada juga dalam simpanan kak shas, iaitu pemberian ibu mertuanya yang juga sekampung dengan saya. Agaknya, kalau di Perak memang tureen nya sama je kot. Bagi yang tertinggal n3 kak shas, boleh klik disini ye.


Inilah rupe bentuk tureen ni....coraknya hanya sekuntum bunga ros besar tapi cukup cantik pada pandangan mata saya. Mula2 tengok dalam blog kak shas dulu memang saya berkenan sangat, tak sangka pulak saya dapat juga tureen yang sama macam kak shas ni...

Pandangan dari atas.

Motif bunga ros mekar atau mungkin bunga lain kot. juga terdapat seekor rama2 berterbangan.

Pandangan hadapan tureen apabila dibuka.


Pandangan dari belakang.


Sekian saja dari saya untuk kali ini. Jumpa lagi di lain n3.

Friday, November 26, 2010

For Sale : Mangkuk Nasi Tambah Ros Hitam

MANGKUK NASI TAMBAH TYPE A
RM SEBIJI
ADA 2 BIJI

SOLD




MANGKUK NASI TAMBAH ROS HITAM TYPE B
RM SEBIJI
ADA SEBIJI SAJA

SOLD



BERMINAT, HUBUNGI SAYA 0175606196.TQ

Thursday, November 25, 2010

For Sale : Set Minuman Air Mata

CONDITION CANTIK, TIADA SUMBING, RETAK DAN SEBAGAINYA.
1 MANGKUK BESAR BERKAKI BEKAS AIR DAN 6 BIJI CAWAN
PENYANGKUK CAWAN ADA 5 SAJA.

RM120 TAK TERMASUK POS

GAMBAR SEPERTI DI BAWAH.

KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI/SMS SAYA 0175606196.








Tuesday, November 16, 2010

FOR SALE : TUREEN TWO ROSES/JAPANESE ROSES

TUREEN TWO ROSES / JAPANESE ROSES
CONDITION CANTIK.
SAIZ BESAR, 10", BENTUK BUJUR.
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

GAMBAR SEPERTI DIBAWAH.
JIKA BERMINAT HUBUNGI/SMS SAYA 017560616.TQ







FOR SALE : TEKO ROS MERAH

TEKO ROS MERAH
RM TAK TERMASUK POS

SOLD

GAMBAR SEPERTI DIBAWAH
BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196.TQ




FOR SALE : PIRING DODOL/WAJIK BIRU

PIRING DODOL/WAJIK
6 BIJI RM60 TAK TERMASUK POS
ADA LEBIH DARI 6 BIJI

6 SOLD
ADA 12 BIJI LAGI


SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.
JIKA BERMINAT HUBUNGI/SMS 0175606196.TQ




Monday, November 15, 2010

Johnson Bros Paris dan Johnson Bros Khyber

Pagi2 hari selasa ni jom kite layan koleksi ciput JB Paris dan JB Khyber saya...hanya ni saja yang ada dalam simpanan....sebiji pinggan bujur saiz 14", 2 biji pinggan makan leper 10", sebiji tureen tanpa penutup dan 2 biji cawan tanpa piring. Cawan saya tak pasti dari JB jenis ape tapi yang pasti memang dari johnson bros....bila la agaknye nak bertambah koleksi JB saya ni, tengah mencari teko dan cawan-cwannye. Itu pun jika harganya berada didalam lingkungan kemampuan saya...hehehe....


Tureen JB Paris tanpa penutup...sesiapa ada jumpa penutup die, bolehlah beritahu saya ye, dah lama saya mencari. saiznya dalam 8".

2 biji cawan JB tanpa piring...tak pasti dari JB jenis ape, bunga pada cawan pun berlainan dengan bunga JB Paris dan JB Khyber. tetapi cop pada monton cawan ni adalah JB.

Oval platter JB Khyber saiz 14".

Pinggan makan leper JB Paris saiz 10".

Pinggan makan leper JB Khyber saiz 10".

Cop mohor JB Khyber.

Cop mohor JB Paris.

Sekian saja tatapan untuk kali ini....jumpa lagi...