Wednesday, August 10, 2011

FOR SALE : MANGKUK BUBUR 4 SEASON BUNGA KANGKUNG

MANGKUK BUBUR 4 SEASON BUNGA KANGKUNG
SAIZ 4 INCI
RM15 UNTUK 2 BIJI TAK TERMASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : MANGKUK MINUM TEH BUNGA KANGKUNG

MANGKUK MINUM TEH BUNGA KANGKUNG
RM25 UTK 4 BIJI TAK TERMASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

Tuesday, August 9, 2011

FOR SALE : CAWAN MULUT LEBAR BUNGA SABUN



RM UNTUK 6 PASANG TAK MASUK POS
CONDITION CANTIK

SOLD

BOOKING 3 HARI
0175606196

FOR SALE : MANGKUK MINUM TEH CINA JAPANESE ROSE

RM20 UTK 3 BIJI TAK MASUK POS

BOOKING 3 HARI
0175606196

Monday, August 8, 2011

FOR SALE : GELAS BERTANGKAI RETRO


GELAS BERTANGKAI RETRO, WARNA HIJAU LUMUT
RM35 UNTUK 4 BIJI TAK MASUK POS

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : CAWAN BERLEKUK WHITE SAKURA



SEBIJI CAWAN SUMBING DIKAKI
CAWAN BERLEKUK WHITE SAKURA
RM UNTUK 2 BIJI TAK MASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : PIRING CAWAN BUNGA GANDUM


PIRING CAWAN BUNGA GANDUM
RM30 UTK 4 BIJI TAK TERMASUK POS

BOOKED

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

Sunday, August 7, 2011

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Tempat jatuh lagi dikenang...tetiba siang tadi pergi kutip durian kat kampung. Bila tengok rumah nenek kat kampung hati jadi sayu, manakan tidak, dari kecil hingga dewasa dirumah itulah saya membesar, macam2 suka duka segalanya disitu, menyimpan 1001 memori indah. Sejak atok meninggal dunia pada tahun 2009 rumah ni jarang dihuni, memandangkan nenek banyak menghabiskan masa dirumah anak2nya di Kuala Lumpur. Rumah pun jarang berpenghuni, sesekali kami sekeluarga pergilah bersihkan apa yang patut, jarak rumah saya dengan kampung pun tak la jauh. Kalau dulu2 meriah rumah ni, sekarang tunggu masa Hari Raya atau ada majlis tertentu barulah ramai berkumpul. Nenek mempunyai 8 org anak, 32 cucu dan 18 cicit, bila sekali balik, memang penuh rumah. Suasana itulah yang saya rindukan.
Mengimbas kembali, rumah ni dibina sekitar penghujung 1910an dan diwarisi dari generasi ke generasi keluarga nenek. Telah banyak mengalamai pengubahsuaian, asalnya 3 bilik dah menjadi 7 bilik. Menariknya, dibelakang rumah ni mempunyai dusun pelbagai buah-buahan. Tapi sayangnya, tak ada sapa yang nak tinggal dirumah ni. Harap2 satu hari nanti rumah ni akan kembali meriah seperti dahulu kala dan akan kekal selamanya....










Friday, August 5, 2011

Teko Japan Biru

Sebelum ni saya pernah n3 mengenai bentuk2 teko yang sebegini. Boleh klik disini untuk lebih lanjut. Mengikut sumber yang diperolehi, teko sebegini begitu lama usianya, dikeluarkan sekitar tahun 1900-1940. Yang menarik perhatian adalah bentuknya yang sungguh menarik, warna biru juga menarik perhatian mata yang melihat. Walaupun semasa dapat tangkai pada penutupnya dah patah, tapi tetap cantik dipandang mata. Sebelum ni saya ada koleksi teko sebegini tapi teko mini, manakala yang ini, saiznya agak besar.


Pandangan hadapan

Pandangan belakang

3 biji koleksi teko yang sama bentuknya

Thursday, August 4, 2011

Almari Lauk Datang Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama tak bersiaran. Bukan apa, dah lebih seminggu kabel kamera hilang entah ke mana, awak ni mengharap pada kamera cikai tu je la pun. Nak beli yang mahal2, baru2 tak mampu....hehe...cari punya cari kabel kat kedai tak jugak jumpa, last2 dapat la card reader, jadi lah, asal boleh masuk.
Yang nak diceritakan hari ni, almari lauk berjaring ni lagi, harap2 semua pembaca tak bosan, tak habis2 dengan almari lauknye kan..hehe... Yang ni merupakan almari lauk ke 4 yang saya makeover dan almari lauk berjaring yang ke 2 saya makeover. Ternyata me'repair' almari2 buruk ni memang menyeronokkan, tapi bagi yang berminat lah...hehe.. Almari ni dah ada yang booking dan dah sold pun, tunggu masa lori kurier datang ambil petang ni je untuk di pos. Tanpa berlengah jom kita lihat gambar2 dibawah.


Yang ni adalah yang asal masa mula2 dapat dulu. Agak buruk juga, tapi kayunya berat, nak paku pun payah, berbeza dengan almari sebelum ni. Masih menggunakan jaring lagi.

Seeterusnya yang ni masa proses membuang syelek lama dan berus2 dengan berus dawai. habis semua tanggal2. dah tu saya pasangkan cermin berwarna pada pintu almari.

Dan yang ni, dah dibawak ke tempat panas untuk proses mensyelek. masa ni baru selesai sapu dengan kertas pasir halus. tunggu masa untuk disapu syelek.


Akhir sekali, dah siap pun. maaf kualiti gambar tak memuaskan, nampak gelap almari ni, yang sebenarnya kalau dilihat secara realiti, warna syeleknya lebih terang, dan nampak warna coklat kayu. yang dalam gambar ni nampak gelap pulak...belasah lah, asal depan2 ok...huhuhu. Pemegang pintu tu saya kekalkan dengan yang asal, cuma saya catkan semula dengan warna gold. Sebelum tu dah berkarat.



Sekian saya untuk kali ini, n3 khas untuk tatapan kak Wan Fauziah.