Wednesday, December 16, 2009

bunga kangkung - Part I





Hai...ni merupakan n3 pertama saya mengenai pinggan mangkuk antik ni...sebagai n3 pertama, sy bagi peluang kepada 'raja' segala pinggan mangkuk antik iaitu bunga kangkung. Tak sah kalau setiap collector tak da koleksi bunga kangkung ni kan..pasal tu la saya panggil die raja segala pinggan mangkuk antik, sebab semua collector mesti ada koleksi ni..
Ok lah selamat menjamu mata dan nantikan n3 bunga kangkung yang selanjutnye...

Saturday, December 12, 2009

Salam Di Hulur, Tangan Berjabat.....




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua mereka yg sudi membaca ruangan blog saya ini.
Akhirnya dengan izin Yang Maha Kuasa, tercapai juga hasrat saya untuk membuka "Ezzany Galleria (EG)" ini. Walaupun hanya sekadar 'galeri alam maya' tetapi ianya cukup memberi kesan yang mendalam kepada saya terutamanya hasrat saya untuk meluahkan dan berkongsi segala cerita mengenai hobi ini bersama rakan-rakan antik yg lain. Dengan wujudnya 'EG' ini, dapatlah kita sama-sama menghargai sesuatu yang bernilai peninggalan warisan nenek moyang kita iaitu pinggan mangkuk lama khususnya dan barangan antik yang lain amnya. Ianya perlulah sama-sama kita menghargainya kerana jika tidak, mungkin suatu hari nanti ia mungkin hanya tinggal nama atau bualan mulut ataupun dikatakan 'hanya boleh dikira dengan jari' sahaja jika ia tidak dipelihara seterusnya akan pupus di mata kita.
Ingin saya berkongsi dengan anda semua, minat saya didalam mengumpul barang antik ini bermula sejak di bangku sekolah lagi dengan pengaruh keluarga yang juga meminati antik, seterusnya bercambah sehingga ke hari ini. Dalam pada itu, minat terhadap pinggan mangkuk antik ini berputik apabila banyak peninggalan nenek dan moyang saya terbiar begitu sahaja dan hanya di pandang sebelah mata sahaja oleh ahli keluarga yang lain yang kurang berminat. Justeru, bermula dari situlah timbulnya minat saya terhadap pinggan mangkuk antik ini.
Lebih daripada sebahagian koleksi saya ini merupakan peniggalan warisan keluarga dan selebihnya dibeli dari ML, kedai apek, barter dan sebagainya.
cukup sampi di sini sahaja coretan perkenalan saya. Sebelum tu, tak lupe juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kak nannie dari 'My Passion' orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dunia blogger...hehhee dan kak yatt dari 'Yatt Precious' yang banyak memberi dorongan kepada saya dan tak lupe kepada semua rakan-rakan antik yang lain.. nantikan N3 berikutnya dari saya..