Monday, April 18, 2011

Kesinambungan Two Roses/Japanese Roses - Part II

Rasanya dah lama tak buat n3 koleksi peribadi sendiri, asik2 sebok dengan jualan je blog saya ni ye....hehehe... ape boleh buat, sambil berkongsi koleksi peribadi, sambil2 tu boleh juga sama2 kita berkongsi item2 extra yang boleh dikongsi bersama peminat2 yang lain. Bagi tak menjemukan pengunjung2 blog, saja sajikan koleksi two roses atau japanese roses kepada semua. Sebelum ini, di awal2 saya berblog, saya sudah pernah buat n3 mengenai koleksi two roses ini, hari ini, saya kongsikan penambahannya selepas 2 tahun. Seperti yang kita tahu, koleksi jenis ini menjadi rebutan semua pengumul2 PML lama, oleh itu, tidak hairanlah mengapa harganya melambung tinggi ditambah pula dengan koleksi jenis ini amat sukar utuk ditemui pada masa kini. Bagaimanapun, masih mencari tekonya yang bersaiz besar jika rezeki memihak.




Teko bentuk bulat telur saiz medium dan teko mini bulat.



Cawan mulut lebar 5 biji, bagaimanapun, sebiji piring tiada.


Cawan berlekuk berkaki, 4 biji, piring masih mencari.


Cawan bujang 8 biji...paling saya minat skali....nampak unik.


Pelbagai bentuk dan saiz mangkuk lompang atau cawan teh cina.


Pinggan dan mangkuk, yang di saja dapat diselongkar, yang lain2 payah nak bawak keluar.

Koleksi tureen two roses, bentuk bujur, berkaki dan bulat.


2 saiz tureen bulat, 10 inci dan 8 inci.

Tureen bujur 10inci

Tureen berkaki, bunganya sama namun, yang ini mempunyai putik bunga, perhatikan

Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3.

No comments:

Post a Comment