Thursday, July 21, 2011

Makeover ALmari Lauk Lagi

Siap juga almari lauk ni akhirnya...almari ni dah ada orang booking.....kerjanya agak rumit sikit sebab ada jaring2 di bawah dia tu. ada lagi satu almari macam ni tapi dah di booking orang juga...dah siap nanti saya posting. ok tanpa buang masa jom kita tengok sebelum dan selepas.

yang ni gambar sebelum dibaikpulih....nak kata buruk sangat tu tak da la sebab kayu2 dia masih ok dan cantik lagi...cume yang peritnya nak gosok balik bagi licin dan buang syelek2 lama je.




yang ini pula masa proses membuang syelek lama dan setelah digosok dengan berus dawai dan kertas pasir...nampak balik kayu2 nya...bingkai untuk cermin pun saya pasang semula.




dan inilah hasilnya bila dah siap.,...ini semua saya mengikut kehendak pembeli yang mahukan cermin berwarna dan disyelek dengan warna gelap...alhamdulillah, setelah penat mengejekannya akhirnya siap juga...cuma tunggu lori kurier je datang amik...hehe...selamat menjamu mata...jumpa lagi di lain n3...

1 comment:

  1. mak aihhhhh!!!! cantiknyaaaaa...teruja ler tengok. harga mampu milik ke lemari ni

    ReplyDelete