Cuti Hari Malaysia yang lepas dapatlah sekali lagi saya merehatkan dan menenangkan fikiran ke rumah keluarga angkat di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ini merupakan kunjungan ke 3 saya ke sini, kunjungan yang sebelumnya, tidak berkesempatan untuk bergambar, padahal sebelum itu, seluruh pelosok di Seri Menanti telah saya redah. Sememangnya hati saya tertarik untuk ke sini dek kerana pemandangan dan keadaan geografinya yang berbukit bukau dan masih terpelihara khazanah alam. Sesuai untuk merehatkan minda.
Istana Lama Seri Menanti dari jauh...sebelum ni dah pernah masuk dalamnya, kali ni baru dapat ambil gambar dari luar. Cantikkan pemandangan di belakang, berbukit bukau.
Pintu gerbang, masuk ke Bandar Seri Menanti.
Masjid DiRaja Tuanku Munawir
Salah satu rumah lama Negeri Sembilan, bercirikan Minangkabau
No comments:
Post a Comment