Monday, January 16, 2012

Tureen Carnation Biru

Sukanya saya membuat entry tureen, teko2 single dan sebagainya, kerana senang nak snap gambar. Tak perlu bawa anak beranak keluar masuk kotak atau almari..hehe. ditambah lagi obses saya pada tureen tak henti2 selagi ada yang berkenan dimata. Kalau set2 jenis teaset dan sebagainya, kena cari2 dalam kotak, susun2 untuk snap gambar tapi kalau tureen dah tentu sebiji tu je...Tunggu ada masa, kerajinan lebih sikit baru kita kongsikan set2 lain pulak.
Hari ni cuci mata dengan tureen carnation biru ni. kalau perhatikan bunganya seakan bunga carnation dengan bunga ros. Masa dapat tureen ni agak teruja juga sebab saya belum ada tureen bermotifkan warna biru. Rembatan dari Paklang Antik di Loken sememangnya berbaloi sekali. Harga ditawarkan sangat2 berbaloi, lebih kurang sama dengan harga 2 pasang cawan saja. Tambah2 saiznya agak gedabak, 10".
Sekian untuk tatapan kali ini, selamat menjamu mata...




No comments:

Post a Comment