Tuesday, February 28, 2012

Sunshine Bunga Raya

Tengah2 malam yang sepi ni, mata tak mahu nak ditutup...apa kata kita cuci2 mata dulu dengan set sunshine bunga raya ni. Set sunshine ni bermotifkan bunga raya jika diperhatikan, sangat menarik pada pandangan mata saya, ditambah dengan kombinasi warna yang menarik dan terang. Pada mula saya mendapatkan set ni sangat2 teruja, sementa set2 meakin sunshine ni susah nak dapat sekarang. Ini pun bersyukur dapat sekali 4 pasang cawan dan sebiji teko, kemudian disusuli sebiji piring kuih. Bukan senang nak dapat sekali teko dan cawan walau tak lengkap.


Tekonya memang menawan mata yang melihat, motif bunga raya juga sangat menarikdengan warna yang ceria. saya dapat pun dalam kondisi yang sangat cantik.

4 pasang cawan yang saya ada, jika berpeluang ingin menambah lagi 2 pasang cawan untuk lengkapkan 6 pasang.

Juga terdapat motif bunga raya pada bahagian dalam cawan...bunga yang penuh...sangat2 cantik


Sebiji piring kuih barter dengan kak ikin di FB.

Masih berharap agar dapat lagi 2 pasang cawan, creamer jar, sugar bowl, tureen dan 5 biji piring kuih lagi untuk melengkapkan set ini....jika dapat lengkapkan dinnerset pun bagus. Sesiapa yang ada item2 yang saya sebut, kalau nak jual bolehlah roger2 saya ye.

Sekian, jumpa lagi di lain n3....selamat menjamu mata...

2 comments:

  1. wow zany
    memang cantik, ingatkan nak jual tadi..heeeeee

    ReplyDelete
  2. hehehhe not for sale kak shima...syg ni,huhu

    ReplyDelete