Tuesday, October 9, 2012

Belanga Buruk

Sekali imbas memang tak berselera kan tengok 2 biji periuk tembaga ni...Tapi, kalau berusaha membersihkannya semula pasti kepuasan yang kita dapat. Belanga/periuk ni sememangnya dah lama saya cari sebab dulu-dulu moyang saya ada dan menggunakannya untuk memasak. Tapi, dah hilang masa rumah dimasuki pencuri, yang tinggal hanyalah tutup periuk saja yang nenek saya buat penutup tempayan merendam bedak sejuk. Saya memang suka mencari/mengumpul semula barang-barang lama yang ada kaitan dengan keluarga saya suatu masa dahulu dan yang dekat dengan diri saya. Apabila saya dapat barang-barang tersebut ianya akan mengembalikan kenangan zaman saya kecil dulu-dulu atau dapat mengimbas kembali nostalgia keluarga saya. Oleh kerana saya banyak dibesarkan di kampung, saya dapat merasa barang-barang lama yang mereka pakai dahulu. Awal bulan lepas, rezeki saya, saya dapat 2 biji periuk tembaga ni. Bila ada masa baru saya cuci bagi berkilat. Dianggarkan usinya lebih dari 60-70 tahun.

Yang ini periuk bertutup...saiz yang besar...biasa saya nampak orang jual disini saiz kecil dan sederhana. Dulu-dulu digunakan untuk memasak gulai dan sebagainya yang berkuah.

Ini pula adalah periuk kuih bakar. dimana diatasnya diletakkan bara api supaya bahagian atas dan bawah sama masak. Juga digunakan dulu-dulu.

Hasilnya bila dah siap dicuci dengan sejenis kimia, agak berisiko, perlu berhati-hati...tapi hasilnya memang memuaskan dan cepat...kurang sejam sahaja saya dapat membersihkan kedua-dua periuk ini. HAsilnya sangat berkilat dan kembali ke permukaan asal. Dibawah periuk terdapat cop mohor yang tertulis nama tukang tembaga tersebut dan daipada 'Penang".



Sekian saja untuk kali ini dan semoga ianya dapat menggamit kembali nostalgia lama...

8 comments:

  1. salam zany...

    periuk tembaga tu leh jadi cantik balik kan...kalo nak sental dengan tangan mau tercabut....kena rendam dgn bahan kimia erk? hahaha zany patutlah kak pah gtau pml ada simpan kat bawah katil...rupanya betul...kikiki....zany2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak sya..mmg pun, sbb die tembaga klu diusahakan mmg cantik blk sbb asalnya kan berkilat masa org dulu2 beli..hehe..jenuh sikit la nak sental. haah bukan rendam tp sapu dengan sejenis kimia..nak hati2...tp mmg cepat kilat.
      hahah bawah2 tu jgn la tgk, banyak sungguh harta karun.

      Delete
  2. salam zany
    masih menjadi pemburu tegar rupanya..
    CANTIK mcm baru bila dah dicuci tembaga tuu..
    nak sental guna pencuci ape ekk..nak bagi acuan bahulu tembaga berkilau semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak aton...ye, masih memburu lagi...sebab ni je lah hobi saya, kalau tak, sunyi hidup rasanya...hehe
      sy cuci tembaga tu guna cuka getah kak aton..agak berisiko sikit, kene berhati2. kak aton boleh lah cuba nanti. kalau nak buat call sy, sy terangkan cara2 nya sbb ada caranya.

      Delete
  3. cantik tembaga tu, tapi abg jan lebih suka yang nampak antik dan lama...semulajadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih abg jan...sesetengah org suka yg nampak mcm tu..tp sy suka cuci bg berkilat...hehe...

      Delete
  4. salam..nk tya mahal ke hrga tembaga ni? kt umh saya byk brg tembaga.kalo minat boleh call saya ridhwan 0136387876

    ReplyDelete
  5. Salam en ezany..... Boleh saya cara nak cuci guna cuka getah tu. Tq.

    ReplyDelete