Tuesday, January 22, 2013

Merealisasikan Projek-projek Terbengkalai

Sabtu yang lepas secara rasminya tamat peperiksaan saya dan dah boleh bercuti...hehe...bila cuti semester ni idea tu macam-macam nak buat, ada je yang terfikir kat kepala cuma samaada dapat direalisasikan ataupun tidak. cuti pun tak lama mana. Lagi pun ada tempahan perabot yang belum saya siapkan. Harap yang booking tu sudi tunggu seminggu dua lagi..dah lama rasanya.
Yang di bawah ni pula, semua perabot-perabot lama saya punya, tak dijual untuk pakai sendiri, banyak projek dan idea nak digunakan nanti untuk perabot-perabot ni. Dah lama dapat cuma nak restore semula saya tak ada masa, keutamaan buat untuk tempahan orang saja dulu. Semuanya saya dah 'pos' kan ke kampung, rumah nenek saya memandangkan rumah saya dah penuh. Cadangnya jika ada masa lebih nak baikpulih semua perabot-perabot kat bawah ni..harap tercapai.

Yang ni set kerusi lama...memang dari dulu saya idamkan...alhamdulillah dapat juga, walau harga agak tinggi saya sapu je, bajet tengah ada masa tu..hehe...kondisi pun masih cantik lagi..tegap, kayu jati. Set kerusi ni ada satu kerusi panjang, 4 kerusi 1 dudukan, satu meja kopi, dan satu meja sisi kecil. Lagi 2 kerusi 1 dudukan dan meja sisi lupa nak ambil gambar. Anyaman rotan pada tempat duduk pun masih cantik lagi. Harap-harap tercapai nak baikpulihnya.

Ini pula meja solek yang dah lama sangat saya dapat rasanya. Yang ni saya nak kena hantar pada tukang kayu yang mahir sebab saya tak boleh nak buat sendiri. Ada bahagian yang reput di makan anai-anai. Kayunya perlu diganti, saya sendiri belum mahir untuk tukar ganti kayu yang reput sebab ada bahagian-bahagian yang ditanggam. Insya Allah saya akan hantar ke tukang kayu yang memang baikpulih perabot lama .

Ini pula bidai lama atau penghadang. Biasa-biasa saja, tapi saya suka. Ruang yang kosong tu di letakkan kain. Dulu-dulu digunakan sebagai penghadang mana-mana bahagian ruang rumah yang tidak mahu dilihat secara terus. Bidai ni saya dapat dah bercat hitam dan semua cat saya dah buang, memang rumit. Ni kira kerja terbengkalai juga, dah lama terbiar, cuma nak gosok bagi licin dan sapu syelek saje. 

Dan yang ini katil idaman saya. dah siap sepenuhnya sebenarnya...cuma tinggal pagar/kandang sisinya saja yang perlu saya sapukan syelek untuk kali kedua. lepas tu siaplah. Banyak kerja-kerja saya yang terbengkalai sebab bagi laluan pada yang menempah dahulu..hehe...

Harap-harap semua yang tertangguh ni dapat saya siapkan dalam masa tempoh cuti semester ni. Nanti bila dah siap saya update kan.
Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3.

No comments:

Post a Comment