Friday, February 6, 2015

SOLD - KERUSI KAYU CENGAL ANTIK

Sebelum ini dalam bulan puasa tahun lepas ada saya entry kan pasal kerusi antik sepasang ini. masa tu belum lagi siap sepenuhnya, anyaman tempat duduk masih belum siap. Selepas hampir 7 bulan menghantar tempat duduk tersebut pada tukang anyam barulah ianya siap hujung minggu lepas. Maklum lah generasi yang boleh menganyamnya sudah hampir pupus, jadi bergantung harap pada 2 orang tukang anyam yang saya kenali dan memang biasa hantar kepadanya.

Ini rupa asal kerusi masa mula-mula saya beli. agak teruk juga kerana ada sesetengah bahagian reput dimakan anai-anai, walaupun kerusi ini hampir keseluruhan berkayu cengal tetapi ada bahagian kayu biasa kerana tukang dulu-dulu nak mudahkan penyambungan tanggam pada kayu. Selepas itu, saya telah hantar kepada tukang kayu untuk baikinya semula dan kesemua bahagian yang reput telah diganti semula dengan kayu cengal juga yang merupakan kayu lama juga.


Dan ini apabila siap sepenuhnya...kerusi ni saiznya sangat besar, lebih besar dari saiz kerusi lama biasa dan bila diduduk agak selesa kerana muat-muat bahagian dudukan orang dewasa.




Tak sampai beberapa minit saya muat turun didalam akaun facebook saya, kerusi ini telah dibeli seseorang daripada Pulau Pinang. Semoga pelanggan tersebut berpuas hati. Sekian saja untuk kali ini.

3 comments: