Friday, August 7, 2015

KERUSI ANTIK KAYU JATI 1 SEATER - SOLD

Kerusi antik 1 seater ini juga di beli oleh pelanggan yang sama dari Damansara Perdana. Kerusi ini juga daripada kayu jati, nak kebiasaannya design sebegini dikeluarkan dalam tahun 40an ke 50an. Kerusi ini saya restore semula dan di varnish dengan warna oringinal clear sahaja bagi menampakkan urat kayu jati yang cantik. Warna cover kusyen adalah pilihan pelanggan sendiri, warna kelabu.

Keadaan sebelum dibaikpulih...agak buruk..hehe...tapi kayunya tetap tegap

Setelah di gosok, dibuang syelek lama. timbul semula urat-urat kayu. kelebihan kayu jati ialah tahan dari serangan perosak kayu dan urat kayu nya sangat cantik tetapi agak berat.

siap sepenuhnya.




No comments:

Post a Comment