Monday, December 10, 2012

ALmari Lama Kaki 'U'

Salam sejahtera kepada semua. Hari ni saya kongsikan almari antik tempahan pelanggan dari Bangi. Alhamdulillah siap juga pada minggu lepas dan telah selamat sampai kepada tuan barunya.

Ini keadaan asal almari sebelum di restore...masih cantik kalau nak ikutkan...kalau nak nampak original just cuci bersih-bersih dan sapukan minyak kayu saja tapi atas permintaan saya restore semua sekali dan sapukan syelek yang baru, masa dapat laci keduanya memang hilang.


Dan ini semasa proses menggosok dan membuang syelek lama...kayunya sangat cantik, tiada sebarang kerosakan...kukuh...seronok buat kerja-kerja restore nya. Seperti yang saya kata sebelum-sebelum ni, yang utama syelek lama mesti buang betul-betul sampai tinggal kayu yang asal, ini untuk menjamin kualiti kerja apabila disapu syelek...jika tidak buang syelek lama betul-betul, hasil syelek tidak akan kemas dan nampak tebal bertindan, warna juga tidak sekata.



Dan inilah hasilnya bila dah siap..apa yang termampu saja..alhamdulillah...dah selamat sampai ke tuan barunya pun. pemegang pintu dan laci saya gantikan dengan pemegang tembaga bagi nampak lagi klasik.



Apa yang menariknya almari ni adalah bentuk kakinya...jarang sekali dapat jumpa almari lama kaki sebegini. Laci yang asalnya lompong, hilang saya buatkan laci yang baru menggunakan kayu-kayu lama puluhan tahun juga. 

Sekian saja untuk tatapan kali ini. Jumpa lagi di lain n3.

11 comments:

  1. Replies
    1. thanks kak sya..tu lah sy pun minat mungkin sbb kaki die tu yg cntik..hehhehe

      Delete
  2. cantik, suka hasil kerja tangan zany

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak shima...buat apa terdaya je...lagipun sy memang minat buat keje2 kayu ni...hehe...ni pun agak lama nak siapkan...sebab cuaca skng kan hujan je..

      Delete
  3. zany,,,,, terima kasih banyak2,,memang cantik dan kemas sangat syeleknya,,,, rasanya zany boleh buka kedai perabot lama lepas ni,,,,bakat terpendam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak aina...sy buat apa terdaya je...alhamdulillah akak suka...mintak maaf la, sebab banyak dugaan masa akak booking almari ni..hehe...
      niat nak bukak kedai perabot antik tu ada tp entah la...takot tak terbuat je..hehe

      Delete
  4. owh tuan barunya kak aina erk...dah agak dah sebab zany bgtau dari bangi...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh iye kak sya...kak aina la..die beli 2 almari pada saya.

      Delete
  5. As salam ezany,
    Almari dah jual ke? Klu blm akak berminat. Berapa harga? Ada tak almari solek lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam, saya ada almari antic yang sangat cantik(ada gelas warna warni) penuh dengan cawan2 dan piring antic. juga set kerusi antic kalau ada siapa2 berminat. nama saya Rashidah. hp 0139357000. boleh WA jugak. saya tinggal di shah alam.

      Delete