Wednesday, December 15, 2010

J&G Meakin Celeste Collection

Hari ni kita cuci-cuci mata dengan set kolonial pulak, iaitu J&G Meakin Celeste. Warnanya yang biru, menyejukkan mata memandang.....kalau hati tengah susah, makan dan minum pakai set ni, hati boleh jadi sejuk....hehehehe.....set celeste ni boleh dikatakan saya ada lengkap kesemuanya, cuma beberapa pinggan dan mangkuk saya tak dapat nak tunjuk kat dalam ni, payah nak bawak keluar. Set ni bukanlah sekaligus saya dapat dengan lengkap, bermula dari sebiji pinggan, berkat usaha mencari dari merata tempat, dapatlah saya kumpul fullset. Oklah, kang bertambah merepek, jom kita layan gambar-gambar kat bawah.

Teko gemukss, ada 2 saiz, 1 saiz biasa dan 1 lagi saiz lebih kecil. Boleh bandingkan pada gambar dibawah. Teko kecil dari abg halim, junk collector dan teko besar dari Pak Syed di loken.

4 set cawan celeste...lagi 2 set hilang entah ke mana, nampak gayanya lepas ni kene simpan ikut set la dalam kotak, kalau tak, berterabur sana sini...hehe...cawan2 ni juga dapat dari Pak Syed. Pak Syed pun sekarang tak aktif berniaga barang2 antik kerana faktor keuzurannya.

Cawan J&G Meakin Celeste.

Gravy Boat dari apekss..

2 saiz creamer jar, yang kecil dari abg halim junk collector dan yg besar dari tasha.

Sugar bowl dari nyonya.

Tureen dari abg halim, junk collector.

Pinggan mangkuk yang dapat bergambar, yang lain duk diam-diam sudah....hehehe

Sekian saja, selamat menjamu mata.

2 comments:

  1. salam zany,
    akk suka la koleksi celeste ni, mmg sejuknya klu memandangnya, syabas dik dah dpt full set complete, akk msh hunting teko gemuknya...msh lum bersua...ego nak jugak hat meakin celeste...ekekek

    ReplyDelete
  2. wsalam kak rohas, trima kasih sudi menyinggah...mmg sejuk kan bila tengok, biru die tu cntik...xpe kak teko gemuk ada je, nti sy iklan dlm APC ye.

    ReplyDelete