Petang ini saya cuma nak berkongsi koleksi yang serba ringkas saja dek kerana anak2 nya yang tidak mencukupi...mungkin set ini tidak menarik perhatian ramai tetapi satu keistimewaan pada diri saya.
Ini kerana saya amat meminati set2 yang berunsur pemandangan seperti koleksi "lambaian senja permai" ini. Iaitu gambar yang tertera pada set ini menggambarkan sebuah perkampungan yang berlatarbelakangkan gunung-ganang, tumbuhan yang menghijau dengan lambaian pokok kelapa dan burung2 yang bebas berterbangan. Latar belakang set ini yang berwarna oren berkilau dan awan berwarna oren menggambarkan perkampungan ini di waktu senja yang amat permai jauh dari segala kesibukan. Set ini saya cuma dapat teko, sugar pot dan 5 biji piring kuih dari anip kampar. Kat mana la agaknya nak dapat cawan2 nya ye....
Ok jom sama2 kita layan gambar.....
5 biji piring kuih...tetap menawan...
Teko bulat yang indah dengan pemandangan kampung di waktu senja...
Sugar pot bersaiz agak besar...
Gambar pemandangan pada pinggan. Jika diperhatikan, gambar2 tersebut adalah di lukis dengan tangan kerana ada lukisan yang tidak begitu sama, di situlah terletaknya nilai pada set ini.
No comments:
Post a Comment