Kebelakangan ni saya jarang sekali membuat n3 berkenaan koleksi saya oleh kerana penyakit 'm' melanda, nak membalas komen pun malas jugak, lagipun mood masih kurang lagi asik teringatkan tragedi yang berlaku je...
apepun, hari ni saya cuba buat n3 baru untuk tidak menyepikan blog saya ni.
Saya cuma nak kongsikan set sunshine saya yang musnah masa almari runtuh hari tu. Set tu pun saya dapat dari kaum kerabat keluarga saya jugak. Belek punya belek kat folder dalam PC terjumpalah saya 3 keping gambar set sunshine saya yang hancur pecah tu. Gambar tu saya ambil lebih kurang 2 bulan sudah masa mula-mula saya dapat set sunshine tu saya simpan dalam almari dan saya pun bersemangat lah nak tangkap gambarnya, tapi masa tu creamer dia saya tak jumpa lagi. Jadilah ada gambar untuk kenang-kenangan buat saya dan keluarga sebagai tanda suatu ketika dulu saya ada set ni dengan sempurna. Dalam insiden almari runtuh hari tu set sunshine ni lah yang betul-betul hancur pecah berkecai. Ada lah sebiji dua yang pecah tak terlalu teruk. Kat bontot set ni ada tertera cop mohor "royal sunshine". Ok lah jom lah sama-sama kita tengok 3 keping gambar yang sempat saya ambil......
Inilah die set royal sunshine saya yang hancur musnah sekaligus memusnahkan hati saya. Saya dapat set ni dengan cukup sifat hampir lengkap iaitu teko, 6 pasang cawan, tureen, pinggan kuah, pinggan makan dengan cukup bersih tiada sebarang kesan retak seribu...itulah yang membuatkan saya rasa terkilan. Pinggan bujur bersaiz besar itu pula bunganya lain, saja saya padankan tetapi masih dalam keluarga sunshine juga. Selang tak lama dari tu barulah saya dapat creamer jar daripada abang ismail. Dapat-dapat je dari abang ismail terus saya letak dalam almari, esoknya almari tu pun runtuh, aduhhhh sedihnye...
Yang ni pula gambar tureen....tureen ni nasibnya baik sebab mangkuknya tak pecah, cuma sumbing saja, tetapi penutupnya berkecai...
Inilah gambar keadaan dalam almari tu. Tapi gambar ni saya ambil 2 bulan sudah sebelum saya punggah semua barang-barang dalam tu bawak keluar dan saya letakkan set celeste, rosa dan sunshine serta satu dua tureen dan teko.
Apa yang terjadi pada saya, saya redha dengan ketentuan dari Tuhan yang Esa. Segala yang terjadi menjadi pengajaran buat saya dan menjadikan saya lebih sabar.....alhamdulillah, berkat daripada kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekelian memang banyak hikmah yang saya terima selepas peristiwa itu...biarlah saya saja yang tahu...juga tak lupa juga penghargaan saya buat kak rodziah, kak nor aziah, kak lia, kak zie, kak sali, kak ju dan tak lupa abang wan penang yang sanggup telefon saya sebaik membaca n3 tersebut. Saya hargai semua kata-kata semangat dan simpati dari kalian...sekian saya, jumpa lagi...
salam zany...
ReplyDeletekenangan itu bagus..supaya kita boleh bangkit dari kesilapan lalu & berazam serta yakin bahawa kita boleh dapat gantinya walaupun tak sama..Allah turunkan dugaan pada org yang betul2 boleh hadapinya..akak percaya..zany boleh dapat ganti yang sama atau yang lebih baik darinya..insyaAllah..aminn..
banyak2 bersabar & akak doakan moga zany cepat jumpa pengganti bagi mengubat rindu pada set royal sunshine yang tersimpan elok dalam kotak memori & hati zany.. ;)
wslm kak...
ReplyDeleteseriously mmg sy rase terharu dgn nasihat dan kata-kata semangat dr akak.
mmg ape yg akak ckp tu betul, Allah uji pada org2 yg blh hadapinya..mmg sy redha dgn yg berlaku....insyaallah klu rezeki memihak pada saya, sy harap adalah penggantinya, x sama, seakan pun x ape...
yang lama tu, biarlah sy simpan utk kenagan dlm hidup sy...thanks a lot sis...
betul kata kak yatt tu, kalau kita mampu lalui dugaan allah dengan hati terbuka dan rela tanpa menyesali...nescaya allah akan ganti kan dengan sesuatu yang lebih baik...mungkin bukan dengan barangan yg kita kolek..tp mungkin sesuatu yang ada kena mengena dengan perjalanan kehidupan kita....setiap keburukan, dugaan dalam hidup yg di takdirkan oleh allah,bukan la dtg sebagai bencana.. tp ada kebaikan...umpama enak nya kopi dalam kepahitan...tetap org cari....
ReplyDeleteassallammualaikum ezany..! dah lama abg dok follow blog ezany nie cuma kdng2 x berkesempatan nak komen al maklum la berok band di area abg nie pun x bagus..apa2 pun sabar yea..! hati sapa yg x sedih barangan kesayangan jd mcm tu..kalau abg pun tak boleh nak kata apa dah..tapi abg percaya collector dalam dunia koleksi nie semua nya penyabar kalau tidak masakan kita mengumpul dan mencari brg2 lama yg dah tidak ada d pasaran..bukankah dgn penuh kesabaran kita mencari brg2 tersebut..
ReplyDeleteTak apa abg bg kata2 semangat sikit " ayuh hang org perokk..! nun sampai hujung utara sana masih lg bnyk brg2 lama nie..hang ada kelebihan sb tingai dkt dgn ipoh"..percaya la ckp abg..masih bnyk lg barang di perak..abg tau lar..ramai kn kawan2 dan kenalan mulut mau manis hati mau baik..jgn hipokrit..insyallah tu salah 1 tips abg bg..kadang2 x pyh p cari barang..kdng2 brg sampai dpn rumah..
Salam Zany,
ReplyDeleteAuntie turut bersedih dengan kejadian yang menimpa Zany, tapi "Berat Mata Melihat, Berat Lagi Bahu Memikul". Auntie setakat melihat sahaja dan hanya boleh meminta Zany bersabar, tapi Zany yang mengalami sendiri, mesti mengambil masa untuk kembali pulih. Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi kpdmu, wahai anak..