Wednesday, June 22, 2011

Lagi Koleksi Teko Kotak

Selamat awal pagi yang sepi...mata tak boleh nak terlelap, jadilah updatelah blog. Bagi tak membosankan pembaca semua, saya kongsikan satu lagi koleksi teko kotak saya. Oleh kerana kebanyakan set2 koleksi pinggan mangkuk lama saya dah dilengkapi, sekarang ni pula saya dah gila kepada teko kotak. Alhamdulilah semakin hari semakin ada penambahan.
Teko kotak kali ni merupakan dari Cik Tasha Antik, nun jauh di Negeri Sembilan. Buat masa ni, Cik Tasha jugalah yang banyak membantu saya mencari teko kotak ni. Harganya pun amat berbaloi. Menariknya pada teko kotak ini adalah pada motifnya yang sarat dengan bunga dan motif pemandangan, nampak keantikannya. Hanya gambar yang dapat menceritakan segalanya...jom layan gambar dibawah...maaf, kualiti gambar tak memuaskan, kamera semakin uzur...


bahagian hadapan teko

motif yang sarat pada badan teko, cantik tak? hehe

Bahagian belakang teko, motif yang simple

Sekian saja untuk tatapan kali ini...jumpa lagi dilain entri.

No comments:

Post a Comment