Thursday, November 11, 2010

Pembiakan White Sakura

Semalam kita lihat teko kotak white sakura, hari ni saya buat n3 susualan seperti yang dah dijanjikan semalam...sebelum ni saya pernah buat n3 white sakura, mengenai set mini dan yang lain2...boleh klik di label white sakura kalau nak tengok. Hari ni jom kita tengok pulak koleksi teko2 bulat dan cawan2 nya pula.

Deretan teko kotak, teko bulat pelbagai saiz.

Teko bulat dalam simpanan saya, saiz besar, sederhana dan mini.

Yang kiri teko bulat bersaiz besar dari nyonya, sebiji dah barter dengan kak nyna, dan belah kanan merupakan peninggalan moyang saya...pada suatu ketika dulu digunakan untuk majlis adat berjejak tanah keluarga saya.

Teko mini, sebelah kiri dari kedai nyonya manakala sebelah kanan pemberian ikhlas dari kak yatt sebagai tanda persahabatan..thanks sis ;-)

Yang ini pula teko jenis pemandangan, tetapi masih ada motif2 bunga sakura putih. hanya ada sebiji saja cawan mini tanpa piring.

Cawan2 bulat yang ada dalam simpanan.

4 set cawan bulat, perhatikan setiap cawan mempunyai motif corak yang berlainan.

Cawan mini bulat tanpa piring.

perbezaan saiz cawan mini dengan saiz cawan biasa.

Cawan bujang dari eis antique...merupakan barang pertama beli dengan abg eis.

Cawan mulut lebar.

2 set cawan mulut lebar berlainan corak.

2 biji mug yang berlainan corak...mug ini saya pernah buat n3 sebelum ni.

Satu-satunya piring kuih yang ada.

Mangkuk lompang/mangkuk teh cina...belah kiri pemberian ikhlas acik hanishaimi dan yang lain2 dari kedai antik.

Sekian saja koleksi white sakura saya, jumpa lagi di lain n3...

Wednesday, November 10, 2010

Idamanku Sejak Dulu Lagi

Teko kotak white sakura ni memang menjadi idaman saya untuk milikinya sejak dari awal saya berblog lagi. Pertama kali saya tengok di blog salah seorang blogger tapi saya dah lupa dari blog mana. Sejak tu, semangat saya berkobar2 untuk dapatkan teko kotak jenis white sakura ni. Sampai la satu masa kak nyna dari blog anak manja abah beritahu pada saya yang rakannya ada nak jual teko ni. Apa lagi, bagai mengantok disorong bantal, tanpa pikir panjang saya rembat. dah lama beli, tapi baru2 selepas raya saya ambil dari kak nyna. Tak lama lepas tu saya dapat teko white sakura ni dari blog eis antique pulak, tapi tak da tutup. Tutupnya saya beli dari tasha. Entah kenapa, dalam banyak2 teko kotak, saya paling suke jenis white sakura ni, cantik pada mata saya.

2 biji teko kotak white sakura dalam koleksi saya, keduanya mempunyai corak yg belainan, warna oren pada teko pun lain, ada yg terang dan ada yang lebih 'slow' orennya.

Teko kotak hasil pertolongan kak nyna, saya gandingkan dengan cawan ML white sakura.

Teko dari eis antique, bersama cawan bujang yang juga dari eis antique....cawan bujang tersebut meupakan item pertama saya beli dengan eis antique.

Teko kotak dari eis antique....warna oren lebih terang.

Teko kotak hasil pertolongan kak nyna....warna lebih slow, memang cantik, masa mula2 dapat membuat saya tersenyum...hehehe

Nantikan n3 susulan saya mengenai white sakura, jumpa lagi....

Tuesday, November 9, 2010

Three Roses

Saya sajikan tureen2 three roses kesayangan saya pada petang yang indah ni...bertepatan dengan nama, saya juga memiliki 3 biji tureen three roses ni iaitu 2 biji berbentuk bujur dan sebiji bentuk bulat masing2 bersaiz 7.5". 2 biji tureen bujur tersebut sama saiz tetapi berlainan rekaletak corak bunganya , boleh perhatikan pada gambar di bawah.

Close-up bunga three roses

Pandangan atas ketiga2 tureen....

Perhatikan 2 keping gambar dibawah dari pandangan atas. Kedua2 tureen tersebut mempunyai motif bunga yang sama tetapi berlainan rekaletak motif bunganya....nampak tak??



Tureen bujur apabila dibuka.

Pandangan dari tepi...

Turen bentuk bulat.

Pandangan atas.

Apabila dibuka.

Satu-satunya pinggan mungkum 10" yang ada dalam simpanan...merupakan peninggalan Allahyarhamah moyang saya, Hajah Mokah.

Pada saya, bunga three roses ini memang susah untuk dijumpai pada masa kini, terutamanya teko dan cawan...yang biasa kita lihat hanyalah tureennya saja. Kalau nak tengok cawan three roses ni bolehlah melawat ke blog kak yatt...
Sampai disini saja, selamat menjamu mata....

Friday, November 5, 2010

FOR SALE : CAWAN HIJAU MIRIP MEAKIN JADE

CAWAN HIJAU MIRIP MEAKIN JADE, TANPA COP.
TANPA PIRING.
6 BIJI RM30 TAK TERMASUK POS.


JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI/SMS SAYA 0175606196.TQ

FOR SALE : GELAS BERKAKI

GELAS BERKAKI WARNA PERANG, BUNGA PUTIH
6 BIJI RM TAK TERMASUK POS

SOLD

BERMINAT SILA SMS/HUBUNGI SAYA 0175606196.TQ

Thursday, November 4, 2010

FOR SALE : PINGGAN BUJUR TWIN ROSES & SINGLE BIG ROSES

PINGGAN BUJUR TWIN ROSES
SAIZ PALING BESAR, 16"
RM TAK TERMASUK POS.

SOLD


PINGGAN BUJUR SINGLE BIG ROSES
SAIZ 14.5"
RM TAK TERMASUK POS.

SOLD


BERMINAT SILA SMS/HUBUNGI SAYA 0175606196. TQ.

FOR SALE : TUREEN 3 ROSES

SAIZ 7.5"
CONDITION BAIK, SEPERTI GAMBAR DI BAWAH
MADE IN JAPAN
RM NETT. TAK TERMASUK POS.

SOLD

BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA/SMS 0175606196.






Wednesday, November 3, 2010

FOR SALE : PINGGAN BUJUR DAN MANGKUK BUBUR OC MERAH

SEBIJI PINGGAN BUJUR OC MERAH SAIZ LEBIH KURANG 14"
5 BIJI MANGKUK BUBUR
SEMUA SEKALI RM
GAMBAR SEPERTI DIBAWAH

SOLD

BERMINAT, SILA HUBUNGI/SMS SAYA. TQ.




FOR SALE : GELAS BERKAKI

GELAS BERKAKI WARNA HIJAU
5 BIJI RM
SOLD


GELAS BERKAKI WARNA BIRU
5 BIJI RM
SOLD

GELAS BERKAKI WARNA MERAH
4 BIJI RM
SOLD


JIKA BERMINAT HUBUNGI/SMS SAYA 0175606196.TQ