Tuesday, January 18, 2011

Tureen Ros Ungu

Hari ni den nak kongsikan satu lagi tureen kesayangan den....jauh datangnyo, dari negori adat pepatih mano laie kalau bukan negori sombilan...hehehe....bahaso pun dah tukar ha...tureen ni den boli dongan cik tasha kito yang dulunyo ado blog, sekarang ni guno FB jo dio....apo yang menariknyo tureen ni adalah bungonyo...
Ok, tak do modal nak mengarang, layan yo la gambar2 kek bawah ni ha....





Thursday, January 13, 2011

The Red Chrysanthemum

(gambar ihsan wikipedia)

Bunga Kekwa atau dalam bahasa Inggerisnya chrysanthemum merupakan sejenis genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesis tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae dan berasal dari Asia dan Eropah Timur Laut. Untuk lebih lanjut mengenai bunga kekwa, boleh klik disini.

Bunga Kekwa juga telah diabadikan pada pinggan mangkuk lama iaitu terdapat bunga kekwa merah, kekwa hitam, kekwa biru dan kekwa kuning. Motif bunga kekwa merah menjadi kegilaan ramai peminat pinggan mangkuk lama. Kak Yatt dalam n3 nya yang lepas (boleh klik disini) telah mengklasifikasikan motif kekwa merah ini kepada beberapa jenis iaitu :


Type 1

Type 2

Type 3

Dan yang ini merupakan motif kekwa merah yang saya jumpa pada salah satu teko koleksi kekwa merah saya. Jika perhatikan, ianya berlainan dari 3 jenis bunga kekwa merah di atas.
Oleh itu, bolehlah dikelaskan kepada Type 4.


Apa yang ingin saya kongsikan adalah koleksi kekwa merah saya yang sudah hampir bertahun2 saya kumpul, inilah saja yang mampu dan saya jumpai. Yang terbaru adalah teko aladdinnya yang memang susah nak jumpa. Walaupun harga yang saya perolehi amat tinggi tetapi ianya memberi kepuasan pada diri saya sendiri. Biar mahal asalkan puas hati. Walaubagaimanapun, masih tercari-dari sugar pot dan creamer jarnya....



Teko aladdin yang baru dimiliki...setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat juga. Memang puas hati, jika diperhatikan motif bunga kekwanya adalah dari type 2...Ada ke aladdin type 1,3 dan 4??

Teko bulat 4 beradik dari type 1 bersaiz besar, type 4 bersaiz medium dan type 2 bersaiz mini.

Cawan bulat 3 set...motif bunga kekwa merah yang lain dari yang lain...mungkin boleh dikelaskan kepada type 5??

Cawan bulat motif bunga kekwa lain dari yang lain.

Hanya 4 set cawan mulut lebar yang berjaya dimiliki....masih tercari2 untuk penambahan koleksi.

Cawan ML bunga kekwa type 1.

Cawan ML bunga kekwa type 2.

Dan sebiji cawan bujang, juga motif kekwa merah lain dari yang lain.

Tureen ini pun bermotifkan gabungan bunga kekwa dan bunga ros. Saya pernah n3 sebelum ini.

Koleksi pinggan mangkuk bunga kekwa merah.

Koleksi oval platter.

Oval platter kekwa merah type 2 bersaiz 14.5" dan 12". Yang 14.5" merupakan hasil barter dengan acik hanis hanishaimi antik.

Oval platter kekwa merah type 3 bersaiz 12" dan 10".

Piring leper bersaiz 6",7" dan 8".

Piring kuih 6" type 1 dan 2.

Mangkuk sambal saiz 6".

Mangkuk nasi tambah saiz 9" type 1.


Disebelah kiri pinggan kuah type2 saiz 9" dan kanan pinggan makan type 1 saiz 9".

Sekian saja untuk tatapan kali ini...diharap dapat memberi serba sedikit ilmu kepada collector2 pinggan mangkuk lama. Jumpa lagi di lain n3.

Tuesday, January 11, 2011

FOR SALE : SET BULUH KELABU/COKLAT JAPAN

SET BULUH KELABU/COKLAT
CONDITION CANTIK, SEPERTI DALAM GAMBAR
1 BIJI TEKO ALADIN
1 BIJI SUGAR POT
1 BIJI CREAMER JAR
6 BIJI CAWAN MULUT LEBAR
4 BIJI PIRING CAWAN
6 BIJI PIRING KUIH

KESEMUANYA RM TAK TERMASUK POS

SOLD

BERMINAT BOLEH HUBUNGI/SMS 0175606196.









Sebuah Persahabatan....

Seperti hujung minggu yang biasa, jika tiada halangan, aktiviti saya akan ke Loken atau Memory Lane. Ahad yang lepas di Loken bermakna bagi saya kerana saya dapat berjumpa dengan Kak Aida dari blog Al Kesah. Dalam pada tu, buat pertama kalinya saya dapat mengabadikan kenangan bergambar bersama Kak Julaina dari blog Selasih Biru. Padahal boleh dikatakan sebelum2 ni memang kami selalu berjumpa di Loken dan ditempat kerja Kak Ju tapi inilah baru pertama kali dapat bergambar...hehehe


Bergambar bersama Kak Ju dan puteri2 nya yang comei...Pic ihsan dari Kak Ju...pinjam gambor ye Kak Ju, awak idak bawak kamera...hehe


Dan Kak Ju menitipkan 3 set cawan seashell hijau....memang saya cari2 selama ni....berkenan sungguh set seashell hijau ni....harap2 dapat jumpa yang lain2 lepas ni....pic ni pun ihsan Kak Ju jugak, mintak halal ye.


Mulanya, memang saya dah plan dengan Kak Aida nak berjumpa di Loken Ahad yang lepas, sebab Kak Aida pun ada nak ambil barangnya dari saya. Ini merupakan kali kedua saya berjumpa Kak Aida, kali pertama, pada tahun lepas di Exit Simpang Pulai tapi tak sempat nak bergambar. Rasa bertuah dapat mengenali Kak Aida yang begitu sporting, peramah, dan baik hati, saya anggap Kak Aida pun dah macam mak saya. Suami Kak Aida pun peramah. Secara jujurnya saya berasa begitu bertuah dan selesa dapat mengenali Kak Aida. Kak Aida juga sanggup menolong saya membeli besi L-shape untuk membaiki almari saya yang roboh awal tahun yang lepas dan berkongsi tips untuk memasang L-shape tersebut.


Sempat bergambar bersama Kak Aida, Kak Ju dan puteri2 Kak Ju. Pic ni pun pinjam Kak Ju jugak...hehehe.


Dan ape yang membuatkan saya gembira dan terharu adalah titipan dari Kak Aida iaitu sebiji pinggan JB dan creamer cun dari Japan, juga biskut buat tangan dari Kak Aida. Balik2 rumah je, seronok rasa dapat hadiah dari Kak Aida, terus ibu saya disply kat ruang tamu....hehehe. Kepada Kak Aida, mintak maaf banyak2 saya tak da bawa buah tangan untuk akak, rushing sangat pagi tu, kebetulan opah saya nak ikut jugak...hehe..


Pinggan JB dari Kak Aida, sungguh cantik di mata saya.



Creamer roses Japan yang menawan juga hadiah dari Kak Aida....



Sekalung penghargaan jutaan terima kasih dari saya buat Kak Ju dan Kak Aida. Terlebih, terkurang, terkasar dan tersilap harap dimaafkan, semoga ikatan persahabatan kita akan kekal selamanya.

Sunday, January 9, 2011

FOR SALE : SET JUG/GELAS RETRO

SET GELAS/JUG RETRO
1 BIJI JUG
6 BIJI GELAS
RM80 TAK TERMASUK POS

SOLD


BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196



Saturday, January 8, 2011

FOR SALE : CAWAN MULUT LEBAR BUNGA SABUN

CAWAN MULUT LEBAR BUNGA SABUN
RM UNTUK 6 PASANG
TAK TERMASUK POS

SOLD

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196


FOR SALE : PELITA MERAH 3 SEGI

PELITA MERAH 3 SEGI
TINGGI 8"
RM25 TAK TERMASUK POS

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196