Wednesday, April 27, 2011

Bandung, 8/4/20011 - 11/4/2011 - Part I

Hari ni tak da cerita mengenai pinggan mangkuk atau yang seangkatan dengan antik, mood nak ambil gambar, susun2 tak ada...hehe..so buat lah n3 gambar yang ada dalam pc. Gambar ni pun hampir nak basi, gambar percutian saya dengan keluarga ke Bandung Indonesia. Hajat ke sana memanglah semata2 nak berjalan tapi ada juga terniat nak mencari barang2 lama/antik tapi malangnya sehingga 4 hari disana, tak juga jumpa2...tak da rezeki...


Pemandangan Bandung yang sungguh padat dari udara.

Jalan Cibaduyut....tempat untuk ber'shopping' kasut.





Pasar Baru....macam2 ada kat sini, pakaian, telekung, kain dan macam2...tak sah ke Bandung kalau tak ke sini. Harga memang murah.





Rumah Mode....tempat membeli belah barangan berjenama dengan harga yang berpatutan.



Paris Van Java...juga tempat membeli belah..




Bersambung ke n3 akan datang....

Wednesday, April 20, 2011

Makeover Zany Lagi

Dah dekat 3 bulan rasanya, bila cuti tak duduk kat rumah, hujung minggu kene ke Kuala Lumpur urusan belajar. Nak ke Loken pun dah tak da masa sekarang ni. Tapi dalam sebok2 tu pun sempat jugak la saya meng"makeover" sebijik almari antik ni...hehe. Entah la, kalau bab2 kerja kayu ni, baikpulih ni memang saya suka sangat, bersemangat nak buat rasanya. Tapi, kerja2 memperbaiki barang2 lama ni perlu ambil masa yang lama dan tahap kesabaran yang tinggi, kalau tak, tak menjadi la, rentikan je le bak kata orang Perak. Almari ni lama dah dapat, kat kedai 2nd, tapi harganya bukanlah serendah mungkin saya dapat, memang tinggi bukan puluh2...kerja2 baik pulih saya buat secara berperingkat, mula2 kerja menanggal cat, menggosok dan barulah kerja2 menyapu syelek. Tapi kan, sebelum tu, ada la saya dengar desas-desus orang gelakkan n3 saya ni...ada yang gelak sebab saya n3 pinggan mangkuk bunga2, orang yang saya kenal juga..tapi kan, kenapa ye mesti gelak? hairan...kalau dengar orang tersebut berkata2 mengalahkan ahli ulama, tapi kenape mesti gelak2kan orang? tak pe lah, saya tak kesah pun, saya nak buat apa pun kat blog saya, itu saya punya pasal, suka tak suka lantak lah, asal saya happy....peeaaaaaceee!!


Inilah rupa almari tersebut sebelum dibaikpulih, yang ni dah selesai kerja2 menggosok semua, cuma tinggal nak menampal lubang2 dan sapu kertas pasir. cermin sebelah dah pecah. Kalau tengok pun tak da yang ingin kot...hehe...


Dan inilah hasilnya setelah segala kerja2 baikpulih siap. cermin yang pecah dah digantikan, dan tombol pintu diganti dengan tombol batu antik. Bagaimanapun, almari ni bakal beralih tuan ke Shah Alam memandangkan nak simpan pun dah tak da ruang di rumah.



Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi...

Monday, April 18, 2011

Kesinambungan Two Roses/Japanese Roses - Part II

Rasanya dah lama tak buat n3 koleksi peribadi sendiri, asik2 sebok dengan jualan je blog saya ni ye....hehehe... ape boleh buat, sambil berkongsi koleksi peribadi, sambil2 tu boleh juga sama2 kita berkongsi item2 extra yang boleh dikongsi bersama peminat2 yang lain. Bagi tak menjemukan pengunjung2 blog, saja sajikan koleksi two roses atau japanese roses kepada semua. Sebelum ini, di awal2 saya berblog, saya sudah pernah buat n3 mengenai koleksi two roses ini, hari ini, saya kongsikan penambahannya selepas 2 tahun. Seperti yang kita tahu, koleksi jenis ini menjadi rebutan semua pengumul2 PML lama, oleh itu, tidak hairanlah mengapa harganya melambung tinggi ditambah pula dengan koleksi jenis ini amat sukar utuk ditemui pada masa kini. Bagaimanapun, masih mencari tekonya yang bersaiz besar jika rezeki memihak.




Teko bentuk bulat telur saiz medium dan teko mini bulat.



Cawan mulut lebar 5 biji, bagaimanapun, sebiji piring tiada.


Cawan berlekuk berkaki, 4 biji, piring masih mencari.


Cawan bujang 8 biji...paling saya minat skali....nampak unik.


Pelbagai bentuk dan saiz mangkuk lompang atau cawan teh cina.


Pinggan dan mangkuk, yang di saja dapat diselongkar, yang lain2 payah nak bawak keluar.

Koleksi tureen two roses, bentuk bujur, berkaki dan bulat.


2 saiz tureen bulat, 10 inci dan 8 inci.

Tureen bujur 10inci

Tureen berkaki, bunganya sama namun, yang ini mempunyai putik bunga, perhatikan

Sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain n3.

Friday, April 15, 2011

FOR SALE : TEKO ALADDIN BUNGA SAKURA

TEKO ALADDIN BUNGA SAKURA
RM150 TAK TERMASUK POSTAGE

SOLD


BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196
BOOKING 2 HARI

FOR SALE : CAWAN BENTUK LOCENG ROS HITAM

CAWAN BENTUK LOCENG ROS HITAM
ADA 9 PASANG
RM SEPASANG TAK TERMASUK POSTAGE

SOLD


BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196
BOOKING 2 HARI



FOR SALE : CAWAN SHAPE 'A' BUNGA PADI

BoldCAWAN SHAPE A BUNGA PADI
TANPA PIRING
ADA 10 BIJI
RM14 SEBIJI TAK TERMASUK POSTAGE

BERMINAT, HUBUNGI/SMS 0175606196
BOOKING 2 HARI