Sunday, May 30, 2010

3 Teko Kuning Besar

Salam sejahtera semua...
Di kesempatan hari minggu yang ada ni, saya ambil peluang untuk kongsikan 3 biji teko kuning yang berlainan motif yang bersaiz agak besar yang ada dalam simpanan saya. Walaubagaimanapun saya cuma ada tekonya sahaja dan anak-anaknye masih belum ditemui. Ok jom sama-sama kita layan gambar


3 biji teko kuning yang bersaiz agak besar. 2 biji di sebelah kiri dan kanan mempunyai motif bunga-bungaan manakala yang ditengah-tengah seperti yang kite semua ketahui teko pokok kelapa.

Teko pokok kelapa yang dah lama saya cari dan akhirnya saya dapat beli di ML dan di blog eis. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya dapat kumpul set kelapa ni.


Dan di bawah 2 biji teko kuning yang mempunyai motif bunga-bungaan. hasil rembatan dari kedai antik. Walaupun harga boleh tahan, tetapi tetap ku rembat dek kerana kecunnannye...hehehe....




Ok sekian saja n3 saya kali ni....dah tak tak da idea nak menaip, cukup sampai sini saje...bye2....

Friday, May 21, 2010

Tureen Dua Sejoli

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog saya.

Alhamdulillah di petang jumaat yang indah ni dapat jugak saya saya buat n3 dalam kesibukan alam dunia yang melanda saya sekarang ni. Lama juga rasanya saya tak buat n3 mengenai koleksi peribadi saya untuk di kongsikan dengan pembaca-pembaca semua. Mana tak nye, sebok pulak duk asik buat jualan amal....hehehe...

Apa yang saya nak kongsikan hari ni cumalah sebiji tureen yang dinamakan tureen dua sejoli, nama ni saya ambil daripada kak yatt dari Yatt Precious memandangkan tureen ni pun saya barter dengan kak yatt...thanks kak, sudi barter tureen yang bernilai ni dengan saya, saya hargainya...kalau nak tengok n3 kak yatt mengenai tureen ni bolehlah klik disini.
Tureen ni kecik je sebenarnye, saiznya 5" mangkuk dan 6" penutupnye. Cuma kamera je yang menipu, membuatkan tureen ni nampak besar..hehehe... Motif bunga pada tureen ni pulak saya tak pasti bunga jenis apa, tapi lebih kurang macam bunga jepun dan lebih kepada warna oren, juga terdapat warna pink dan kelabu pada motifnya. Ok, tanpa buang masa jom sama-sama kita layan gambar kat bawah ni........


Inilah rupa bentuk tureen nye....menarik pada pandangan mata saya.
Pandangan atas tureen....
Motif bunga-bungaan pada tureen.




Ok sekian saja n3 saya kali ni, jumpa lagi di n3 yang lain. Selamat Menjamu Mata.......

Tuesday, May 18, 2010

Tureen Rosa Cinderella For Sale

TUREEN ROSA CINDERELLA FOR SALE
ADA 3 BIJI
RM170 SEBIJI
2 BIJI SOLD
ADA SEBIJI SAJA LAGI, CEDERA PADA BAHAGIAN PENUTUP, HANYA RM70, SESUAI UNTUK HIASAN SAJA.

SOLD

GAMBAR SEPERTI DI BAWAH



JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA 0175606196
BOOKING HANYA 3 HARI SAJA. TQ

Pinggan Makan Rosa Cinderella For Sale

PINGGAN MAKAN LEPER ROSA CINDERELLA UNTUK DIJUAL
SAIZ 10"
CONDITION BAIK.
ADA 6 BIJI
RM28 SEBIJI

GAMBAR BOLEH TENGOK DI BAWAH

SOLD



JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA 017-5606196
BOOKING HANYA 3 HARI SAJA. TQ

Saturday, May 15, 2010

Creamer J&G Meakin Rosa For Sale

SOLD

Condition Baik, tiada retak atau sumbing. (Seperti dalam gambar di atas. belum basuh lagi)
RM60 termasuk pos biasa. courier tambah lagi RM5.
Ada sebiji saja lagi.

Berminat sila hubungi saya 0175606196. Booking hanya 3 hari saja. TQ.

Teko Ros Hijau For Sale


Condition baik. Belum pernah digunakan lagi. Stok lama.
Harga sebelum ni RM100 tidak termasuk pos.
Kini RM90 termasuk kos courier.

SOLD

Booking hanya 3 hari sahaja. berminat hubungi saya 0175606196. TQ

Tureen J&G Meakin Celeste For Sale

Condition Baik
Harga asal RM160 tidak termasuk pos.
Kini offer RM120 termasuk kos courier.
Ada 2 biji, terdapat kesan kecoklatan pada badan tureen.

SOLD


Booking hanya 3 hari sahaja. berminat sila hubungi saya 017-5606196. TQ.

Wednesday, May 12, 2010

Hari Penuh Bermakna......

Salam sejahtera semua....
Alhamdulillah, saya berasa teramat bersyukur skali kerana saya dapat meneruskan penulisan saya dalam blog ni setelah sekian lama saya tinggalkan. Bukan sengaja untuk tinggalkan dunia blogging ataupun bersara dalam hobi pinggan mangkuk antik ni tetapi kesuntukan waktu dan masa yang saya ada sangat terhad sejak kebelakangan ini. Saya sebok dengan tugas kerja saya di pejabat yang terlalu banyak yang memerlukan kudrat saya dek kerana saya perlu menyelesaikan segala 'proggress payment' setelah projek berakhir. Selain itu saya juga sebok dengan urusan saya untuk melanjutkan pengajian pada bulan hadapan dan juga beberapa masalah lain yang perlu saya tanggung. Beberapa minggu yang lepas juga saya telah melalui hari yang bermakna dalam kehidupan saya iaitu Majlis Konvokesyen yang ingin saya kongsikan bersama. Saya tidak mahu biarkan blog saya ni terlalu lama sunyi. Saya ambil peluang masa yang terhad ini untuk berkongsi kegembiraan saya semasa majlis konvokesyen tersebut.
Jom kita layan beberapa gambar yang sempat saya ambil.

Pada pagi sebelum majlis berlangsung. Kawan-kawan saya sebok membantu kawan-kawan yang lain memakai jubah.

Sebelum memasuki Dewan Jubli Perak, kami sempat mengambil gambar di luar dewan sebagai kenangan. Di bawah merupakan antara kawan-kawan seperjuangan saya yang banyak membantu semasa kami sama2 menuntut. Jatuh bangun kami bersama.

Sewaktu majlis bermula..sempat lagi snap gambar walau tak dibenarkan mengambil gambar..hehehe

Posing dulu sementara menuggu giliran, walaupun jantung berdegup kencang.hehehe

Bersama abah dan ibu yang terlalu banyak berjasa kepada saya. Merekalah sumber inspirasi saya, tanpa ibu dan abah, tak mungkin saya dapat belajar dan menempuhi kehidupan yang sempurna....terima kasih banyak2 ibu dan abah, saya doakan syurga untuk ibu dan abah.

Antara gambar-gambar bersama rakan seperjuangan yang dapat saya ambil. Alhamdulillah, setelah sama-sama kami tempuhi pahit manis ketika belajar, akhirnya impian tercapai juga. Kepada kawan-kawan, terima kasih juga saya ucapkan kerana anda semua adalah pendorong untuk saya terus belajar.





Ini saja yang dapat saya kongsikan. Insyaallah jika ada masa kelapangan saya akan terus buat n3 mengenai hobi saya, pinggan mangkuk antik. Selamat mambaca dan jumpa lagi. bye2

Tuesday, May 11, 2010

Award Lagi

Salam sejahtera....harini saya nak tampal awrd lagi yang saya dapat dari kak izam dari blog Jae's Collection....terima kasih banyak2 kak kerana sudi bagi award ni kat saya....semoga persahabatan kita kekal selamanya.....