Thursday, June 14, 2012

Tempahan Almari

Lama pula rasanya tak menulis kat blog....berminggu minggu kebelakangan ni rasa macam kurang semangat sikit, ditambah dengan mood yang macam macam, ragam orang sekeliling lagi dan minggu peperiksaan saya. Dalam pada tu sempat untuk saya menyiapkan almari tempahan pelanggan. Lebih sebulan dah di tempah, tapi baru ada masa nak menyiapkannya.

 Mula mula dapat inilah keadannya, agak buruk juga...tapi yang penting kayu dan strukturnya tiada cacat cela...tidak perlu banyak yang perlu dibaiki, hanya buang syelek lama dan sapu syelek saja.

Ini keadaan bila dah siap dicuci dan buang syelek lama. dah siap digosok bagi halus permukaannya. papan pada bahagian belakang almari saya gantikan semula kerana agak uzur. Bahagian dalam almari asalnya dicat hijau tua dan susah untuk di buang.

Dan ini bila dah siap sepenuhnya. Atas permintaan pelanggan tersebut, bahagian dalam yang bercat hijau saya catkan warna coklat yang seakan warna syelek. cermin asalnya saya pasangkan semula. agak tebal dan berat cerminnya. bahagian bawah cermin terdapat biji biji roda yg diletakkan atas gelangsar besi untuk menyorong cermin tersebut. apa yang saya lihat pada biji biji besi tersebut tertulis "made in Germany". hebat juga dulu dulu ya. sepenuhnya almari ni saya terpaksa buat di rumah nenek saya di kampung saya, rumah sendiri dah penuh.hehehe


Siap sedia untuk di pos ke Bangi, Selangor. diharap kakak tersebut suka.
bertemu lagi di lain n3.

1 comment:

  1. tadi pergi melawat kakitangan yang dah pencen.. ternampak almari serupa ni di rumahnya.. ingat nak mintak / beli tak terucap pulak kata-kata...

    ReplyDelete