Tuesday, July 24, 2012

Koleksi Two Tone Roses

Hampir 4 tahun juga la set-set two tone roses ni tersimpan dalam kotak, baru hari ni dapat keluar, tu pun cari balik sebab sempena minggu bunga two tone roses ni di group Antique Porcelain Collector di facebook. Kalau tak entah bila la saya nak bawak keluar. Sebenarnya saya kumpul koleksi ni secara tak sengaja, dulu tak lah berkenan sangat, mana jumpa simpan, mana jumpa simpan, macam tu lah, sampai tahu-tahu cawan je banyak. teko tu je la satu yang ada. Sebelum ni nampak ada orang jual teko bulat tapi buat tak tau je sekarang dah nak pupus baru menyesal...hehe. Malam tadi sebelum nak tidur duk punggah-punggah dalam kotak cari set ni, jumpa la, ni je yang ada pun....

Teko jenis cindarella..ada ni je pun teko untuk bunga ni...ni pun kira nasib baik dapat dulu-dulu. sampai sekarang tak jumpa yang lain-lain..masih berhajat teko bentuk lain..semestinya teko aladdin tapi agak pupus..mana lah nak cari kan.

Cawan mulut lebar, masih cantik dan berkilat belumpernah digunakan lagi.


Gandingan teko cindarela dan 2 jenis cawan yang boleh dipadankan dengan teko cindarella ni.

2 bentuk berlainan cawan cindarella...sekali imbas nampak sama tapi jika diperhatikan lain-lain bentuknya.

2 bentuk yang berlainan.

cawan jenis shape A atau V shape. cantik juga.

4 jenis bentuk cawan yang ada dalam simpanan. mungkin jenis loceng belum ada lagi kot.

Ini saja pinggan mangkuk yang ada..teringin nak cari oval platter pulak lepas ni.

Sekian saja tatapan untuk kali ini, jumpa lagi dilain entry...selamat menjamu mata dan selamat berpuasa....

3 comments: