Tuesday, July 17, 2012

Meru/Tempat Pinggan Antik

Salam sejahtera semua. entry kali ni berbalik pada perabot-perabot lama pulak. Yang ni adalah tempat letak pinggan lama, dulu-dulu sebelum tempat pinggan yang besi tu, inilah dia tempat pinggan mak-mak, opah-opah, moyang-moyang kita kat kampung. Kalau di Perak kami panggil meru, tempat lain tak tau lah panggil apa. Meru ni ada macam-macam saiz dan rekabentuknya. Ada yang serba ringkas, sarat ukiran dan ada yang penuh dengan seninya. Sebelum ni saya pernah entrykan meru yang dah saya baikpulih dah selamat berada di rumah owner baru. Boleh klik disini.
Kat bawah ni adalah meru yang agak ringkas tapi tetap menarik dan cantik. Minggu sudah saya siapkan setelah sekian lama di booking. kesian pada owner nya..maklum la sebelum ni saya terlalu sebuk. Masa sentiasa penuh. Bawah ni keadaan asal, kayu semua cantik, cuma perlu di cantikkan lagi saja.

Buang segala syelek lama sampai tinggal kayu asal. Syelek lama adalah penting membuangnya kalau kita nak sapu syelek semula. Ini kerana kalau tak buang atau terus gosok dengan kertas pasir, permukaan akan jadi bertindih, dan sapuan syelek baru jadi tak kemas, tak serata warnanya dan agak bertindih. Dan apabila syelek lama sibuang habis, bila sapu syelek baru, ia tidak akan jadi permukaan tebal.

Dah siap...masa snap gambar ni waktu malam, syelek pun belum kering...hehe...atas permintaan pelanggan saya sapukan syelek warna gelap. Harap suka dan puas hati.



Esok lusa akan belayarlah ke tuan barunya di Shah Alam...
sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi dilain entry.

No comments:

Post a Comment