Friday, August 17, 2012

Almari Lauk Raya

Seterusnya almari lauk....minggu lepas juga siap, baru berkesempatan nak entry. Dah selamat sampai pun ke rumah pelanggan di Klang, Selangor.Almari ni saiz agak besar dar almari lauk sebelum-sebelum ni yang pernah saya baikpulih.

Asalnya beginilah rupa...nampak kusam, tapi kondisi tetap masih baik lagi...agak berat juga almari ni kerana bahagian rangkanya daripada kayu yg besar dan kayu berat.

Proses membuang syelek lama dan menggosok bagi halus. Bahagian atas berwarna biru akan di cat warna coklat. warna biru tak dapat dibuang kerana cat masuk ke dalam ira kayu. tertanya juga mengapa orang dulu-dulu suka cat bahagian atas almari lauk tu warna biru ya?


Dan hasilnya bila dah siap...atas permintaan pelanggan tersebut untuk memasang cermin berwarna pada keseluruhan bahagian depan almari iaitu warna oren dan hijau. pertama kali saya buat almari lauk yang sepenuhnya menggunakan cermin berwarna...memang cantik, lepas ni nak buat untuk diri sendiri pula la...hehe

Sekian saja tatapan untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry...jika berminat dengan perabot-perabot lama, boleh sms/hubungi saya 0175606196 untuk tempahan. Jika ada stok saya akan beritahu.

2 comments: