Wednesday, August 15, 2012

Almari Solek Berikutnya

Lama rasanya nak menulis kat blog...mood makin merudum....Hari ni nak kongsikan almari solek yang dah siap minggu lepas untuk pelanggan dari Dengkil, Selangor. Sebelum ni saya ada entry almari solek ni untuk di jual..Alhamdulillah dah sold dan sudah di pos.

Mula-mula dapat beginilah rupanya. Memang buruk kalau tengok, usia pun dah lama, tengok dari design almari sekitar tahun awal 1960an. Walaupun nampak buruk tapi kayu-kayunya tetap utuh, cantik dan tiada sebarang kerosakan. Cuma perlu di syelek semula je untuk nampak cantik.

Dan selesai kerja-kerja membuang syelek lama...dan kerja menggosok permukaan sehingga halus. syelek lama perlu dibuang sehingga habis sehingga nampak dasar kayu yang asal. Ini penting bagi menjamin kualiti syelek apabila selesai kerja menyapu syelek. Jika tidak dibuang syelek lama, akan bertindih dengan syelek baru dan warna syelek tidak akan sekata. 


Dan selesai kerja-kerja mensyelek semula...alhamdulillah, ini saja yang terdaya dibuat...Harap pelanggan tersebut suka. Atas permintaan, saya kekalkan cermin muka yang lama..



sekian saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry...bagi yang berminat pada perabot-perabot lama boleh sms atau hubungi saya 0175606196 untuk tempahan.

No comments:

Post a Comment