Monday, December 3, 2012

Rumah Lama

Salam sejahtera kepada semua...lama tak menulis...kebelakangan ni mood nak menulis nak buat n3 makin berkurang. Kali ni saje kita kongsi-kongsi tengok rumah lama yang dari dulu menjadi idaman saya nak milikinya, insyaAllah akan saya usahakan. Berbalik kepada rumah dalam gambar di bawah, rumah ni terletak di bersebelahan kampung saya di Gopeng, jika keluar tol Gopeng, ambil kiri menghala ke Kampar, kurang dari 200meter di sebelah kiri jalan anda pasti akan melihat rumah ini. Rumah ni seingat saya sejak saya kecil memang sudah tak berpenunggu lagi. Orang asal rumah ni dah lama meninggal dunia dan anak cucu cicitnya tiada siapa pun yang berminat untuk tinggal di kampung. Dahulunya memang nampak usang tetapi masih berdiri kukuh. Hinggalah dalam 4-5 tahun yang sudah cucu kepada pemilik asal rumah ni ambil inisiatif untuk membaikpulih rumah ni. Rumah ni asalnya betul-betul terletak di tepi jalan utama dan telah dialihkan ke tapak lain, di bahagian belakang tapak asal kerana jalanraya tersebut dibesarkan, dan tapak rumah ini terbabit dengan pembesaran jalanraya dan terpaksa dirobohkan, alhamdulillah cucu tuan asal, telah memindahkan rumah ini ke belakang sikit dari tapak asal, tanpa mengubah struktur asal rumah dan masih dalam keadaan asal. Jika dilihat potongan rumah ini, adalah potongan rumah limas negeri Perak. Di kampung saya masih ada jenis rumah sebegini tapi agak berkurangan, rumah moyang saya yang dibina pada tahun 1928  sama potongannya seperti ini tapi rumah pusaka tersebut sekarang diduduki sepupu bapa saya. sekian saja coretan kali ini..mood menulis tak ada..hehe..jumpa lagi di lain n3..insya Allah mungkin ada n3 lanjutan mengenai rumah ini...tunggu....



2 comments:

  1. kalau rumah sebegini di buat homestay pun menarik, at least drpd dibiarkan kosong dan dimakan usia..rumah yg kosong senang di serang anai..saya tgk org cina yg rajin memulihara bangunan lama dan diberi nafas baru dan di buat budget hotel atau cafe seperti yg terdapat di Ipoh, org kita agak kurang inisiatif.

    ReplyDelete
  2. maknanya tangga bukan tangga asal dah ya ? dibuat tangga baru bila beralih tapak kan

    ReplyDelete