Monday, October 21, 2013

Kerusi Retro Kaki Pensil - Untuk Dijual

Dah lama saya tak kongsikan hasil kerja baikpulih perabot lama. Kali ni saya kongsikan baikpulih kerusi retro lama ini. Pada saya design nya sangat cantik. kaki pensil dan amat ringkas. Rangka kayu kerusi ni adalah daripada kayu jati, berat dan nampak urat kayu yang cantik.

Masa dapat inilah keadaan kerusi tu, nak kata buruk sangat tidaklah tapi perlu diperbaharui untuk sedap mata memandang. Asalnya sarung kusyen PVC berwarna hijau lumut/gelap saya hantar kedai tukar sarung kusyen untuk gantikan sarung yang baru dan rangka kerusi saya restore balik, buang syelek lama yang agak gelap dan syelek semula warna clear agar nampak urat kayunya memandangkan rangka kerusi ini kayu jati, seeloknya tidak di varnish warna gelap.

Dan inilah hasilnya bila sudah siap dibaikpulih sepenuhnya. saya gantikan dengan sarung berwarna merah cili, sesuai dengan rekaan retronya. Duduk pun agak sedap kerana span asalnya iaitu dari foam getah lama saya kekalkan cuma tambah sikit span baru supaya lagi sedap diduduki. Tapi sayang kerusi ni saya hanya dapat satu sahaja, sesuai untuk diletak dalam bilik tidur, bilik bacaan atau mana-mana sudut.




Kerusi ini dijual pada harga : -

RM SEBUAH TERMASUK PENGHANTARAN SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA.


SOLD

BERMINAT, BOLEH HUBUNGI/SMS/WHATSAPP 0175606196 UNTUK RUNDINGAN

No comments:

Post a Comment