Thursday, March 10, 2016

Kerusi "Pak Maon" - SOLD-

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog saya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang masih sudi datang berkunjung ke sini. Tahun ini merupakan tahun ke 8 saya berblog sejak tahun 2009 lagi. Semoga ianya bertahan untuk masa akan datang.

Hari ni saja nak berceloteh sikit, berkongsi hasil membaikpulih kerusi "Pak Maon" ini. mengapa saya panggil kerusi ini sebagai kerusi Pak Maon?? Ini kerana kerusi sebegini pernah menjadi tempat duduk watak "Pak Maon" lakonan allahyarham seniman Mahmud June dalam filem hitam putih P.Ramlee iaitu filem Nasib Do Re Mi. Bukan dalam filem itu sahaja malah, kebanyakan filem-filem lama arahan P.Ramlee kita dapat lihat kerusi sebegini di dalam rumah-rumah yang menjadi lokasi penggambaran.

Di bawah merupakan hasil baikpulih saya pada kerusi tersebut daripada PVC lama biru saya tukarkan kepada PVC berkualiti tinggi hijau tua atas permintaan pelanggan. Kerusi ini telah dibeli oleh pelanggan dari Melaka. Sayangnya cuma ada satu sahaja. Terima kasih kepada pembeli. Semoga dengan usaha baikpulih dan jual beli ini kita dapat menyelamatkan khazanah-khazanah lama dari terus lenyap hilang begitu saja. Jumpa lagi di lain entry.

Keadaan kerusi sebelum di baikpulih. PVC biru masih elok lagi tetapi untuk kelihatan lebih cantik dan sesuai digunakan di dalam rumah perlu di tukar sarung dan dicat kerangka besinya.


Kerusi siap sepenuhnya. Diganti dengan warna lebih kurang hijau muda.



Allahyarham Mahmud June memegang watak "Pak Maon" dalam filem hitam putih Nasib Do Re Mi arahan P.Ramlee

5 comments: