Monday, March 8, 2010

BULUH EMAS PENGGANTI WARISAN NENDA...

Salam sejahtera semua....
Kak Yatt, Cik Mat dan blogger2 yang lain dah lama n3 set buluh emas ni tapi hari ini barulah dapat saya nak berkongsi set buluh emas ni kepada semua di mana set ni merupakan antara set yang saya sayang skali dan saya berusaha mencarinya sedaya upaya...alhamdulillah, walaupun tak seberapa nak complete tapi saya berjaya juga mencari dan mengumpulnya.. Ini kerana set ini mengembalikan nostalgia dan ingatan saya kepada zaman kanak-kanak saya dimana nenda saya di sebelah ibu mempunyai set ini pada ketika dulu. Masih teringat di ingatan saya sewaktu kecil, di rumah nenda, apabila tiba waktu minum petang, nenda akan hidangkan kami cucu-cucu minum teh 'o' panas menggunakan cawan dan teko buluh emas ni dan dipakai sebagai basahan hari2 untuk minum petang. Manakala lepat labu dihidangkan didalam piring kuih buluh emas ini sebagai santapan minum petang. Tapi sayang, disebabkan peredaran zaman set buluh emas kepunyaan nenda itu, satu persatu musnah dan akhirnya pupus dalam simpanan.

Oleh sebab itulah saya berusaha sedaya upaya untuk mencari set ini walau di mana saja. Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya milikinya. Terima kasih yang tak terhingga kepada kak ryana yang dah banyak membantu saya untuk memiliki set ini, tak lupa juga abang ismail, nyonya, kak khaty penang dan kedai 2nd yang banyak membantu saya memiliki set ini. Ok jom sama2 kita layan gambar...dan tak lupa juga, n3 ini saya dedikasikan buat semua mereka-mereka yang telah banyak berjasa kepada saya untuk mendapatkan set ini.

Set ini merupakan jenis set yang sama yang pernah dimiliki nenda...tetapi corak pada cawan dan teko berlainan sedikit. Set ini saya cuma ada 6 biji piring kuih, teko, sugar pot, creamer jug dan 2 set cawan.


Set mini dengan teko aladin langsing. Saya cuma ada teko aladin langsing, sugar pot, creamer jug dan sebiji cawan mini tanpa piring.


6 biji piring kuih dari kak ryana.


Teko dari abang ismail


Creamer jug dari kak ryana.


Sugar pot dari abang ismail


2 set cawan dari kak ryana.



Geisha pada dalam cawan.


Teko aladin langsing dari kedai 2nd


Sugar pot mini dari kak khaty.


Creamer jug dari kedai 2nd.

Sekian saja coretan saya untuk set buluh emas ini..selamat menjamu mata.

No comments:

Post a Comment