Showing posts with label Tureen. Show all posts
Showing posts with label Tureen. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

CUTE ROSES TUREEN

Salam sejahtera kepada semua pengikut dan pembaca blog sekalian...
Harini saya nak berkongsi salah satu tradisi warisan orang perak ketika bersantap iaitu tureen yang ada dalam simpanan saya...ataupun orang perak panggil "mangkuk tutup" atau "mangkuk nasi" kerana di negeri perak tureen ni digunakan untuk mengisi nasi buat nasi tambah ketika bersantap. Kalau sebut tureen kat orang perak memang deme idak tau tapi kalau disebut mangkuk nasi atau mangkuk tutup, ishhhh lekeh je deme taunye...heheheehee...Tak tau ape nama bunga ros yang ada pada tureen ni dan saya hanya panggil cute roses je sebab motif bunga ros yang ada pada tureen ni kecik2 je dan ada 4 kuntum semuanya.
Tureen ni berbentuk bujur dan saiznya agak besar iaitu lebih kurang 10inci mangkuknya dan 11inci tutupnya. Ok jom sama2 kite layan gambar....

Pandangan tepi tureen yang menawan kalbu....hehehhhhh

Motif bunga ros yang ada pada permukaan tureen

Lawa tak bunga die??? heheheee....saya dapat pun pada harga yang berpatutan dan mampu milik...


Close up bunga pada tureen...


Pandangan tureen apabila tutupnya dibuka....


Oklah samapi sini je...jumpa lagi di n3 yang akan datang...

Thursday, January 21, 2010

Tureen Retak 1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Harini saya nak berkongsi salah satu koleksi tureen saya iaitu tureen yang coraknya lebih kurang macam batik. Saya panggil tureen retak 1000 sebab keadaan tureen ni yang dah retak 1000, padanlah dengan usianya...
Saya tak pasti keluaran negara mana tureen ni, di bawah bontotnye hanya ada tulisan cina atau jepun, saya kurang pasti tapi saya ada terbaca dalam salah satu blog yang mengatakan tureen macam ni berasal dari jepun..tak pastilah...
Apepun tureen ni merupakan warisan keluarga saya di sebelah ibu, iaitu milik moyang saya yang terdahulu (great-great grandmother)dan diwariskan kepada moyang saya seterusnya ke nenek saya dan akhir skali langkau kepada saya...hehee. Kiranya dah 5 generasi tureen ni dan usianya melebihi 100 tahun..
Menurut cerita nenek saya yang kini berusia 80 tahun, tureen ni dah ada sebelum nenek lahir lagi..bayangkan dah berapa tahun usia tureen ni dan menurut nenek tureen ni di bawa dari tanah kelahiran moyang saya iaitu Tanah Adat Rawa, Sumatera Barat, Indonesia semasa moyang saya berhijrah ke Tanah Melayu. Moyang saya adalah Ibu Soko di dalam keluarga Di Raja Pagar Ruyong...Menurut nenek, moyang saya berselisih faham tentang pembahagian harta pusaka disana dan merajuk membawa diri ke Tanah Melayu..dan ape yang dapat die bawa adalah beberapa set pinggan mangkuk dan pakaian saja...hehee...tragis betul..pinggan mangkuk tu pun tinggal beberapa je, yang lain dah musnah ditelan zaman..nanti saya akan cerita sejarahnya dalam n3 yang lain pulak...saya ni memang dari dulu suke dengar cerita sejarah keluarga dan cerita dulu2 dari nenek dan arwah atok. Ok lah melalut pulak..hahaha..Bagaimanapun, saya akan simpan tureen ni sehingga ke generasi saya yang seterusnya sebagai lambang pusaka keluarga. Ok jom layan gambar.....



Thursday, December 31, 2009

Belang Si Tureen



Hai semua...harini mengenai tureen yang sudah semestinya tak menarik perhatian ramai oleh kerana coraknye yang simple saja. Tapi yang membuatkan saya suka pada tureen ni adalah bentuknye yang unik iaitu pemegangnya..cube perhatikan betul2..pemegangnya berbeza daripada tureen2 yang lain. Corak pada badannye pula simple saja iaitu berbelang merah dan ada unsur2 corak geometri pada dalam lingkaran belang tu. Tureen ni saya ada lebih dan berniat untuk menjualnya bagi menampung perbelanjaan hobi saya ni..hehee..sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya di talian 017-5606196. Cepat sebelum terlambat.

Tuesday, December 29, 2009

Single Roses Tureen

Salam sejahtera semua...
Harini saya nak buat n3 mengenai salah satu koleksi tureen saya...saje bagi nama single roses sebab bunga ni saya tak penah nampak lagi kat mana2 blog. So bantai lah single roses memandangkan rosnya ada sekuntum jek. Seperti biasa tureen ni merupakan harta karun my late grandma..hehee..dah lama saya amik kat dalam rumah pusaka tu. Tureen ni kecik je dan seperti yang semua tahu orang perak menggunakan tureen ni sebagai bekas nasi tambah.. Saiz tureen ni lebih kurang 7 inci je. Masa saya jumpa kat dalam rumah nenek tu, di dalam bekas ni penuh dengan surat2 ape ntah dan resit2..ayah saya cakap, atok saya buat tempat letak kertas resit, bil air,api dan sebagainye..Ok lah sebelum saya merapu, jom tengok gambar tureeen ni.