Thursday, January 21, 2010

Tureen Retak 1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Harini saya nak berkongsi salah satu koleksi tureen saya iaitu tureen yang coraknya lebih kurang macam batik. Saya panggil tureen retak 1000 sebab keadaan tureen ni yang dah retak 1000, padanlah dengan usianya...
Saya tak pasti keluaran negara mana tureen ni, di bawah bontotnye hanya ada tulisan cina atau jepun, saya kurang pasti tapi saya ada terbaca dalam salah satu blog yang mengatakan tureen macam ni berasal dari jepun..tak pastilah...
Apepun tureen ni merupakan warisan keluarga saya di sebelah ibu, iaitu milik moyang saya yang terdahulu (great-great grandmother)dan diwariskan kepada moyang saya seterusnya ke nenek saya dan akhir skali langkau kepada saya...hehee. Kiranya dah 5 generasi tureen ni dan usianya melebihi 100 tahun..
Menurut cerita nenek saya yang kini berusia 80 tahun, tureen ni dah ada sebelum nenek lahir lagi..bayangkan dah berapa tahun usia tureen ni dan menurut nenek tureen ni di bawa dari tanah kelahiran moyang saya iaitu Tanah Adat Rawa, Sumatera Barat, Indonesia semasa moyang saya berhijrah ke Tanah Melayu. Moyang saya adalah Ibu Soko di dalam keluarga Di Raja Pagar Ruyong...Menurut nenek, moyang saya berselisih faham tentang pembahagian harta pusaka disana dan merajuk membawa diri ke Tanah Melayu..dan ape yang dapat die bawa adalah beberapa set pinggan mangkuk dan pakaian saja...hehee...tragis betul..pinggan mangkuk tu pun tinggal beberapa je, yang lain dah musnah ditelan zaman..nanti saya akan cerita sejarahnya dalam n3 yang lain pulak...saya ni memang dari dulu suke dengar cerita sejarah keluarga dan cerita dulu2 dari nenek dan arwah atok. Ok lah melalut pulak..hahaha..Bagaimanapun, saya akan simpan tureen ni sehingga ke generasi saya yang seterusnya sebagai lambang pusaka keluarga. Ok jom layan gambar.....



2 comments:

  1. salam zany..
    part sejarah dia tu yang akak suka tu..jauh dia datang & 5 generasi diperturunkan..lamaaaaaaaa dalam simpanan family ezany..then nanti wariskan pada anak2 zany pulak iyer.. ;)

    ReplyDelete