Showing posts with label ezany story. Show all posts
Showing posts with label ezany story. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Hancur Luluh Hatiku.......

Sedih, pilu, hiba, hancur luluh, remuk hati saya bila peristiwa yang tak mungkin terjangkau di akal fikiran saya berlaku di dalam diri saya ini. Pada hari ahad yang lepas, 22 mac merupakan sejarah hitam dalam kehidupan hobi saya di mana almari yang menyimpan segala koleksi-koleksi antik kesayangan saya iaitu koleksi pinggan mangkuk kolonial atau meakin England musnah dengan hanya sekelip mata.
Ianya berlaku ketika tiada seorang pun ahli keluarga di rumah. Ibu, abah dan adik saya keluar berjalan-jalan manakala saya seperti biasa dengan aktiviti hujung minggu saya, menghunting di Memory Lane (loken). Apabila sampainya saya dirumah, buka sahaja pintu pandangan pertama saya adalah almari tersebut kerana almari itu letaknya betul-betul dihadapan pintu masuk utama rumah saya. Jantung saya berdegup kencang apabila saya lihat barang-barang di rak yang kedua dan ketiga kosong dan pintu almari terbuka. Sangkaan saya ada pencuri telah masuk rumah dan mencuri semua barang-barang yang ada di dalam almari.
Seterusnya saya pergi betul-betul di hadapan almari dan sebaik saja saya melihat di atas lantai, alangkah terkejutnya saya, luluhnya hati saya apabila saya melihat set kesayangan saya iaitu set Royal Sunshine hancur musnah di atas lantai bersama-sama set celeste, rosa dan beberapa koleksi yang lain. Tetapi, yang betul-betul tidak dapat diselamatkan ialah set sunshine yang mana hanya sekeping pinggan bujur sahaja yang selamat. Yang lain hancur musnah menjadi kaca. Sepertimana hancurnya set sunhine itu, begitulah hancurnya hati saya kerana set itu merupakan set kesayangan saya kerana saya tidak terjangka akak miliki set itu di dalam keadaan yang serba lengkap iaitu sebiji teko, 6 pasang cawan, creamer jug, tureen dan pinggan mangkuk. Buat n3 mengenai set itu pun belum ada kesempatan saya, membuatkan saya betul-betul terkilan.
Semuanya akibat almari yang tidak begitu tahan untuk menampung set tersebut. Hanya clip yang kecil untuk menampung shelf di dalam almari.


Begini lah keadaannya apabila kesemua set bermula dari rak kedua dan rak ketiga jatuh ke lantai. Kesemuanya tidak dapat diselamatkan. Hanya sebiji pinggan bujur yang betul-betul terselamat. Yang lainnya hancur musnah.



Set celeste dan rosa yang jatuh berhempap. Set celeste jatuh menindih set rosa. Beberapa item set celeste dan rosa hancur pecah terbelah. Namun tureen terselamat cuma tureen rosa cinderella sahaja tutupnya terbelah dua.


Antara barang-barang yang terselamat, nasib baiklah tureen ros berkaki itu terselamat, namun beberapa biji teko mini yang disimpan di dalam almari tersebut musnah.

Beginilah keadaan almari tersebut. Rak kedua jatuh rebah menindih rak ketiga dan seterusnya ke bahagian paling bawah. Inilah sejarah buruk pernah berlaku dalam kehidupan hobi saya.

Rak kedua yang menempatkan set sunshine jatuh terkeluar dari dalam almari manakala rak ketiga menghempap bahagian paling bawah sekali, seterusnya memusnahkan beberapa barang di bawahnya.

Antara barang-barang di rak pertama. Kesemuanya terselamat.
Rak pertama yang menempatkat set germany, beberapa gelas lama dan bekas kuih yang kesemuanya warisan keluarga yang terselamat.
Set germany warisan nenek yang terselamat.
Inilah clip yang patah yang menanggung beban pada rak. Hanya clip yang kecil diperbuat daripada besi gentian saja yang menampung beban. Almari fesyen terkini yang sungguh tidak berkualiti.

Inilah dia sebahagian sedulang barang-barang kesayangan saya yang bertukar menjadi kaca yang remuk. Macam mana hancurnya barang tersebut, begitulah hancurnya hati dan perasaan saya melihatnya.

Kesemua barang-barang yang terselamat diletakkan di atas meja. Namun tidak semua terselamat dengan baik, ada antaranya retak dan sumbing.


Jug antik yang baru dibeli di Taiping bersama kak nannie juga hancur musnah.

Cawan dan piring rosa juga musnah.
Rak almari daripada kaca hancur menjadi kaca-kaca kecil.

Begitulah dugaan yang terpaksa saya tempuhi apabila koleksi kesayangan saya hancur musnah. Nak menangis pun tidak berair mata. Seperti kata-kata ibu saya, alangkan manusia mati, inikan pula harta dunia yang tidak kekal. Betul kata ibu itu, mungkin itu semua pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan mungkin ada hikmah yang lebih baik disebalik yang berlaku. Kejadian yang berlaku ini juga menjadi iktibar kepada rakan-rakan semua supaya lebih berhati-hati meletakkan barang-barang didalam almari hiasan. Jangan terlalu sarat meletakkan barang-barang di dalam almari sehingga almari tersebut tidak dapat menampung beban. Periksalah almari anda sama ada ianya selamat atau tidak untuk menampung koleksi anda. Pesanan dari saya, almari antik yang di buat puluhan tahun dahulu 10 kali lebih baik berbanding dengan almari keluaran baru yang ada di pasaran kini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak shas dan rakan-rakan di Memory Lane yang memberi kata-kata semangat buat saya. Saya akan buang barang-barang yang musnah tersebut jauh-jauh dan menganggapnya tidak pernah wujud dalam hidup saya.
Akhir kata, semoga kejadian buruk yang menimpa saya ini menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati terhadap almari perhiasan anda.

Friday, March 12, 2010

12 Mac 1987 - Faza Irzzanny Lahir Ke Dunia

Tanggal 12 mac 1987, tepat jam 12.04 tengahari, bertempat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, lahirlah seorang lagi hamba Allah ke dunia. Cahaya mata keempat kepada pasangan Ibrazi Ismail dan Rosnah Lee, bayi itu di beri nama Faza Irzzanny.

Syukur Alhamdulillah hari ini genaplah 23 tahun saya di beri peluang oleh Allah S.W.T untuk menumpang bernafas di bumi-Nya. Diam tak diam sudah 23 tahun usia saya dan dalam pada masa 23 tahun itu bermacam-macam, ranjau kehidupan suka dan duka yang telah saya tempuhi. Setinggi-tinggi penghargaan saya yang tidak terhingga buat ibu saya Rosnah Lee dan abah saya, Ibrazi Ismail yang telah membesarkan saya sedari saya bergelar seorang bayi sehinggalah dewasa kini. Tanpa ibu dan abah siapalah saya sehingga saya dapat membesar dengan sempurna, makan pakai, pendidikan dan segalanya telah diberi oleh ibu dan abah kepada saya dengan cukup sempurna sekali. Begitu juga dengan adik beradik saya Along, Abang Wan, Kak Mel, Mira, Dila dan Iqbal yang merupakan sebahagian daripada diri saya. Tak lupa juga buat Nenek dan Arwah Atok, orang yang banyak berjasa dalam kehidupan seharian saya. Kepada arwah atok, saya sentiasa doakan semoga roh atok dicucuri rahmat dan atok tenang di sana.

Sempena dengan ulangtahun kelahiran saya yang ke 23 ini, saya mengharapkan sesuatu yang baru dalam kehidupan saya, semoga saya dapat menjadi umat yang lebih baik, sentiasa dekat pada-Nya, dilimpahi berkat rezeki dan segala apa yang saya impikan mudah-mudahan tercapai hendaknya.

Saya kongsikan kepada pembaca-pembaca semua gambar-gambar sebahagian daripada rentetan kehidupan saya sepanjang 23 tahun di dunia ini.

1987

Gambar saya bersama ibu ketika berusia 4 bulan, di rumah arwak tok dan arwah niniek (sebelah bapa).

Gambar saya bersama abah ketika berusia 9 bulan di rumah Johor Bahru ketika abah berkhidmat di sana.

1988

Ketika saya berusia setahun...

Sewaktu Upacara Berjejak Tanah, ketika ini saya berusia setahun sebulan. Saya diriba oleh ibu.
Selesai Upacara Berjejak Tanah, tibalah masa bersantap pulut kuning dan ayam masak lemak. Dalam gambar dibawah saya sedang makan beras rendang, iaitu beras yang digoreng dengan gula merah dan diletakkan di dalam daun pisang berbertuk kon iaitu makanan wajib selepas upacara berjejak tanah.
Saya sedang di suap oleh ibu, turut berada dalam gambar ibu saudara saya Fadilah.

Ketika di usia saya hampir 1 tahun 3 bulanSaya berusia 1 tahun 4 bulan. Gambar di ambil pada julai 1988 di halaman rumah arwah tok dan arwah niniek. Kerusi yang saya duduk itu merupakan kerusi rotan antik tahun 1950-an.


1990

Ketika usia saya 3 tahun setengah

1991

Gambar di ambil ketika saya berusia 4 tahun pada Hari Raya Aidilfitri tahun 1991 bersama sepupu-sepupu saya serta arwah atok dan nenek ketika beraya dirumah nenek dan arwah atok.
Bersama Kak Mel, dan 2 orang sepupu.
Bersama sepupu sepapat ketika bercuti di rumah kampung.
1993

Ketika saya berusia 6 tahun bersama sepupu, ayen dan 2 orang adik perempuan saya dila dan mira.
1994

Gambar Hari Raya Aidilfitri tahun 1994 bersama keluarga di sebelah ibu.

1999

Saya ketika berusia 12 tahun, dalam darjah 6.

Hari Raya 1999 bersama keluarga sebelah ibu


2000

Sewaktu tingkatan 1 Sekolah Menengah Idris Shah Gopeng (duduk no 4 dari kiri)

2003


Gambar ketika saya di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik teluk Intan. Bersama kakak-kakak dan adik-adik perempuan saya. waktu ini, ibu, abah serta adik beradik saya menghantar saya pulang ke asrama setelah bercuti di rumah. Sedihnya perasaan ketika itu apabila duduk di asrama.

2004

Bersama-sama rakan kelas dan guru sejarah ketika di tingkatan 5. Beberapa bulan sebelum saya menduduki SPM.

2005

Bersama rakan-rakan seperjuangan ketika menuntut di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

2008


Sewaktu Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menamatkan pelajaran, semoga dikurniakan rezeki untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

2010


Dan kini, genaplah 23 tahun usia saya.





Sekian saja coretan mengenai diri saya sempena hari lahir saya yang ke 23 tahun. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah

Monday, March 1, 2010

ATTENTION !!!

Attention to all my lovely customers..

sSaya mintak maaf banyak2 tak dapat nak poskan barang2 anda dalam jangka masa yang terdekat kerana keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan tidak sihat...Insyaallah dalam minggu ini juga saya cuba untuk poskan semua barang2 anda...barang2 anda sudah di 'packing'. cuma belum di pos sahaja..terima kasih

Monday, February 22, 2010

MAKE OVER ZANY - PART I

Assalamualikum dan salam sejahtera....
Hari ni baru la dapat buat n3 setelah sekian lama menyepi...bukan ape....cuti tahun baru cina ni, maklum la company cina, so, cutinya pun tak beragak la kan..hehee.. Saya pulak cuma di ofis je la dapat online pun...
Ok ni kalini saya nak berkongsi cerita dengan ape yang dah saya buat sepanjang cuti raya cina ni...hehee...iaitu memperbaharui semula almari antik ni...kalau tak silap lebih kurang sama dengan almari macam auntie azzah8 punya....

Almari ni comel je....tak besar mana pun..tu yang membuatkan saya tertarik...saya beli di Ipoh Memory Lane dengan keadaan asal yang kusam dan berhabuk...
So, sampai2 je di rumah saya gosok dengan sand paper, basuh dan akhir skali saya varnis...
Hasilnya memang mengagumkan..pandangan saya la...pandangan orang lain saya tak tau la..hehee....


Beginilah rupa almari ni sebelum di varnis semula...masa ni saya dah habis gosok dengan sand paper...jangan pandang kat cermin sliding door tu...ada makhluk tengah posing..abaikan..hehehe

Yang ni pulak hasilnya setelah saya siap varnis....kering-kering je, tak sampi 2 jam saya terus bawak masuk dalam rumah..excited sangat la katakan...

Pandangan hadapan almari ni...hehehe..cantik tak?? rase macam baru keluar dari kedai perabot tahun 60an pulak..hahahaa

Dan yang ini, hasil susun atur tangan saya, ibu dan abah....dorang pun excited nak susun sama2 dalam almari ni....saya cuma cadangkan saja letak set kangkung dalam almari ni dan selebihnya ibu dan abah saya yang susunkan...yang kat atas tu set yang paling saya sayang skali, iaitu buluh emas...so saya lah yang tukang susunnye...hehehee



Ok lah sampai sini saja cerita almari saya....tunggu je....ada lagi 2-3 perabot yang saya make over balik....maklumla tak da kerja..hehehe...tunggu ye...ok slamat mencuci mata...

JOM KITA JOIN RAMAI-RAMAI.......

Salam..sy pun nak join giveaway kak nannie...heheee


Hari ni saya buat entry "GIVEAWAY" yang saya janjikan dulu , dah genap setahun saya berblog dan saya nak la bagi hadiah special sebagai tanda terima kasih saya kepada semua follower , pengunjung dan kawan-kawan yang selalu datang ke blog saya ni .
Ok hadiahnya macam la dalam gambar ni , saya buat 4 kumpulan hadiah . Harap semua follower dan pengunjung suka dengan hadiah-hadiah ni .

GIVEAWAY NO.1
Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8")


GIVEAWAY NO.2
3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute .


GIVEAWAY NO.3
Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin tapi made in China , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..


GIVEAWAY NO.4

Sejambak bunga ros yang sweet serta 2 biji tin berbentuk telur saiz 4 1/2 inci yang saya letak dalam bakul kecil berlapikkan kain gingham cute...


Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 24 Febuari .

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja .

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .

- Kalau ok link kan blog saya ni di blog list anda.

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni .

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda .

- Hanya 4 orang pemenang sahaja.

- Saya akan buat cabutan untuk menentukan pemenangnya nanti.

Ok itu saja syarat mudah dari saya , selamat mencuba dan terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya ini . Kita tunggu dan tengok siapa la yang dapat hadiah-hadiah yang saya sediakan ini..


bye-bye and lap u oals muah muah ...

Monday, February 15, 2010

ATTENTION TO KAK ROY

KEPADA KAK ROY DARI BANTING YANG ADA BOOKED BARANG PADA SAYA TEMPOH HARI...SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 017-5606196.. MAAF, SAYA KEHILANGAN NO FON AKAK...DI HARAP KALAU AKAK ADA TERBACA, HUBUNGI SAYA YE...TERIMA KASIH BANYAK2...

Saturday, January 16, 2010

Warisan Orang Lama....


Assalamualaikum dan salam sejahtera...pagi ni saya ingin bercerita mengenai perjalanan saya pada hari sabtu yang lepas (9.1.10). Hajat di hati nak pergi menhunting di kedai2 lama di kawasan pedalaman daerah kuala kangsar..adik perempuan saya 2 orang jadi peneman saya..
Tapi tak mendatangkan hasil apabila setiap kedai yang kami singgah apek2 dan nyonya2 cakap "sudah talak la itu balang...haiya..buat apa cali balang lama..balu lagi bagus ma..." Aku pun layan je lah..hahaha...
Bermula dari pekan Kanthan, Sg,siput, Karai, Kati dan akhir skali di bandar Diraja kuala kangsar..tapi memang tak mendatangkan hasil..hehee..ape boleh buat...mungkin tak da rezki..lain kali nak tukar plan pulak...dengan tujuan memburu di rumah2 lama pulak..mungkin ada hasil kot..hehee...
Ok yang nak saya cerita kat sini adalah mengenai sebuah bangunan lama iaitu rumah besar...saya memang sejak dulu suka pada bangunan dan rumah2 lama dan berhajat jika dilimpahi rezeki suatu hari nanti saya nak bina rumah dengan bercirikan senibina rumah lama..insyaAllah..hehee..dalam perjalanan kami tu, saya ternampaklah sebuah bangunan yang saya percayai ia adalah sebuah rumah lama milik bangsawan dahulu berdasarkan ciri2 yang ada pada rumah tu... Rumah itu terletak di pekan Karai iaitu sebuah pekan kecil di daerah kuala kangsar. Rumah ni memang unik dan cantik dan saya percaya ia milik seorang bangsawan suatu ketika dulu kerana daerah kuala kangsar ni juga merupakan tempat di mana orang-orang besar atau bangsawan Perak bermaustatin.
Yang membuatkan saya terpegun adalah sebuah kepala keretapi lama yang tak tau macam mana boleh ada kat sebelah bangunan tu..sebab disekelilingnya saya perhatikan tiada landasan keretapi..mungkin ada pihak2 tertentu membawanya kesitu..
namun, sayang seribu kali sayang, rumah besar itu memang tak dijaga dan dipulihara oleh pemilik asalnya...kalau bangunan sebegini tak dipulihara mungkin suatu hari nanti ianya lesap di telan zaman. Ok jom kite tengok gambar2 yang saya ambil.

Pemandangan tepi rumah...bahagian dapur dindingnya daripada papan dan kayu saya percaya dahulunya bahagian dinding depan rumah daripada kayu dan papan juga..mungkin telah diubahsuai..disebelah kiri tu adalah kepala gerabak keretapi dahulu..100% besi padu..tak tahu la macam mana boleh ada kat situ.



Kepala keretapi tersebut...perhatikan cop dan tanda pada kepala keretapi tu..memang dah beratus tahun kot...buatan England...tapi sayang terbiar je..kenapalah pihak muzium ke, badan2 tertentu ke tak bawak kepala keretapi ni kat muzium untuk tatapan orang dan dipulihara..

Pemandangan tepi rumah...berdasarkan ciri2 yang ada pada rumah ni, saya percaya milik orang kaya / orang besar / bangsawan perak suatu ketika dulu..



Corak dan motif yang ada pada bangunan...memang lawa ukirang pada batu tu..halus...sayang tak dijaga..untuk pengetahuan umum, bangunan ni sekarang dijadikan bengkel mengimpal besi...
Kalau pemilik asal baikpulih untuk dijadikan kediaman pun dah kira bagus kan.



Dan yang ini pula merupakan rumah tradisional perak sebelum kedatang rumah potong limas...orang perak panggil rumah macam ni rumah kutai...susah nak jumpa rumah macam ni sekarang kerana rumah macam ni usianya melebihi 150 tahun..hanya di kawasan tertentu di negeri perak saja kita boleh lihat lagi rumah ni.. Yang ni saya ambil gambar di Kota Lama Kanan, juga di Kuala Kangsar..dah ditinggalkan pun rumah ni... teringin jugak saya mengkaji..masa projek akhir diploma lepas, saya ada juga buat proposal untuk kajian rumah tradisional ni..tapi tak lepas tajuk...sebab takda sebab yang kukuh..hehehee....Oklah sampai sini je, jumpa kita di lain n3..