Saturday, January 16, 2010
Warisan Orang Lama....
Assalamualaikum dan salam sejahtera...pagi ni saya ingin bercerita mengenai perjalanan saya pada hari sabtu yang lepas (9.1.10). Hajat di hati nak pergi menhunting di kedai2 lama di kawasan pedalaman daerah kuala kangsar..adik perempuan saya 2 orang jadi peneman saya..
Tapi tak mendatangkan hasil apabila setiap kedai yang kami singgah apek2 dan nyonya2 cakap "sudah talak la itu balang...haiya..buat apa cali balang lama..balu lagi bagus ma..." Aku pun layan je lah..hahaha...
Bermula dari pekan Kanthan, Sg,siput, Karai, Kati dan akhir skali di bandar Diraja kuala kangsar..tapi memang tak mendatangkan hasil..hehee..ape boleh buat...mungkin tak da rezki..lain kali nak tukar plan pulak...dengan tujuan memburu di rumah2 lama pulak..mungkin ada hasil kot..hehee...
Ok yang nak saya cerita kat sini adalah mengenai sebuah bangunan lama iaitu rumah besar...saya memang sejak dulu suka pada bangunan dan rumah2 lama dan berhajat jika dilimpahi rezeki suatu hari nanti saya nak bina rumah dengan bercirikan senibina rumah lama..insyaAllah..hehee..dalam perjalanan kami tu, saya ternampaklah sebuah bangunan yang saya percayai ia adalah sebuah rumah lama milik bangsawan dahulu berdasarkan ciri2 yang ada pada rumah tu... Rumah itu terletak di pekan Karai iaitu sebuah pekan kecil di daerah kuala kangsar. Rumah ni memang unik dan cantik dan saya percaya ia milik seorang bangsawan suatu ketika dulu kerana daerah kuala kangsar ni juga merupakan tempat di mana orang-orang besar atau bangsawan Perak bermaustatin.
Yang membuatkan saya terpegun adalah sebuah kepala keretapi lama yang tak tau macam mana boleh ada kat sebelah bangunan tu..sebab disekelilingnya saya perhatikan tiada landasan keretapi..mungkin ada pihak2 tertentu membawanya kesitu..
namun, sayang seribu kali sayang, rumah besar itu memang tak dijaga dan dipulihara oleh pemilik asalnya...kalau bangunan sebegini tak dipulihara mungkin suatu hari nanti ianya lesap di telan zaman. Ok jom kite tengok gambar2 yang saya ambil.
Pemandangan tepi rumah...bahagian dapur dindingnya daripada papan dan kayu saya percaya dahulunya bahagian dinding depan rumah daripada kayu dan papan juga..mungkin telah diubahsuai..disebelah kiri tu adalah kepala gerabak keretapi dahulu..100% besi padu..tak tahu la macam mana boleh ada kat situ.
Kepala keretapi tersebut...perhatikan cop dan tanda pada kepala keretapi tu..memang dah beratus tahun kot...buatan England...tapi sayang terbiar je..kenapalah pihak muzium ke, badan2 tertentu ke tak bawak kepala keretapi ni kat muzium untuk tatapan orang dan dipulihara..
Pemandangan tepi rumah...berdasarkan ciri2 yang ada pada rumah ni, saya percaya milik orang kaya / orang besar / bangsawan perak suatu ketika dulu..
Corak dan motif yang ada pada bangunan...memang lawa ukirang pada batu tu..halus...sayang tak dijaga..untuk pengetahuan umum, bangunan ni sekarang dijadikan bengkel mengimpal besi...
Kalau pemilik asal baikpulih untuk dijadikan kediaman pun dah kira bagus kan.
Dan yang ini pula merupakan rumah tradisional perak sebelum kedatang rumah potong limas...orang perak panggil rumah macam ni rumah kutai...susah nak jumpa rumah macam ni sekarang kerana rumah macam ni usianya melebihi 150 tahun..hanya di kawasan tertentu di negeri perak saja kita boleh lihat lagi rumah ni.. Yang ni saya ambil gambar di Kota Lama Kanan, juga di Kuala Kangsar..dah ditinggalkan pun rumah ni... teringin jugak saya mengkaji..masa projek akhir diploma lepas, saya ada juga buat proposal untuk kajian rumah tradisional ni..tapi tak lepas tajuk...sebab takda sebab yang kukuh..hehehee....Oklah sampai sini je, jumpa kita di lain n3..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ezan.....yang ezan sna pic tu kalau x salah saya...bukan kepala keretapi...ada 2 3 kemungkinan....is either steam car/tractor atau pun steam wagon....ini biasa nya di gunakan sebagai pengankutan org2 kaya satu masa dulu sebelum kereta2 berkuasa diesel di bawa masuk...tp itu yang pelik bab mezuem/arkib negara malaysia...benda2 mcm nie x di ambil endah....muzeum steam enjin nie terdapat di suffolk, england....jika ada sesiapa yang ada maklumat lebih tepat sila la berkongsi supaya kita dapat manfaatnya..
ReplyDeletewahhhh ezany..nice shot for this n3..
ReplyDeleteakak pun taktau sangat..maybe betul cakap mukhriz..steam car/tractor..tapi kepala keretapi stim pun maybe jugak..sebab karai tu kan terkenal dengan tinggalan sejarah jambatan victoria untuk mengangkut bijih timah..karai KK pulak dekat ngan daerah manjung..dinding atau sekarang dikenali sebagai manjung adalah salah satu negeri selat..
kalau tengok kat tulisan pic tu..tinggalan negeri2 selat antara tahun 1826–1946..kalau jambatan keretapi victoria karai tu pulak dibina tahun 1900..maybe tersadai di rumah pembesar masa negeri2 selat dulu..
apapun cantik binaan lama2 dulu kan..sayang buat workshop jer..
zany, yatt apa kata kalau kita p cari owner kita p jaga building tu n kita buat gallery club pinggan mangkuk semelaysia...sambil tu leh buat budget hotel.....luv to do tht....:)
ReplyDeleteto mukhreezz
ReplyDeleteem..thnks ye bang sbb bg respon yg baik...sy pun x sure yg tu kepala keretapi sbb sy tgk mcm kepala kereatapi je..tp ada betulnye kata abg tu yg tu merupakan pengankutan org2 kaya dulu2 kan..tapi tu lah sygnya x diendahkan...din=biarkan saja mcm tu..sy perhatikan bahagian bwah die dah reput teruk..klu dibiarkan lama mgkin habis lah..
Cadangan buat muzium pinggan mgkuk antik tu mmg bgs..sy pun pernah terfikir nak buat mcm tu sbb blm ada muzium pinggan mgkuk kat negara kita ni..agak2 abg mukh blh tercapai ke impian kite ni??hehee
to kak yattt...
ReplyDeletewahhh bgs..ind=formation yg bernas dr akak....sy pun xtau pasal sejarah karai ni tp sy mmg ada nmpk jmbatan besi victoria tu..lupe lak nak snap gmbar...nti sy nak pg lg lah..nak lawat jmbatan victoria tu lak..btl kata akak tu, klu sy la pewaris rumah tu..mmg sy renovate bg bentuk asal blk then blh duduk kan..
best ngan ezan kalau kita pakat buat muzeum.....mcm2 bentuk cawan ngan teko kita leh tengok kan....tp tu la....boleh membayangkan...nak laksanakan tu....perit la skit kan...:)...x pa kalau x dapat buat muzeum...boleh buat pameran bergerak pun jd la.....
ReplyDeletesalam...sgt2 berminat dengan rumah melayu perak tu...bole bg x infom sal rumah tu? mungkin bole wt proposal utk konservasi kt jabatan warisan negara!
ReplyDelete