Tuesday, March 23, 2010

Hancur Luluh Hatiku.......

Sedih, pilu, hiba, hancur luluh, remuk hati saya bila peristiwa yang tak mungkin terjangkau di akal fikiran saya berlaku di dalam diri saya ini. Pada hari ahad yang lepas, 22 mac merupakan sejarah hitam dalam kehidupan hobi saya di mana almari yang menyimpan segala koleksi-koleksi antik kesayangan saya iaitu koleksi pinggan mangkuk kolonial atau meakin England musnah dengan hanya sekelip mata.
Ianya berlaku ketika tiada seorang pun ahli keluarga di rumah. Ibu, abah dan adik saya keluar berjalan-jalan manakala saya seperti biasa dengan aktiviti hujung minggu saya, menghunting di Memory Lane (loken). Apabila sampainya saya dirumah, buka sahaja pintu pandangan pertama saya adalah almari tersebut kerana almari itu letaknya betul-betul dihadapan pintu masuk utama rumah saya. Jantung saya berdegup kencang apabila saya lihat barang-barang di rak yang kedua dan ketiga kosong dan pintu almari terbuka. Sangkaan saya ada pencuri telah masuk rumah dan mencuri semua barang-barang yang ada di dalam almari.
Seterusnya saya pergi betul-betul di hadapan almari dan sebaik saja saya melihat di atas lantai, alangkah terkejutnya saya, luluhnya hati saya apabila saya melihat set kesayangan saya iaitu set Royal Sunshine hancur musnah di atas lantai bersama-sama set celeste, rosa dan beberapa koleksi yang lain. Tetapi, yang betul-betul tidak dapat diselamatkan ialah set sunshine yang mana hanya sekeping pinggan bujur sahaja yang selamat. Yang lain hancur musnah menjadi kaca. Sepertimana hancurnya set sunhine itu, begitulah hancurnya hati saya kerana set itu merupakan set kesayangan saya kerana saya tidak terjangka akak miliki set itu di dalam keadaan yang serba lengkap iaitu sebiji teko, 6 pasang cawan, creamer jug, tureen dan pinggan mangkuk. Buat n3 mengenai set itu pun belum ada kesempatan saya, membuatkan saya betul-betul terkilan.
Semuanya akibat almari yang tidak begitu tahan untuk menampung set tersebut. Hanya clip yang kecil untuk menampung shelf di dalam almari.


Begini lah keadaannya apabila kesemua set bermula dari rak kedua dan rak ketiga jatuh ke lantai. Kesemuanya tidak dapat diselamatkan. Hanya sebiji pinggan bujur yang betul-betul terselamat. Yang lainnya hancur musnah.



Set celeste dan rosa yang jatuh berhempap. Set celeste jatuh menindih set rosa. Beberapa item set celeste dan rosa hancur pecah terbelah. Namun tureen terselamat cuma tureen rosa cinderella sahaja tutupnya terbelah dua.


Antara barang-barang yang terselamat, nasib baiklah tureen ros berkaki itu terselamat, namun beberapa biji teko mini yang disimpan di dalam almari tersebut musnah.

Beginilah keadaan almari tersebut. Rak kedua jatuh rebah menindih rak ketiga dan seterusnya ke bahagian paling bawah. Inilah sejarah buruk pernah berlaku dalam kehidupan hobi saya.

Rak kedua yang menempatkan set sunshine jatuh terkeluar dari dalam almari manakala rak ketiga menghempap bahagian paling bawah sekali, seterusnya memusnahkan beberapa barang di bawahnya.

Antara barang-barang di rak pertama. Kesemuanya terselamat.
Rak pertama yang menempatkat set germany, beberapa gelas lama dan bekas kuih yang kesemuanya warisan keluarga yang terselamat.
Set germany warisan nenek yang terselamat.
Inilah clip yang patah yang menanggung beban pada rak. Hanya clip yang kecil diperbuat daripada besi gentian saja yang menampung beban. Almari fesyen terkini yang sungguh tidak berkualiti.

Inilah dia sebahagian sedulang barang-barang kesayangan saya yang bertukar menjadi kaca yang remuk. Macam mana hancurnya barang tersebut, begitulah hancurnya hati dan perasaan saya melihatnya.

Kesemua barang-barang yang terselamat diletakkan di atas meja. Namun tidak semua terselamat dengan baik, ada antaranya retak dan sumbing.


Jug antik yang baru dibeli di Taiping bersama kak nannie juga hancur musnah.

Cawan dan piring rosa juga musnah.
Rak almari daripada kaca hancur menjadi kaca-kaca kecil.

Begitulah dugaan yang terpaksa saya tempuhi apabila koleksi kesayangan saya hancur musnah. Nak menangis pun tidak berair mata. Seperti kata-kata ibu saya, alangkan manusia mati, inikan pula harta dunia yang tidak kekal. Betul kata ibu itu, mungkin itu semua pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan mungkin ada hikmah yang lebih baik disebalik yang berlaku. Kejadian yang berlaku ini juga menjadi iktibar kepada rakan-rakan semua supaya lebih berhati-hati meletakkan barang-barang didalam almari hiasan. Jangan terlalu sarat meletakkan barang-barang di dalam almari sehingga almari tersebut tidak dapat menampung beban. Periksalah almari anda sama ada ianya selamat atau tidak untuk menampung koleksi anda. Pesanan dari saya, almari antik yang di buat puluhan tahun dahulu 10 kali lebih baik berbanding dengan almari keluaran baru yang ada di pasaran kini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak shas dan rakan-rakan di Memory Lane yang memberi kata-kata semangat buat saya. Saya akan buang barang-barang yang musnah tersebut jauh-jauh dan menganggapnya tidak pernah wujud dalam hidup saya.
Akhir kata, semoga kejadian buruk yang menimpa saya ini menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati terhadap almari perhiasan anda.

33 comments:

  1. Slm zany..sgguh tkejut tgok mende2 mcm ni terjadi..tmpang simpati..tp berat mata memndang brat lgi bahu yg pikul..tp tulah mgkin ada hikmat disebaliknya mcm yg mak zany kata..bersabarlah ya..

    ReplyDelete
  2. salam ezany..mula2 saspen gak ingatkan pencuri yg kebas..maklumlah auntie masih belum hilang fobia..alahai auntie turut bersedih melihat hampir semua isi almari tu hancur berderainya..tak apalah ezany, nnt kolek lagi sedikit demi sedikit..sepertimana kejadian yg menimpa auntie hari tu, hendaknya ada hikmah disebaliknya..sabar ya nak..auntie pun nak kena check lemari moden yg seakan2 ezany tu jugak..rasanya memang tak kukuh jugak..seriau juga, selalu dok intai2 dan tertanya2, kukuh ke almari tu??..apapun harap ezany ceria2 selalu, cantumkan semula hati yg hancur berderai tu utk membangun dan memberi semangat baru...

    ReplyDelete
  3. to kak chah
    wslm kak
    ye, betul kata akak tu berat mata yang memandang tapi bahu yang memikul ni lagi lah berat..apepun tu semua dugaan buat sy dan pengajaran buat sy dan semua..trima kasih byk2 atas respon dan kata2 semangat akak.

    ReplyDelete
  4. tu auntie azah sabah
    wslm auntie...hehe...memang pada mulanya mst syak org curi kan..tapi itu lah yg perlu sy hadapi, semuanya berlaku sekelip mata tanpa kita sangka....baguslah auntie cek almari auntie sbb almari yg fesyen skarang ni mmg x kukuh, xda kualiti....yang buat sy sedih sbb brg2 yang pecah tu sukar utk dicari ganti...xpe lah semuanya ujian buat sy..mungkin ada terselit hikmah disebaliknya..trima kasih byk2 ye auntie atas kata2 semangat...sy hargai semua tu.

    ReplyDelete
  5. salam zany,
    ya Allah..!tekejut achik tgk zany...
    bederau darah..!tak pe ye zany,redha ye..mgkin ada hikmah disebalik kejadian..achik pun takut gak ni..baru je kemas2 dan atur susunan,berkata gak dlm hati,takut runtuh..tu yg alihkan,biar tak berat bebanan,taj sangka lak zany nyer yg runtuh..sabar ye zany..nnti kolek semula pelan2 ye..

    ReplyDelete
  6. salam ezany,kwn pada kwn akak pun pernah jadi begini,semua set vantage hancur berkecai.ada sebab allah nk duga kita.bersabar dik ya.teruskan minat mu itu.

    ReplyDelete
  7. salam dik zany..
    sesungguhnya..berat mata akak memandang berat lagi bahu zany yang memikul..banyak2 bersabar & banyak2 berdoa moga semua kehilangan ni boleh dapat gantinya..moga kurang sikit kesedihan yg zany alami..setiap apa yang terjadi..dah tertulis habuannya kelak & ada hikmahnya..akak betul2 berharap moga zany dapat kolek semula skit2..banyak2 bersabar ye dikk..

    apa yang terjadi pada zany menjadi pengajaran pada kolektor2 yang lain termasuk akak..pastikan lemari kita kukuh & dapat menampung berat our precious collections..akak sendiri pun dah jadi seriau tengok lemari akak..hehe..

    lastly akak doakan yang terbaik buat zany..ceria2kan harimu ye dikk.. ;)

    ReplyDelete
  8. salam zany..ya amponnnnnnn...kesiannya..sekelip mata jer trus hilang..nie lbh teruk dariputus cinta nie..sabar yer zany...lemari punya pasal..koleksi kesayangan plak melayang..INSYALLAH..nt dapatlah pengganti tuh..banyak2 berdabar yer..jgn berduka....huntinglah lagi...

    ReplyDelete
  9. salam ezany,
    kesian betul akak tgk ezany & koleksi2 tu sumer...sabor berbanyak ya ezany, mungkin ada hikmah disebalik apa yg terjadi, Tuhan nak menduga kesabaran & keimanan kita. anggaplah itu bukan rezeki kita....Insya'Allah ada rezeki lain yg mendatang tu....semoga apa yg terjadi pd ezany menjadi pengajaran pd sumer collector.

    ReplyDelete
  10. salam zany...Aduhhh, saya faham perasaan zany, hancur luluh kan hati, kalau org yg tak tau, depa kata..."dah ajal"..mmg laaa, tapi susah nak cakap...ishh, saya tgk pun rasa sebak juga...sebab benda2 tu penuh dengan kenangan dan satu lagi...bukan senang nak dapat..Lepas ni saya syorkan zany beli almari berlantai papan....banyak2 bersabar yeaa....

    ReplyDelete
  11. Salam Zany.
    Banyak2 bersabar ya dik. Betul kata ibu Zany tu sedangkan nyawa kita pun bila2 je boleh melayang inikan pula brg2 tu. Akak faham perasaan Zany tu coz akak sebiji cawan pun pecah rasa nak nangis walaupun berharga rm1 je.
    Lepas ni akak pun nak chck almari akak..

    ReplyDelete
  12. salam ezany...sabarlah ye..semuga selepas ni dapat lagi rezeki yang lagi baru dari yang pecah ni..insyallah.

    ReplyDelete
  13. salam zany.. sedih akak tengok gambar dan baca cerita zany... berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. tak apalah zany.. hilang barang2 tu masih lagi boleh dicari ganti..kalau hilang nyawa sampai bila2 pun tak berganti.. sabar ya..akak harap zany tak serik dlm mengumpul pinggan mangkuk antik..kalau akak mengalami mcm zany ntah2 nak buat n3 pun dah tak bermaya...menangis tak berlagu lah akak.. buat masa ni akak tak ada almari cantik2 akak cuma ada lemari macam kat kedai hardware tu susun barang aja.. tu pun akak kena check kot2 boleh runtuh jugak...sabar ya zany...

    ReplyDelete
  14. Salam takziah dari saya buat Ezany...mula2 baca tadi terkejut gak ingat rumah terbakar ker...kalau akak di tempat zany pun akak macam tu gak..tak tido malam ler...kesal tak sudah...tp kena gak ingat yg semua tu dah tertulis..cuma lain kali zany beli almari yg kukuh..bukan kata yg lama lebih bagus cuma cari yg lama tp yg dah dikukuhkan semula sbb x semua almari lama tu kukuh..kecuali dah dikukuhkan semula..harap zany tabah menghadapi dugaan ini yea..kalau dah rezeki zany pasti dapat lagi set cam tu..okey...sabar yea.

    ReplyDelete
  15. Salam Zany, mummyza simpati betul dengan musibah yang menimpa, takpa hanya ingatkan ada hikmah disebaliknya, tenang2kan aje fikiran tu jangan difikirkan sangat harta dunia boleh dicari ganti. Jangan putus harapan fokus semula, sabar ya semuga ada lagi rezeki dalam pencarian benda2 macam ni lagi.

    ReplyDelete
  16. salam ezany..salam dukacita buat kamu.Diharap lebih tenang hadapi dugaan ini. Kalau lah saya ditempat ezany skrg alamat tak boleh lelap mata seminggu.Anyway tetapkan hati..insyallah ada hikmahnya..sabar ya..

    ReplyDelete
  17. to kak yah
    ye kak,betul tu kak, baik lah cek semula almari akak...klu agak2 berat kelurkan....jgn jd mcm sy...apepun sy kene redha..trima kasih byk2 ye kak...

    ReplyDelete
  18. to kak HAR
    oh yeke, sy ingtkan sy sorg je penah jadi mcm tu..apepun semua tu iktibar buat sy....mmg berair mata tgk koleksi kesayangan jd mcm tu..xpe,apepun sy redha,kehidupan kene teruskan, slow2 smpan blk...trima kasih byk2 ye kak...

    ReplyDelete
  19. to kak yatt
    ye, betul tu kak, berat mcm mana mata yang memandang tetapi bahu yang memikul ni lebih terasa beratnya, ibarat memikul gunung ganang...
    tp apekan daya sebagai manusia biasa, sy redha dgn ketentuan yg dah tertulis...harapan sy juga semoga dpt digantikan dgn yg lain, dapatlah kurangkan kesedihan dlm diri sy....betul ckp akak tu, setiap ape yg terjadi ada hikmah..

    jadikan ape yg dah terjadi pada sy ni sbg pengajaran dan iktibar buat semua..
    trima kasih byk2 kak..sy hargai keikhlasan akak tu

    ReplyDelete
  20. to kak chempaqa
    betul tu kak, lebih hebat dr putus cinta..apepun sy kene sabar, saya redha dgn ape yg berlaku...setiap yg berlaku ada hikmah di sebaliknya..
    sy x kan putus asa....insyaallah ada rezeki dapatlah saya kolek semula benda yg sama..
    trima kasih byk2 kak..sy hargai semua tu

    ReplyDelete
  21. to teratak rohas..
    ye kak, memang tuhan nak menduga kesabaran dan keimanan kita...sy redha dgn ape yg berlaku...mgkin ada hikmah disebaliknya....
    trima kasih byk2 ye kak atas nasihat akak dan kata2 semangat dr akak...sy hargai semua tu...thanks a lot sis

    ReplyDelete
  22. to abg mat gebu...
    mmg sedih bang, sbb semua tu ada kenangannya...mmg pun klu org yg jenis x tau mst kata dah ajal tp dorg xtau mcm mana jenuhnye kite nak mendapatkannya....mmg ada jgk mulut yg laser2 ckp kat sy beli je baru...adoi, x ke sakit ati...
    betul tu bang lps ni mmg nak beli lantai kayu punya almari n pemegangnya pun nak pastikan kayu dan kukuh utk menampung brg2
    trima kasih byk2 ye bang

    ReplyDelete
  23. to kak ryana
    ye kak, sy pun pegang pada kata2 mak sy yg buatkan sy lbh byk bersabar....benda dah jadi kak..dah suratan...sy redha...
    eloklah akak cek almari akak...klu agak2 x tahan akak keluarkan sikit brg..apepun thanks ye kak..

    ReplyDelete
  24. to kak ina kl
    ye kak..mmg sy cube sedaya upaya utk byk2 bersabar ape yg dah terjad sy pasrah, sy redha..mungkin ada hikmah...trima kasih byk2 ye kak...

    ReplyDelete
  25. to kak khadijah
    ye kak, berat mata memandang berat lg bahu yg memikul....mmg berair mata tengok semua koleksi tu hancur, rase tersentap je jantung, apepun sy redha...ada hikmah disebaliknya dan menjdi pengajaran buat sy....
    eloklah akak cek almari akak tu..jgn jd mcm sy...trima kasih byk2 ye akak...sy hargai...

    ReplyDelete
  26. to mummy za
    ye mummy betu tu...mgkin ada hikmah...harta dunia hilang blh dicari ganti...tapi nyawa yg hilang x kan blh dicari ganti..apepun sy redha dgn ape yg berlaku...ujian dan dugaan buat sy....apepun sy mesti teruskan hobi dan kehidupan sy ni. trima kasih byk2 mummy

    ReplyDelete
  27. to abg shariff64
    ye bro...mmg sy x dpt nak lelapkan mata, asik tringt je pada benda yg pecah tu..apepun sy redha....betul kata abg mgkin ada hikmah disebaliknya....trima kasih byk2 bang...

    ReplyDelete
  28. zany, takziah acik ucapkan.. semoga tabah menghadapi dugaan ini.. pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnyaa..sesiapa yang diduga oleh itu adalah merupakan insan2 yang terpilih oleh Allah kerana dia tahu kita yang layak untuk diduga.

    ReplyDelete
  29. salam ezany
    perkara seperti ini pernah jadi kat akk dik,bila rak kaca tidak dpt menampung berat..byk jg yg pecah. Lepas tu akk g tempah almari kayu gedabak je tapi kompem tak runtuh hehe sabor ye dik

    ReplyDelete
  30. to acik hanis
    trima kasih byk2 atas simpati acik....betul tu acik Allah nak menduga saya...saya redha dgn semuanya..dah takdir tentukan..mcm yg acik ckpkan mst ada hikmah disebalik yg berlaku..trima kasih byk2 acik..sy hargai semua tu...

    ReplyDelete
  31. to kak aton
    oh yeke kak...akak pun penah alami mcm yg terjadi kat sy ye...mmg almari gitu x tahan utk letak brg2 mcm yg kita colect ni..x pe la akak mgkin dah x da rezeki sy...sy redha je..trima kasih byk2 ye kak...

    ReplyDelete
  32. Ezany...aku kaget betul baca cerita ini...
    ya ampun...sayang banget...
    aduuh... qjuga sayang ama itu barang...

    ReplyDelete
  33. Alamari ni agak lebar...kalau rak dari kaca memang tak boleh letak barang berat...hanya utk yang ringan2 je...
    Tak apa...ada hikmat di sebalik kejadian.
    cadangan...kalau almari lebar cam ni lebih baik kita gunakan rak yang dari kayu juga...

    ReplyDelete