Diam tak diam kita dah masuk ke bulan Jun dan menandakan hampir setengah tahun kita semua di tahun 2010 ini...semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan dari-Nya.
Apa yang ingin saya kongsikan hari ini cumalah set buluh yang buluhnya berwarna hitam kecoklatan iaitu berdasarkan daripada cop mohornya adalah daripada japun. Saya amat gemar dengan set-set yang berbentuk sebegini, mungkin kerana bentuk tekonya yang lebih besar dan gemuk. Set ini saya milikinya dengan hampir lengkap kecuali 2 biji piring cawan tiada. Set ni pun saya beli awal tahun ini daripada salah seorang peniaga di Memory lane dengan keadaannya yang cukup baik, tiada retak mahupun sumbing. Harganya pun boleh tahan, tawar punya tawar dapatlah RM180 untuk kesemua set ni....lebih kurang online lah juga harganya kan...hehehe.... Selain itu yang menarik minat saya pada set ni adalah motif buluhnya, entah mengapa saya memang minat sangat dengan set-set yang bermotifkan buluh. Oklah jom sama-sama kita layan gambar di bawah.....
Kesemua set yang hampir lengkap didalam simpanan saya. 1 teko, 1 sugar pot, 1 creamer jar, 6 biji cawan, 4 biji piring cawan dan 6 biji piring kuih.....cuma piring cawannya saja tidak cukup 2 biji.
Teko set buluh ini....teko sebegini bentuk memang menjadi kegemaran saya sejak sekian lama...mungkin disebabkan bentuknya yang cantik dan saiz yang agak besar.
Creamer jar...
Set cawan mulut lebar....ada 6 biji cawan dan 4 biji piring cawan sahaja....kebiasaannya set sebegini ada gambar geisha pada dasar cawan tetapi set ni tiada....ada sape-sape otai antik boleh terangkan tak??
6 biji piring kuih dengan motif buluh....
Motif buluh yang simple pada semua set ini...
Cop mohor pada bawah set ini.
Ok sekian saja n3 saya kali ini....jumpa lagi di lain n3...selamat menjamu mata....hati-hati, jangan sampai buta.....hehheee

