Wednesday, May 23, 2012

FOR SALE : TEKO MINI BULUH EMAS


ADA 3 BIJI. TIADA TUTUP
NEW OLD STOCK
PERBANDINGAN SAIZ DENGAN CAWAN V SHAPE SEPERTI DALAM GAMBAR
RM25 SEBIJI TAK MASUK POS

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : CAWAN KOPITIAM


CAWAN KOPITIAM....CONDITION BAGUS
RM UNTUK 3 PASANG TAK MASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

Tuesday, May 15, 2012

Almari Solek Antik Untuk Dijual

Ini merupakan pertama kali saya menjual almari solek antik. Sebelum ni saya juga saya pernah membaikpulih almari solek tetapi hanya untuk simpanan peribadi sendiri, Kali ini untuk dijual. Sengaja saya siapkan dahulu tanpa di booking orang. Masa mula2 dapat agak pening kepala jugalah, sebab almari solek ni sudah bercat dengan warna hitam oleh tuan asal. Bagi saya, tak apalah, jika kita buat kerja atas dasar minat, kita akan jadi seronok dan rasa letih pun hilang. Agak teruk juga untuk membuang cat hitam tersebut. Gambar dibawah masa almari ni mula2 dapat...bercat hitam.

Dan saya mengambil masa hampir 2 hari iaitu lebih kurang 6-8 jam untuk membuang lapisan pertama iaitu lapisan bercat hitam. Dibawah merupakan keadaan almari solek setelah dibuang cat hitam dan kerja seterusnya perlu membuang syelek asal yang lama. juga memakan masa dan tenaga. Cermin dan papan pada pintu kabinet saya tanggalkan.

Dan setelah habis membuang cat dan syelek lama saya gosok dengan berus untuk meninggalkan permukaan kayu asal sahaja. kemudian saya gosok dengan kertas pasir untuk menghaluskan permukaan sebelum menyapu syelek. Pintu kabinet saya tukarkan kepada cermin berwarna, agak susah untuk menukarkan cermin tersebut kerana ianya bukanlah dipasang melalui bingkai sediada tetapi dipasang melalui pasak2 bingkai pintu. Pasak2 pada bingaki pintu perlu dibuka untuk memasang cermin tersebut dan kemudian perlu dipasang semula pasak2 tersebut dengan berhati2 supaya kayu tidak pecah dan dalam keadaan kemas.

Akhir sekali kerja-kerja menyapu syelek. saya sapukan syelek berwarna kayu coklat. Pemegang laci, pintu saya gantikan dengan pemegang lama supaya nampak lebih menarik. Alhamdulillah siap juga akhirnya, jika ianya dibeli, saya harap pembeli puashati.



Almari solek ini saya jual dengan harga :
RM800 termasuk kos penghantaran ke seleruh Semenanjung Malaysia sahaja.


SOLD


SOLD

Tempoh booking 3 hari.
Bagi berminat boleh hubungi atau sms saya 0175606196

Wednesday, May 9, 2012

FOR SALE : TEKO MINI JAPANESE ROSE

SAIZ KECIL, TUTUP TIADA
NEW OLD STOCK
RM SEBIJI TAK MASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : SUGAR POT DUMEX

YANG BERTUTUP RM TAK MASUK POS
YANG TIDAK BERTUTUP RM TAK MASUK POS


SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : TEKO MINI WHITE SAKURA

SAIZ SANGAT KECIL. TUTUP TIADA, 
NEW OLD STOCK
RM20 SEBIJI TAK MASUK POS

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

FOR SALE : PINGGAN BUJUR BUNGA KANGKUNG


SAIZ BESAR, 16"
ADA CIP KECIL PADA HUJUNG PINGGAN
RM SEBIJI TAK MASUK POS

SOLD

BOOKING 3 HARI
SMS 0175606196

Monday, May 7, 2012

Katil Besi Antik Sudah Siap

Dalam n3 bulan yang lepas saya ada n3 kan katil besi antik yang sudah di booking orang. Baru je siap dan pada saya untuk menyaipkan baikpulih katil besi ni lagi rumit daripada membaikpulih almari. Jika dilihat dengan mata kasar ianya macam mudah tapi sebaliknya. Hanya yang pernah mengalaminya saja tahu betapa susahnya.

 Ini gambar katil sebelum dibaikpulih..pernah saya n3 kan. Katil besi antik ni terdapat pagar 3 dan pagar 2. Yang ini merupakan jenis pagar 2.

Dan dibawah berikutnya gambar katil yang dah siap dibaikpulih. Saya catkan warna hitam iaitu warna asal atas permintaan pembeli dan bunga2 besi pada pagar katil dan juga tombol2 tiang saya catkan warna emas. manakala aksesori tembaga saya gilapkan semula. Gambar kurang cantik, guna kamera biasa saja.





Dan siap untuk dipos. Harap2 pembeli tersebut suka. Jumpa lain dilain n3 =)

Saturday, May 5, 2012

Dedikasi Buat Opah Zaharah

Sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat dan suka melihat rumah-rumah lama, rumah tradisional di kampung-kampung.  Antara rumah-rumah tradisional yang saya suka rumah tradisional negeri Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Mungkin kerana ciri-cirinya yang unik dan cantik pada mata saya.
Bulan yang lalu, kebetulan saya ada kerja luar ditapak bina di Seri Manjung, balik tu agak awal lagi, jadi saya masuk ke jalan lama dari Bota Kanan ke Parit. Beberapa kilometer dari simpang Bota Kanan mata saya terus melihat rumah ini dan hati tergerak untuk berhenti. Sebenarnya dah beberapa kali saya lalu di hadapan rumah ni dan ingin berhenti menagkap gambar tapi perasaan malu mengatasi segalanya...kali ini saya tekad untuk berhenti. Rumah lama ini terletak ditepi jalan besar di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Bota, Perak.

Sampai saja saya terus ke rumah sebelah, kerana sangkaan saya rumah ini tidak berpenghuni. Maka saya pun minta izin dari tuan dari rumah sebelah untuk mengambil gambar dan melihat sekeliling rumah ni. Orang rumah tersebut pun membenarkan dan mengatakan bahawa rumah ini masih berpenghuni dan dihuni oleh seorang nenek tua dan hanya dihuni ditingkat bawah saja memandangkannya telah uzur. Dan mereka mempunyai talian persaudaraan.

Sedang saya mengambil gambar tiba-tiba keluar seorang nenek tua dimuka pintu rumah dengan kerusi rodanya. Saya pun pergi menyapa untuk meminta izin dan hati saya seronok bila nenek tersebut yang saya panggil opah sangat mesra dan rajin bersembang, saya pun bersembang dengannya dan dia menceritakan segalanya.

Rumah ini dihuni oleh opah Zaharah binti Yeop Jalil. beliau mewarisi rumah ini dari ibu dan bapanya iaitu Allahyarham Yeop Jalil dan Allahyarhamah Long Kamariah dimana ianya didirikan diatas tanah pusaka yang merupakan dahulunya tapak rumah datuk kepada opah Zaharah iaitu Kulup Derais. Opah Zaharah dilahirkan pada tahun 1917 dan kini berusia 95 tahun dan mendiami rumah ini seorang diri. Jika dilihat dari segi fizikal opah zaharah yang berkerusi roda siapa sangka wanita ini mampu duduk seorang diri membuat kerja-kerja rumah dan akan menyangka beliau lumpuh kerana berkerusi roda. Sangkaan saya salah sebaik saja opah Zaharah berdiri dan boleh berjalan dengan baik. Menurutnya dia berkerusi roda hanypada satu-satu masa saja jika berasa keletihan. Anjung rumah yang berbentuk separa hexagon. Ciri-ciri kolonial dan melayu

Menurut opah Zaharah beliau mendapat pendidikan di salah sebuah sekolah di Kuala Kangsar yang terletak kira-kira 70-80km dari rumah beliau. Menurut beliau ketika itu di Bota Kanan, Parit, atau pun pekan-pekan yang berdekatan masih lagi tidak mempunyai sekolah dan beliau bersekolah di kuala Kangsar dan tinggal bersama ibu saudaranya. Apabila berkahwin opah Zaharah telah merantau ke beberapa negeri mengikut suaminya yang bekerja diluar kawasan, antaranya opah Zaharah pernah tinggal di Seremban, Kuantan dan ada lagi yang saya kurang pasti. Fikiran dan ingatan opah Zaharah sangat baik dan beliau beliau boleh mengingati peristiwa-peristiwa di zaman muda remaja beliau dan beliau juga masih mengingati liku-liku sejarah negara.


Opah Zaharah mempunya 3 adik beradik iaitu beliau mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki dimana mereka semua telah kembali kerahmatulllah terlebih dahulu, beliau adik beradik sememangnya dibesarkan disini. dan menurut opah Zaharah beliau bukanlah dari sebuah keluarga yang kaya raya tetapi apabila zaman britisih dimana getah mula-mula dibawa masuk, tanah milik keluarganya terlibat untuk ditanam getah oleh British dimana getah tersebut dieksport ke London. Dari situ keluarga beliau mendapat komisyen. Maka rumah ini mula didirikan....menurut opah Zaharah, rumah ini siap sepenuhnya pada tahun 1932 dimana papan rumah ini daripada sebatang kayu balak besar yang diproses disini juga iaitu dari kayu cengal. Terdapat juga papan dinding daripada rumah lama arwah datuknya Kulup Derais. Belakang rumah ini letaknya sungai perak dan menurut opah Zaharah batu bata untuk membina rumah ini dibuat di tepi sungai tersebut.


Opah Zaharah hanya mempunyai 2 orang anak kandung, seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala dia mengambil 3 orang sebagai anak angkatnya. Anak kandungnya yang lelaki telah lama meninggal dunia di Australia, dan anak sulungnya, perempuan, kini tinggal di Petaling Jaya dimana usianya hampir 80tahun. Menurut opah Zaharah beliau telahpun mempunyai beberapa orang piut. Anak-anak angkat opah Zaharah tinggal dikawasan berdekatan dan menurutnya, anak-anak angkat dan cucu-cucu angkatnyalah yang akan datang menziarahnya jika kelapangan.

Menurutnya rumah ini telah beberapa kali dijadikan lokasi penggambaran filem, drama dan pengiklanan. Antaranya filem Jimi Asmara juga membuat penggambaran disini.
Bahagian tangga yang terdapat di belah kiri rumah. terdapat 2 buat tangga diluar rumah dan 2 buah tangga didalam rumah. Rumah ini mempunyai 3 bilik di atas dan 2 bilik di bawah.

Senibina tangga yang unik dan terdapat ukiran pada tepi atap rumah
. Tingkat atas rumah jarang sekali dijejaki.


Ini merupakan rumah yang terdapat disebelah rumah opah Zaharah, dimana rumah yang mula-mula saya bertanya untuk meminta izin mengambil gambar. Tidak kurang cantiknya rumah ini...rumah ni agak besar juga dan senibinanya juga sangat cantik. Ini merupakan rumah pusaka arwah datuknya selepas rumah asal dirobohkan dan rumah ini dibina lebih awal dari rumah opah Zaharah iaitu sekitar awal 1920an.
Bahagian belakang rumah sebelah. besar dan panjang.

Bahagian anjung rumah yang menarik perhatian saya...separa hexagon. Opah Zaharah mempelawa saya untuk naik ke bahagian atas rumahnya tapi saya menolak dengan baik kerana tiada ahli keluarga opah Zaharah mengekori, risau jika berlaku apa-apa tanpa ada waris tuan rumah mengiringi. Tak lama lepas tu datanglah jiran tetangga opah Zaharah untuk bersembang...hehehe

Bahagian kanan rumah, sangat cantik, rumput hijau melatari halaman rumah yang luas. Dan saya diberitahu, opah Zaharah masih mampu merumput dan menyapu halaman rumahnya...opah Zaharah juga banyak bercucuk tanam di belakang rumah.

Bahagian tepi kanan rumah...sangat klasik.

Ruang belakang rumah yang terdapat tangga beserta beranda....yang akan terus menuju ke perigi. Dulu-dulu kata opah Zaharah, mereka semua akan mandi di perigi tersebut.

Perigi lama...sehingga kini masih memberi khidmatnya.....masih boleh digunapakai...

Ukiran batu pada tepi rumah.
 

Dan sedang saya mengambil gambar mata saya tertumpu pada sebuah bilik diruang bawah bahagian belakang rumah. terdapat sebuah katil besi lama yang sangat cantik, lain dari yang lain...bersalut crome warna perak. Puas minta beli dari opah Zaharah tapi beliau tak nak jual..hehehe, dalam rumah ni juga terdapat banyak set pinggan mangkuk lama keluaran England.

Dan.......inilah dia opah Zaharah, seorang wanita yang sangat cekal. Sekali imbas pasti ramai yang menyangka beliau terlalu uzur tetapi tidak, masih kuat dan mampu berjalan, masih boleh membuat kerja-kerja rumah dan mempunyai daya ingatan yang baik pada usia menjangkau 95 tahun. Saya sangat selesa bersembang dengannya yang tidak sombong pada saya serta ramah dan meminta saya agar datang lagi ke rumahnya jika ada kelapangan, insyaAllah saya akan ke sini juga Jika ada umur yang panjang. Doa saya agar opah Zaharah sentiasa mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dan sentiasa dilimpahi rezeki dan rah mat dari Allah...amin...sehingga berjumpa lagi....


Tuesday, May 1, 2012

Tudung Saji / Sangai tekat

 Sebelum ni saya pernah n3 kan pasal tekat ni. Boleh klik pada label "Tekat" untuk n3 tekat terdahulu. hari ni saya saji kan tudung saji tekat atau orang Perak panggil 'sangai'. Jarang ditemui tudung saji yang bertekat ni. Jika di Perak kebanyakan rumah-rumah lama pasti ada tudung saji tekat ni. Di Perak suatu ketika dulu, jika berlangsung majlis perkahwinan di sesebuah rumah, salah satu kelengkapan perkahwinan wajib adalag tudung saji tekat ni, Dimana ianya digunakan sebagai penutup makanan untuk hidangan pengantik. Biasanya ia terdiri daripada 3 buah tdung saji iaitu sebuah bersaiz sebesar dulang besar untuk menutup lauk dan 2 buah tudung saji kecik bersaiz pinggan nasi untuk menutup nasi pengantin lelaki dan perempuan.

Seingat saya, ketika kecil dulu, jika pergi ke majlis perkahwinan saudara mara, tudung saji tekat ini pasti ada, kebiasaanya mereka hanya letak di dalam bilik sebagai hiasan. Kini, di Perak agak jarang lagi majlis-majlis perkahwinan menggunakan tudung saji tekat ini. Mungkin sebab arus citarasa moden masakini dan tukang-tukang mahir tekat juga kian pupus kerana generasi muda tidak berminat untuk mewarisi kemahiran menekat dari nenek-nenek mereka. dan saya juga agak terkejut baru-baru ni saya ada menanyakan untuk tempahan sebuah tudung saji tekat ini saja harganya ribuan ringgit.

Dan yang ada dalam simpanan saya tudung saji tekat berwarna merah hati. Motif yang sangat penuh serata tudung saji.

Seperti biasa tudung saji daripada daun mengkuang.

Indah sungguh hasil tangan orang lama.memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Motif bunga apa saya kurang pasti...hehe...Ada bebrapa lagi koleksi tekat yang akan saya kongsikan untuk n3 selanjutnya.

Sekian untuk tatapan kali ini, jumpa lagi dilain n3...