Monday, May 7, 2012

Katil Besi Antik Sudah Siap

Dalam n3 bulan yang lepas saya ada n3 kan katil besi antik yang sudah di booking orang. Baru je siap dan pada saya untuk menyaipkan baikpulih katil besi ni lagi rumit daripada membaikpulih almari. Jika dilihat dengan mata kasar ianya macam mudah tapi sebaliknya. Hanya yang pernah mengalaminya saja tahu betapa susahnya.

 Ini gambar katil sebelum dibaikpulih..pernah saya n3 kan. Katil besi antik ni terdapat pagar 3 dan pagar 2. Yang ini merupakan jenis pagar 2.

Dan dibawah berikutnya gambar katil yang dah siap dibaikpulih. Saya catkan warna hitam iaitu warna asal atas permintaan pembeli dan bunga2 besi pada pagar katil dan juga tombol2 tiang saya catkan warna emas. manakala aksesori tembaga saya gilapkan semula. Gambar kurang cantik, guna kamera biasa saja.





Dan siap untuk dipos. Harap2 pembeli tersebut suka. Jumpa lain dilain n3 =)

3 comments:

  1. berapa harga katil besi ni,saya ada satu,nak jual,tp x tau nilai berapa

    ReplyDelete
  2. Salam Ezany, saya nak cari jugak satu katil besi macam ni tapi kalau dapat size yg besar. Boleh tolong dapatkan?

    ReplyDelete
  3. Salam Ezany, saya juga nak order satu lah. Berapa harga nye. Harap emil saya di nor_ainiyusof@ hotmail.com

    ReplyDelete