Salam sejahtera kepada semua. Hari ni saya kongsikan almari antik tempahan pelanggan dari Bangi. Alhamdulillah siap juga pada minggu lepas dan telah selamat sampai kepada tuan barunya.
Ini keadaan asal almari sebelum di restore...masih cantik kalau nak ikutkan...kalau nak nampak original just cuci bersih-bersih dan sapukan minyak kayu saja tapi atas permintaan saya restore semua sekali dan sapukan syelek yang baru, masa dapat laci keduanya memang hilang.
Dan ini semasa proses menggosok dan membuang syelek lama...kayunya sangat cantik, tiada sebarang kerosakan...kukuh...seronok buat kerja-kerja restore nya. Seperti yang saya kata sebelum-sebelum ni, yang utama syelek lama mesti buang betul-betul sampai tinggal kayu yang asal, ini untuk menjamin kualiti kerja apabila disapu syelek...jika tidak buang syelek lama betul-betul, hasil syelek tidak akan kemas dan nampak tebal bertindan, warna juga tidak sekata.
Dan inilah hasilnya bila dah siap..apa yang termampu saja..alhamdulillah...dah selamat sampai ke tuan barunya pun. pemegang pintu dan laci saya gantikan dengan pemegang tembaga bagi nampak lagi klasik.
Apa yang menariknya almari ni adalah bentuk kakinya...jarang sekali dapat jumpa almari lama kaki sebegini. Laci yang asalnya lompong, hilang saya buatkan laci yang baru menggunakan kayu-kayu lama puluhan tahun juga.
Sekian saja untuk tatapan kali ini. Jumpa lagi di lain n3.