Friday, February 19, 2010

WILD FLOWER


Salam sejahtera...
Rasanya dah lama saya tak buat n3 pinggan mangkuk antik ni memandangkan saya sebuk dengan cuti tahun baru cina ni...heheee...
Kali ni saya nak berkongsi mengenai set wild flower yang saya ada ni..nama di ambil dari abang taj dan kak yatt pernah dulu membuat n3 mengenai set ini...
Pada saya, set bunga yang ni, memang susah nak dapat memandangkan saya hanya lihat di blog kak yatt dan abg taj saja. set ni dah lama saya dapat lebih kurang 7 tahun lalu...bermula dengan 3 biji cawan sehinggalah yang ada sekarang ni walaupun bilangannya agak sedikit tetapi saya puas memilikinya...cuma teko saja sehingga kini tak dapat saya perolehi...aritu abg taj ada jual tapi dah melepas..hehee...Ok jom sama2 kita layan gambar....


Di bawah merupakan 3 jenis cawan yang saya ada : -

Jenis shape 'A'

Jenis Loceng

Jenis mulut lebar

2 biji piring kuih sebagai pelengkap set

Close up pada bunga wild flower ini...cantik kan? hehee


Sekian saja n3 saya kali ni..selamat menjamu mata...byee

Thursday, February 18, 2010

FOR SALE

MANGKUK SAMBAL BERBIKU TWO ROSES
SAIZ 5 INCI
RM12 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI

TEKO KEKWA HITAM
ADA SEBIJI
RM60

TEKO MINI BUNGA KANGKUNG (ORIGINAL LAMA)
TINGGI 3.5 INCI (MEMANG KECIK)
RM35 SEBIJI
ADA SEBIJI

TEKO ALADIN BUNGA KANGKUNG
RM85 SEBIJI
ADA SEBIJI
SOLD
CAWAN MULUT LEBAR BUNGA KANGKUNG
CONDITION TIP TOP
ADA 8 PASANG
RM20 SEPASANG
SOLD
CAWAN BUJANG MINI BUNGA KANGKUNG
ADA 6 BIJI
RM55 UNTUK 6 BIJI


SUGAR BOWL GOH BAN HUAT BIRU
RM25 SEBIJI
ADA 2 BIJI

TUREEN CELESTE BIRU
RM160 SEBIJI
ADA SEBIJI
SOLD
MANGKUK BUBUR BUNGA KANGKUNG KECIL
SAIZ 5.5 INCI
RM10 SEBIJI
ADA BEBERAPA BIJI

MANGKUK NASI TAMBAH BESAR BUNGA KANGKUNG
SAIZ 9.5INCI
RM38 SEBIJI
ADA 3 BIJI

PIRING KUIH ROS HITAM KECIL
SAIZ 6 INCI
ADA BEBERAPA BIJI
RIM EMAS MASIH BERKILAT
RM7 SEBIJI


PIRING KUIH ROS HITAM SAIZ 7 INCI
RIM EMAS MASIH BERKILAT
ADA BEBERAPA BIJI
RM9 SEBIJI

PIRING KUIH BUNGA KANGKUNG SAIZ 7 INCI
ADA BEBERAPA BIJI
RM9 SEBIJI

PIRING MUNGKUM BUNGA KANGKUNG
(UNTUK PINGGAN GULAI ATAU PINGGAN BUDAK)
SAIZ 7.5 INCI
ADA BEBERAPA BIJI
RM10 SEBIJI


PINGGAN MUNGKUM BESAR BUNGA KANGKUNG
SAIZ 9.5 INCI (PINGGAN MAKAN)
ADA BEBERAPA BIJI
RM13 SEBIJI

PINGGAN MUNGKUM BUNGA SABUN
SAIZ 8INCI
CONDITION BAIK
ADA BEBERAPA BIJI
RM10 SEBIJI
SOLD

PIRING DODOL/WAJIK WARNA BIRU
ADA BEBERAPA BIJI
RM10 SEBIJI

PIRING DODOL/WAJIK WARNA PINK
ADA BEBERAPA BIJI
RM10 SEBIJI

PIRING DODOL/WAJIK WARNA HIJAU
ADA BEBERAPA BIJI
RM10 SEBIJI




KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA 0175606196 (ZANY). YANG BERMINAT BOLEH MEMBUAT BAYARAN DENGAN KADAR SEGERA KERANA SAYA MAHU 'CLEAR'KAN SEMUA BARANG DI ATAS DENGAN KADAR SEGERA. TERIMA KASIH.

Monday, February 15, 2010

ATTENTION TO KAK ROY

KEPADA KAK ROY DARI BANTING YANG ADA BOOKED BARANG PADA SAYA TEMPOH HARI...SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 017-5606196.. MAAF, SAYA KEHILANGAN NO FON AKAK...DI HARAP KALAU AKAK ADA TERBACA, HUBUNGI SAYA YE...TERIMA KASIH BANYAK2...

Friday, February 12, 2010

SI BATIK HIJAU


Salam sejahtera...harini terlebih rajin nak buat n3 pulak...haha...maklumlah, nak cuti lama kan...kang tak da masa nak buat n3, so dengan masa yang ada ni buat la banyak mana pun n3 yang termampu...
Ok kali ni saya nak kongsi dengan koleksi batik hijau yang saya ada..tak banyak pun, cuma ada pinggan leper sebiji dan tureen je...tapi warna tureen dan pinggan ni berbeza skit...
Ok jom kita sama2 layan gambar...

Rupabentuk tureen batik ni...cantik kan..bersaiz besar dan montok je...kak yat dari Yatt Precious pun ada tureen macam ni tapi warna hijaunya lebih pekat...


Corak batik hijau....nampak simple tapi amat bermakna pada diri saya...


Rupa Tureen apabila di buka penutupnya...


Pandangan depan...


Pandangan atas...


Close up, corak batik hijau pada tureen...


Pinggan batik hijau yang merupakan warisan keluarga saya..tinggal sebiji ni saja...batiknya agak berlainan dari tureen dan kalau perhatikan corak batik pada pinggan ni sama macam corak batik pada cawan kopitiam dulu-dulu tu...nantilah saya buat n3...


Ok selamat menjamu mata....bye

SAMA...TAPI TAK SERUPA....

"Sama, tapi tak serupa??" mesti ramai yang pening kepala dan tertanya-tanya dengan tajuk n3 saya kali ni kan..hehehee..sebenarnye tajuknya memang ada kaitan dengan item yang saya n3 kan ni...sama bererti kedua-dua tureen ni berasal dari negara yang sama iaitu England, akan tetapi ianya berbeza dan tak sama dari segi bentuknya.. kalau anda perhatikan gambar di atas mesti anda akan perasan yang kedua2 tureen ni berlainan bentuk. Yang pertama dari segi penutupnya dan kedua bentuk mangkuknya...lagi satu, beza cop mohornya, iaitu celeste dan palissy tetapi berasal dari England juga.

Pandangan atas kedua2 tureen ini. Perhatikan betul2, penutupnya berbeza dari segi lengkuknya. Sebelah kiri jenis yang biasa kita lihat dan di sebelah kanan lain dari yang biasanya.


Tureen celeste yang biasa kita lihat....tapi tetap menawan kan...


Dan yang ini Tureen cop mohor Palissy...Rekabentuknya yang unik dan jarang kita lihat.Begitu juga dengan penutupnya di mana lengkuknya tidak sampai ke atas pemegang...cuba perhatikan...dan cop mohornya juga ada tertera tahun di keluarkan iaitu tahun 1853. Cuba kawan2 kira dah berapa lama usia tureen ni..hehee...


Tureen celeste....

Tureen Palissy....

Yang ini cop pada bontot tureen palissy...tak penah kita tengok kan? hehee...siap ada gambar lelaki tua eropah lagi..hehehe..sape la agknya tu...


Dan yang ini cop bontot tureen celeste....biasa kita tengok kan...



Ok di harap pembaca semua dapat bezakan kedua2 tureen ni dan memahami ape yang ingin saya sampaikan..hehhee...selamat menjamu mata....

BUNGA GEOMETRI

Salam sejahtera....
Harini hanya n3 yang simple je...
Cuma saya nak tunjuk sebijik teko yang saya dapat kat apek ni...yang menariknya cume bentuknya saja, yang seakan-akan aladin tetapi bukan bentuk aladin yang biasa kite tengok..kacanya juga lebih tebal dan berat berbanding teko aladin yang biasa kite tengok. Motif corak pada badannye pun agak menarik iaitu seakan rupa bunga tetapi didalam bentuk geometri...klau tak silap kak shas dari koleksi warisan bonda pun ada teko macam ni...anda boleh tengok kat blog die.. So sesiapa yang ada nak jual or ternampak kat mana2 ada cawan dan sebagainya yang sama macam bunga pada teko ni, roger saya ye. Ok jom layan gambar....


Pandangan depan teko ni...cun kan?? hehehee


Pandangan belakang teko...bungnya lebih kecil...


Dan ini merupakan motif corak yang ada pada badan teko ni..tengok betul2 ek..mana tau boleh tolong saya carikan anak-anaknye..hehee...


Ok selamat menjamu mata...bye...

Wednesday, February 10, 2010

MY PINK YELLOW ROSES

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua...
Harini barulah dapat saya buat n3 pinggan mangkuk ni, kalau tak, dah rupe kedai apek ataupun fleamarket blog saya ni...hahahaa...
Walaupun harini busy dengan kerja, tapi saya gagahkan jugak buat n3 pink yellow roses yang hanya ada sedikit saja dalam simpanan saya dan merupakan antara koleksi terawal saya.
Dulu masa mula2 beli teko bulat pink yellow ni saya memang cukup tak bekenan dan nyaris nak bagi kat orang je, lepas saya tengok kawan2 buat n3 pink yellow ni terus saya terpikat dan kumpul sedikit demi sedikit. Hajat di hati nak cari cawan2 nya tapi tak jumpa2 jugak...menyesal pulak tak beli kat mak cik zaiton hujung tahun lepas..hehehe... Koleksi pink yellow ni saya cuma ada sebiji pinggan bujur, 2 biji pinggan mungkum saiz sederhana, sebiji teko bulat, sebiji teko bulat berlekuk, sebiji mangkuk bubur, 2 biji cawan bujang kopitiam, sebiji cawan bujang bulat dan sebiji cawan maharani dan cawan2 nye semua tak berpiring. Ok lah, modal dan mood nak mengarang dah tak da, so ape kata kite layan gambar di bawah ramai2...hahahaa
Teko yang padan dengan 2 biji cawan bujang tu...cube perhatikan, sama kan??


Teko berlekuk di bawah...masih berkilat..tengok real memang cun..


Teko shape bulat...antara yang terawal saya dapat di Ground floor level pasar besar ipoh...time tu harga teko ni RM3.00 je...jangan terkejut.

Padan tak teko dan cawan bulat ni? hehehhh


2 biji cawan bujang kpitiam yang saya ada...


Sebiji cawan bulat yang saya ada...


Cawan maharani yang tak berpiring..ada satu ni je..dah lama dapat..lebih kurang 7 tahun lepas..tapi memang ada sebiji ni je...


Sebiji mangkuk bubur pink yellow roses...tengok real memang cantik...


Pinggan bujur saiz 14 inci ...


Dan 2 biji pinggan mungkum kecil saiz 6 inci...baru je dapat semalam..hehee...

Oklah sampai sini je..jumpa lagi di n3 akan datang........