Thursday, March 18, 2010

BLUE PINK @ BUNGA SABUN

Salam sejahtera semua...
Maaf la sejak 2-3 hari ni saya tak buat n3 untuk berkongsi koleksi saya, sebok pulak dengan jual barangnye...hehehe
Ok lah harini saya nak kongsikan set blue pink ataupun dikenali dengan nama lain bunga sabun. Seperti yang kita ketahui set yang macam ni dulunya adalah set percuma beli sabun. Tetapi, menurut sumber, iaitu nyonya kedai pinggan mangkuk yang lebih berpengalaman, set ini juga turut dijual pada ketika dahulu. Bezanya set untuk percuma beli sabun tak ada cop di bontot manakala set yang betul2 dijual tanpa percuma dengan sebarang pembelian sabun adalah yang di bontotnya bercop hijau. So kawan2 boleh lah belek2 bontot set kawan2 semua samaada yang kawan2 punya tu satu ketika dulu percuma beli sabun ataupun memang betul2 di beli. Selain daripada itu, kita boleh bezakan yang di beli dan yang percuma adalah melalui piring cawannya. Piring cawan yang didapati secara percuma beli sabun bunganya halus dan kecil manakala piring cawan yang dibeli tanpa percuma bunganya lebih besar.
Bercerita mengenai set saya ini, yang saya ada tidaklah selengkap, bak kata orang caca marba...tapi apepun saya berpuas hati dan kalau boleh nak cari suku sakatnya yang lain. Ok jom layan gambar....


Family bunga sabun @ blue pink saya. Yang saya ada cuma 4 biji pinggan mungkum 8", 6 set cawan, sebiji teko bulat, sugar pot dan 2 biji ashtray.

Teko bulat hasil hunting di kedai secondhand. Tak dapat teko aladin teko bulat pun jadi lah..asalkan ada daripada tak da kan..hahahhaa

Sugar pot hasil barter dengan acik nor64..thanks ye acik...tapi sayang tak da tutup...tutup tu saya pinjam teko aladin yang lain.

4 biji pinggan mungkum 8" sebagai penyeri set.

6 set cawan mulut lebar...cawan2 ni merupakan cawan arwah nenda saya, dan bila saya belek2 di bawah cawan dan piring ada cop hijau...menurut makcik saya, suatu ketika dulu nenda saya memang ada teko aladin bunga sabun ni dan cukup lengkap setnya. Tapi tak tau kemana hilangnya. Nak kata pecah seingat makcik saya memang tak pecah. Mungkin disorok bunian kot.


2 biji ashtray hasil hunting di apek kat Kelantan ujung tahun lepas. Rasa puas hati sangat dapat ashtray ni...maklum la bukan senang nak jumpa. Tetiba je masuk kedai apek tergolek2 dalam raga. Sape pun tak peduli, sampaikan nyonya tu kata dalam bahasa kelantan "Mu nok buat gapo tempak abu rokok hok lamo ni..ore duk paka hok baru lo ni". (awak nak buat ape tempat abu rokok yang dah lama ni, orang sekarang pakai yang baru). Saya pun jawab lah, saja suke tengok, nak simpan...hehee

Oklah sampai sini saja n3 saya hari ni. Selamat menjamu mata....

Pelita Mini Comel For Sale


PELITA MINI COMEL
TINGGI 3.5"
SEBIJI RM10
BELI 3 BIJI RM25 TERMASUK POS

Sunshine For Sale


J&G MEAKIN SUNSHINE BELANG HIJAU
6 BIJI PIRING KUIH 7.5"
2 BIJI PINGGAN MUNGKUM 9"
KESEMUANYA RM100
CONDITION BAIK

Wednesday, March 17, 2010

Dapat Award Lagi.....





Hari ni dapat award lagi dari kak chempaqa pulak..ape2 pun..thanks ye kak...
saya hargai semua tu..kepada blogger2 yang lain sama2 lah kita tampal award dari kak chempaqa di blog kita tanda sokongan dan penghargaan kepadanya.

Teko Bulat Wild Roses For Sale



TEKO WILD ROSES, MASIH CUN, BELUM PERNAH DI PAKAI, STOK LAMA
RM65 TERMASUK POS BIASA.
NETT
7 SOLD
ADA 4 BIJI LAGI


BOOKING TIDAK MELEBIHI 3 HARI SAJA.
JIKA BERMINAT HUBUNGI SAYA 0175606196 ZANY. TQ

Periuk Ayan / Enamel For Sale

ITEM 1 - PERIUK AYAN BERBUNGA


CONDITION MASIH CANTIK, BELUM PERNAH DIPAKAI, STOK LAMA, TIADA KARAT
RM50 TERMASUK POS
NETT
SOLD


ITEM 2 - PERIUK AYAN KUNING


CONDITION MASIH CUN, BELUM PERNAH DIPAKAI, STOK LAMA, TIADA KARAT
RM40 TERMASUK POS BIASA
NETT
2 SOLD
ADA 3 BIJI LAGI


ITEM 3 - PERIUK AYAN HIJAU


CONDITION MASIH CUN, BELUM PERNAH DIPAKAI, TIADA KARAT, STOK LAMA
RM40 TERMASUK POS
NETT
2 SOLD
ADA 1 BIJI LAGI


JIKA AMBIL 3 BIJI KE ATAS ADA DISKAUN
KETIGA-TIGA ITEM ADA STOK
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA 0175606196 ZANY.

Tuesday, March 16, 2010

For Sale

CAWAN PINK GOH BAN HUAT KUALA LUMPUR
CONDITION CUN
ADA 4 PASANG
4 PASANG RM50 TIDAK TERMASUK POS.
SOLD

Yahooo....dapat award.....






Salam sejahtera semua...hari ni saya rasa sungguh gembira sekali kerana mendapat award daripa da kak yatt dari Yatt Precious...terima kasih banyak2 yang tidak terhingga kepada kak yatt kerana menghargai diri saya.

hanya pilih 15 orang penerima seterusnya..

saya juga nak panjangkan award ini kepada 15 orang yang telah banyak berjasa kepada saya di dalam dunia antik ini. kepada yang tersenarai sila amik dan tempek kat blog masing2.

kak nyna anak manja abah
kak ryana
kak shas
kak nor64
kak khaty penang
auntie azzah8
auntie leeza dari arab
kak hanis galery antik
kak shima qaseh creation
kak gee little persona
kak salina stor antik
kak saidah
kak chah teratak antik

juga buat jejaka antik..

cik mat gebu
taj iskandar



pada nama yang disenaraikan..sudi2kanlah tempek kat blog masing2 ye..


salam sayang daripada ezany

Monday, March 15, 2010

Lambaian Senja Permai....

Salam sejahtera...
Petang ini saya cuma nak berkongsi koleksi yang serba ringkas saja dek kerana anak2 nya yang tidak mencukupi...mungkin set ini tidak menarik perhatian ramai tetapi satu keistimewaan pada diri saya.
Ini kerana saya amat meminati set2 yang berunsur pemandangan seperti koleksi "lambaian senja permai" ini. Iaitu gambar yang tertera pada set ini menggambarkan sebuah perkampungan yang berlatarbelakangkan gunung-ganang, tumbuhan yang menghijau dengan lambaian pokok kelapa dan burung2 yang bebas berterbangan. Latar belakang set ini yang berwarna oren berkilau dan awan berwarna oren menggambarkan perkampungan ini di waktu senja yang amat permai jauh dari segala kesibukan. Set ini saya cuma dapat teko, sugar pot dan 5 biji piring kuih dari anip kampar. Kat mana la agaknya nak dapat cawan2 nya ye....
Ok jom sama2 kita layan gambar.....


5 biji piring kuih...tetap menawan...

Teko bulat yang indah dengan pemandangan kampung di waktu senja...

Sugar pot bersaiz agak besar...

Gambar pemandangan pada pinggan. Jika diperhatikan, gambar2 tersebut adalah di lukis dengan tangan kerana ada lukisan yang tidak begitu sama, di situlah terletaknya nilai pada set ini.

Teko For Sale

TEKO OC BUNGA BIRU
CONDITION BAIK
RM TAK TERMASUK POS
SEBIJI SAJA

SOLD