Thursday, March 18, 2010

BLUE PINK @ BUNGA SABUN

Salam sejahtera semua...
Maaf la sejak 2-3 hari ni saya tak buat n3 untuk berkongsi koleksi saya, sebok pulak dengan jual barangnye...hehehe
Ok lah harini saya nak kongsikan set blue pink ataupun dikenali dengan nama lain bunga sabun. Seperti yang kita ketahui set yang macam ni dulunya adalah set percuma beli sabun. Tetapi, menurut sumber, iaitu nyonya kedai pinggan mangkuk yang lebih berpengalaman, set ini juga turut dijual pada ketika dahulu. Bezanya set untuk percuma beli sabun tak ada cop di bontot manakala set yang betul2 dijual tanpa percuma dengan sebarang pembelian sabun adalah yang di bontotnya bercop hijau. So kawan2 boleh lah belek2 bontot set kawan2 semua samaada yang kawan2 punya tu satu ketika dulu percuma beli sabun ataupun memang betul2 di beli. Selain daripada itu, kita boleh bezakan yang di beli dan yang percuma adalah melalui piring cawannya. Piring cawan yang didapati secara percuma beli sabun bunganya halus dan kecil manakala piring cawan yang dibeli tanpa percuma bunganya lebih besar.
Bercerita mengenai set saya ini, yang saya ada tidaklah selengkap, bak kata orang caca marba...tapi apepun saya berpuas hati dan kalau boleh nak cari suku sakatnya yang lain. Ok jom layan gambar....


Family bunga sabun @ blue pink saya. Yang saya ada cuma 4 biji pinggan mungkum 8", 6 set cawan, sebiji teko bulat, sugar pot dan 2 biji ashtray.

Teko bulat hasil hunting di kedai secondhand. Tak dapat teko aladin teko bulat pun jadi lah..asalkan ada daripada tak da kan..hahahhaa

Sugar pot hasil barter dengan acik nor64..thanks ye acik...tapi sayang tak da tutup...tutup tu saya pinjam teko aladin yang lain.

4 biji pinggan mungkum 8" sebagai penyeri set.

6 set cawan mulut lebar...cawan2 ni merupakan cawan arwah nenda saya, dan bila saya belek2 di bawah cawan dan piring ada cop hijau...menurut makcik saya, suatu ketika dulu nenda saya memang ada teko aladin bunga sabun ni dan cukup lengkap setnya. Tapi tak tau kemana hilangnya. Nak kata pecah seingat makcik saya memang tak pecah. Mungkin disorok bunian kot.


2 biji ashtray hasil hunting di apek kat Kelantan ujung tahun lepas. Rasa puas hati sangat dapat ashtray ni...maklum la bukan senang nak jumpa. Tetiba je masuk kedai apek tergolek2 dalam raga. Sape pun tak peduli, sampaikan nyonya tu kata dalam bahasa kelantan "Mu nok buat gapo tempak abu rokok hok lamo ni..ore duk paka hok baru lo ni". (awak nak buat ape tempat abu rokok yang dah lama ni, orang sekarang pakai yang baru). Saya pun jawab lah, saja suke tengok, nak simpan...hehee

Oklah sampai sini saja n3 saya hari ni. Selamat menjamu mata....

2 comments:

  1. salam dikk..
    tu diaaaaa..sekali bawak keluar meletopssss...tahniah2..susah nak dpt teko sabun tu..akak pun kalau jumpa sugar creamer nak jer rembat..belum ada rezeki lagi..aladin pun nak kena korek dalam2 lagi..hehehe..

    ReplyDelete
  2. wslm kak...
    hehe..boleh la takat nak letops2 sikit2..hehheee
    tu la sy pun nak cri creamer die dan teko aladin je..aritu dah nmpak, tapi ada tangan yang lebih pantas utk merembatnye..hehhee

    ReplyDelete