Apa yang nak saya kongsikan hari ni bukanlah mengenai pinggan mangkuk antik tetapi berkaitan dengan antik juga. Seperti yang telah saya ceritakan, minat saya bukanlah hanya terhad kepada pinggan mangkuk antik tetapi semua yang berkaitan dengan barang lama/antik saya minat dan saya menyimpannya.
Hari ni adalah n3 kesinambungan tekat warisan keluarga yang pernah saya ceritakan dalam n3 tekat kuning. Kali ni mengenai tekat merah hati pula.
Seperti yang sedia maklum tekat amat popular di negeri Perak. Boleh dikatakan, pada majils perkahwinan di negeri Perak pada ketika dulu rata-ratanya menggunakan tekat sebagai hiasan pelamin, bilik tidur dan sebagainya.
Tekat merah hati ini pula merupakan set yang digunakan semasa perkahwinan nenek dan datuk saya pada penghujung tahun 1940an. Ianya ditempah khas oleh moyang untuk majlis perkahwinan nenek pada tukang tekat yang terkenal ketika itu di Kuala Kangsar. Ianya ditempah bersekali dengan set pelamin, bilik tidur dan peralatan-peralatan lain. Bagaimanapun yang saya jumpa hanyalah set bilik tidur. Yang lainnya disimpan nenek entah di mana...hehehe
Ok jom sama-sama kita layan gambar....
Set bilik tidur yang terdiri daripada sarung bantal panjang, sarung bantal peluk, 2 biji sarung bantal kecil empat segi manakala cadarnya tidak saya ketahui dimana nenek saya simpan.
Dua biji bantal empat segi kecil sebagai pengapit. Tetapi sulamannya telah dimamah usia. Bantal pada sarung ini juga merupakan bantal asal pada tahun 1940an tersebut yang tidak ditanggalkan.
Sarung bantai golek/bantal peluk.
Motif tumbuhan flora pada tekat ini.
Antara set tekat merah ini yang saya jumpa..ianya masih tersimpan di dalam rumah nenek.
2 biji kipas yang digunakan untuk mengipas pengantin.
Sekian saja...jumpa lagi..selamat menjamu mata...byeeeee
Opah saya ada sulam tekat...biru dan merah pulasan.. Ini link facebook saya...kalau nak tengok warisan opah saya....tukang sulam diraja yg buat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150176046687819&set=a.485233917818.266183.678602818&type=3
ReplyDeletesy dah tgk...cntiknye....dari kuala kangsar ke?
ReplyDeletemesti mahal skrg ni kan
ReplyDeleteye skng ni memang mahal sgt
Delete