Pagi2 buta nan sepi ni disajikan sequal n3 mengenai tureen retak 1000. Kak Shas, Kak Nannie dan Kak Yatt dah pun buat n3 tureen yang sealiran macam ni, sebelum ni saya pun ada n3 tureen yang macam ni jugak. Kali ni saya kongsikan penambahan tureen retak 1000 yang ada dalam simpanan saya iaitu penambahan 2 biji lagi tureen retak seribu yang berlainan saiz.
Yang ini paling besar, bersaiz 8.5" mangkuk dan 9.5" penutup. Kondisinya pun cantik lagi, mungkin jarang digunakan oleh pemilik asal tapi tureen ni kalau angkat memang terasa berat.
Ini pula bersaiz sederhana, 7" mangkuk dan 8" penutup. Kalu diperhatikan keadaan tureen ni memang terlalu nampak uzur, banyak kesan retak 1000 dan stain, memadai dengan usianya. Tureen ni saya dapat free dari peniaga di Loken kerana banyak membeli barang dari peniaga tersebut.
Dan ini tureen yang paling kecil sekali, warisam keluarga saya, yang pernah saya n3kan sebelum ini. bersaiz 6" mangkuk dan 7" penutup.
No comments:
Post a Comment